Bahagia Hidup Bila Bersederhana

by on July 20, 2014

Post image for Bahagia Hidup Bila Bersederhana

Saya tengok interview wartawan dengan perempuan kes road bully di Kuantan yang kecoh di media sosial minggu lepas. Kenapa dia terlalu emosi bila accident sebab kereta tu satu reward yang mahal atas usaha bisnes dia sendiri. Katanya, kalau boleh dapat RM5,000 – RM6,000 sebulan tu terlalu besar bagi dia. Sebab tu dia terlalu sayang dengan kereta tu. Apatah lagi kalau dia terpaksa bayar ansuran bank yang besar setiap bulan.

Kekadang saya rasa kita lebih bahagia bila bersederhana. Kita reward diri sendiri dengan apa yang ‘ringan’ bagi kita sebab nikmat dunia tu rupa-rupanya datang bersama bebanan.

Jangan Sampai Dunia Jadi Beban

Kalau pakai kereta yang biasa-biasa walaupun kita sebenarnya mampu beli kereta yang lebih mahal, kalau tercalar sedikit sebanyak, taklah sampai TERCALAR HATI kita melihatnya. Taklah sampai hilang kewarasan kita.

Bagi saya, kekayaan bukan sekadar apa yang kita pamerkan, tapi kekayaan juga ialah apa yang kita rasa dalam hati. Jangan sampai ‘dunia’ tu jadi bebanan kepada kita. Kalau pakai kereta mahal, tercalar sedikit sebanyak tak terasa apa-apa, itu maksudnya kita benar-benar mampu. Tapi kalau terpaksa bergolok gadai untuk pakai kereta besar, tercalar sikit pun dah hilang akal, lebih sayang kereta berbanding anak, maksudnya kereta tu bukan level kita lagi. Walaupun orang nampak kita kaya, tapi hakikatnya ia satu bebanan kepada kita.

Ukur Emosi Tentang Kemampuan

Contohnya lagi, pakai jam mahal-mahal, tetiba jam tu tertinggal masa ambil wudhuk dan bertahun-tahun kita masih ingat jam tu, itu satu bebanan. Pakai selipar mahal-mahal, lepas tu nak singgah solat di masjid pun takut selipar tu kena rembat, itu satu bebanan. Pakai handphone mahal-mahal, bila hilang dah tak mampu ganti baru, itu satu bebanan.

Tapi kalau kekayaan kita tu cukup untuk tanggung bebanan tu, setakat hilang jam mahal tu tak terasa apa, beli lah jam tu tak ada masalah. Pakai selipar mahal, singgah di masjid pun tak mengganggu khusyuk kita dalam solat, beli lah selipar tu. Beli handphone mahal, tetiba anak buat terjatuh tapi kita masih boleh cool, tak sampai marah anak macam sayang handphone lebih daripada anak, beli lah handphone tu. Maksudnya, apa yang kita pakai tu memang ‘ringan’ berbanding kewangan kita.

Orang Kaya Ahli Syurga

Bila saya cakap hidup bersederhana, bukan bermaksud suruh jadi miskin. Miskin dan zuhud jauh bezanya. Nabi s.a.w. tak pernah suruh kita jadi miskin. Bahkan dua daripada lima rukun Islam disyariatkan hanya untuk orang kaya i.e. zakat dan haji. Tambah lagi, ramai sahabat Nabi s.a.w adalah orang kaya-kaya, hingga dikatakan 9 daripada 10 sahabat yang dijamin masuk Syurga tu adalah orang kaya! Yang tak kaya cuma Saidina Ali jer. Yang lain tu, sudahlah kaya, ahli Syurga pulak tu!

Dalam hal ni, saya nak petik salah satu pesanan Asy-Syahid Hassan Al-Banna kepada ahli Ikhwanul Muslimin berkenaan dengan harta benda, iaitu katanya;

“Bukanlah zuhud itu meninggalkan dunia dikuasai orang kafir berseronok dengan kekayaan dunia, sedangkan orang Islam terhalang dari menguasainya… Malah hakikat zuhud ialah memiliki dunia sehingga sama sahaja di sisimu di antara EMAS dan TANAH. Hendaklah engkau menikmati kurniaan Allah dan memerangi orang-orang kafir”

Bahagia Hidup Bila Bersederhana

Zuhud tu maksudnya memiliki dunia (kekayaan) sampai sama sahaja bagi kita antara EMAS dan TANAH! Ia bukan soal material sahaja, tapi juga soal emosi tentang kekayaan.

Jadi nak bermewah boleh, tapi biarlah sesuai dengan emosi kita menanggungnya. Kalau tak mampu tanggung beban emosi tu, saya rasa kita lebih bahagia hidup bersederhana (walaupun kita mampu lebih lagi) supaya dunia tu tak sangat membebankan kita. Carilah dunia sebanyak mana pun tak apa, tapi perpada-padalah dalam menikmati dunia.

Wallahu a’lam

Zulkifli
Damansara Damai
20 Julai 2014
22 Ramadhan 1435

Kredit foto : carshdwall

{ 30 comments… read them below or add one }

1 Ihsan July 20, 2014 at 4:14 pm

Assalamualaikum W.B.T
Saya amat bersetuju dengan apa yang dinyatakan oleh En. Zul. kadang tulah … nak kawal nafsu bukanlah sesuatu yang mudah.

Reply

2 Mohd Zulkifli Shafie July 22, 2014 at 5:09 am

Wslm. Betul tu En. Ihsan. 🙂

Reply

3 Khairul July 20, 2014 at 10:30 pm

Salam Tuan Zul,
Saya juga amat bersetuju dgn tulisan Tuan. Hidup di bawah kemampuan akan buatkan kite lebih selesa. Hidup mengikut kemampuan mungkin akan membebankan kite. Tulisan Tuan banyak mengajar sy ttg kehidupan… Berusaha utk hidup di bawah kemampuan skrg.. Cuba utk membetulkan hidup ikut kemampuan dl kepada hidup di bawah kemampuan. Wassalam.

Reply

4 Mohd Zulkifli Shafie July 22, 2014 at 5:10 am

Wslm En. Khairul. Betul, artikel ni sangat berkait rapat dengan prinsip “Hidup Di Bawah Kemampuan”.

Reply

5 shukri sahari July 21, 2014 at 10:36 pm

Saya amat suka kaitan isu semasa berkenaan emosi terhadap kekayaan dan kaitan dengan kebahagiaan dalam hidup. Saya setuju dengan pendapat en. Zul. Terima kasih. 🙂

Reply

6 Mohd Zulkifli Shafie July 22, 2014 at 5:12 am

It’s ok En. Shukri. Alhamdulillah. 🙂

Reply

7 Mohd Shahrul July 22, 2014 at 2:39 am

Sy amat bersetuju dengan apa yang dikongsi oleh en.zul sejak dri tahun2 sblm ini., banyak ilmu yg sy boleh diperolehi.., barakallah.., semoga Allah membalas setiap kebaikan yang en.zul lakukan.. Aminnn .. ^_^

Reply

8 Mohd Zulkifli Shafie July 22, 2014 at 5:11 am

Alhamdulillah. Mudah-mudahan blog ni bermanfaat. Saya doakan Allah merahmati En. Shahrul juga. Amiin.

Reply

9 skyfun July 23, 2014 at 2:18 am

bagi sy,kalau harta dlm rumah banyak pon tidak senang,balik kg teringat rumah 5-6 hari ditinggalkan,risau.teringat barang2 kesayangan…koleksi camera dslr, koleksi gitar elektrik yg beribu2 harga,koleksi mainan kapal terbang rc,koleksi jam tangan…walaupon bukan dipamirkan harta bukan kereta,itu juga satu nikmat dunia yg dtg dgn bebanan..kecik tapi berat.

Reply

10 Mohd Zulkifli Shafie July 23, 2014 at 6:18 am

Betul. Beli apa yang perlu jer dan perpada-pada dengan apa yang kita mahu.

Reply

11 Zamzulaila Ismail July 23, 2014 at 9:52 am

Bagus artikel tuan. Mohon share untuk manfaat bersama.

Reply

12 Mohd Zulkifli Shafie July 23, 2014 at 5:29 pm

Alhamdulillah. Silakan Pn. Zamzulaila. Mudah-mudahan ianya bermanfaat, insyaAllah.

Reply

13 al-khattab July 23, 2014 at 4:26 pm

Artikel tuan seperti menyindir saya pada masa dahulu….tidak lagi sekarang….alhamdulillah….

Reply

14 Mohd Zulkifli Shafie July 23, 2014 at 5:27 pm

Alhamdulillah… 🙂

Reply

15 nik July 31, 2014 at 9:11 am

salam, nk tny pendapat tuan mcmn pula bila seseorg tu naik angin bila brg nya dirosakkan org laen dsebabkan oleh sifatnya y menjaga barang n pantang org merosakkan brg wpun brg tu regany xdelah mahal sgt…mcmn nk deal dgn org mcm ni. sbb pada sudut pandangan sy, “xpalah dh rosak nk wat mcmn iAllah Allah ganti lain nnti”.

Reply

16 Mohd Zulkifli Shafie August 1, 2014 at 5:45 pm

Wslm Pn. Nik,

Kalau orang macam tu, kena ganti balik barang yang kita rosakkan walaupun kecil. Itu hak dia. Tapi sikap keterlaluan macam tu membuatkan orang tak selesa untuk berkawan.

Reply

17 rohaizah khamis August 6, 2014 at 9:24 am

Salam Encik Zulkifli,
saya sgt berterima kasih dengan kedua ibu bapa saya yg ajar saya dan adik beradik tentang hidup sederhana , di bawah kemampuan wpun mampu memiliki yg lebih mahal .

skrg saya amalkan konsep ini kepada anak2 saya dan Alhamdulillah ..kebaikannya saya dapat rasakan.

membaca artikel2 encik membuatkan saya lebih rasa yakin dengan tindakan saya seharian . saya lebih postitif dan berharp Allah mudahkan urusan kita semua ke arah kehidupan sederhana yg sempurna . AMin.

Reply

18 Mohd Zulkifli Shafie August 6, 2014 at 9:33 am

Wslm Pn. Rohaizah,

Alhamdulillah..

Reply

19 faezah August 10, 2014 at 2:24 am

asalamulaikum…en.zul..

baru terjumpa blog en..setelah membaca buku mudah menjemput rezki…sgt 2 bermanafaat..banyak sya belajar….terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu.moga en zul sekeluarga serta saya sekeluarga dirahmati ALLAH SWT..sentiasa..amin

Reply

20 Mohd Zulkifli Shafie August 10, 2014 at 7:54 am

Wslm Pn. Faezah,

Alhamdulillah. Mudah-mudahan blog ini bermanfaat, insyaAllah.

Amiin ya Allah.

Reply

21 haeida August 13, 2014 at 10:40 am

betul tu kalo hidup di bawah kemampuan..rasa tiada bebanan yang ditanggung,saya ada hutang….selalu baca ayat penghapus hutang, skrg allah takdirkan saya utk jual umah..n dgn wang yg dapat saya ingt nak bayar hutg2 saya n mulakan idup dengan bebas hutang,n buat bisnes kecil-kecilan dan mulakan idup dengan tenang.mungkin saya tidak layak lagi punyai rumah sendiri sebab ada ada hutang

Reply

22 aziz August 19, 2014 at 9:44 am

Nice thought En. Zul.

Reply

23 Mohd Zulkifli Shafie August 19, 2014 at 10:35 am

Alhamdulillah..

Reply

24 mr tip August 21, 2014 at 9:14 am

terima kasih tn zul
nasihat yg sangat bermotivasi

Reply

25 Mohd Zulkifli Shafie August 21, 2014 at 9:42 am

Alhamdulillah..

Reply

26 Dewi dee October 18, 2014 at 9:53 pm

Tersenyum sy membaca artikel ni… =)

Reply

27 Haslina October 23, 2014 at 2:40 pm

terima kasih atas sharing yang cukup terkesan. kita sebagai manusia memang mudah lupa.

Reply

28 Mohd Zulkifli Shafie October 23, 2014 at 2:46 pm

Alhamdulillah. Sama-sama puan. Mudah-mudahan sharing ni bermanfaat, insyaAllah.

Reply

29 haslina November 1, 2014 at 11:15 pm

Saya mohon sharing post ini.terima kasih banyak2 atas peringatan ini.

Reply

30 Mohd Zulkifli Shafie November 2, 2014 at 12:29 am

Silakan Pn. Haslina. Mudah-mudahan bermanfaat, insyaAllah.

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: