"Jadilah sebaik-baik lelaki dan sebaik-baik perempuan. InsyaAllah Tuhan akan kurniakan pasangan yang terbaik. Nanti tak perlu bimbang nak cari pasangan..."
Pesan saya kepada anak-anak remaja masa ta'lim subuh tadi.
Anak-anak remaja ni dah mula ada minat cari pasangan. Tapi mereka belum matang untuk buat keputusan yang betul.
Nak yang hensem?
Nak yang cantik?
More...
Hensem dan cantik tak cukup
Hensem dan cantik tu cuma pandangan pertama. Tapi bila nak cari pasangan hidup, hensem dan cantik sahaja tak cukup.
Pasangan kita ialah orang yang kita akan habiskan sebahagian besar hidup kita dengan dia.
Orang yang kita akan tidur sebantal dengan dia.
Orang yang akan tahu segala baik buruk pasal kita.
Orang yang akan tahu segala rahsia kita.
Bahkan orang yang akan berikan zuriat keturunan, dan berikan kesan besar dalam mencorakkan anak cucu cicit kita nanti.
Maka hensem dan cantik sahaja tak cukup.
Kawan yang kita paling suka spent masa dengan dia bukanlah yang hensem atau yang cantik. Tapi yang lebih utama ialah orang yang baik akhlaknya, pentanda baik agamanya.
Rahsia rumah tangga bahagia
Sebab tu Nabi s.a.w pesan supaya utamakan yang beragama di samping kriteria lain; cantik, berharta (berpendidikan) dan keturunan (latar belakang keluarganya).
Anak-anak kita belum faham pasal perkara ni. Kita yang dah lama berumahtangga akan setuju apa yang Nabi s.a.w. pesan ni.
Kita kena fahamkan anak-anak remaja pasal perkara ni.
Tak ada orang lebih baik bagi panduan dan dorongan untuk mereka selain kita sebagai ibubapa.
"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia."
Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah (ï·º) bersabda,
"Seorang wanita dinikahi kerana empat perkara, iaitu kekayaannya, status keluarganya, kecantikannya, dan agamanya. Oleh itu, hendaklah kamu menikahi wanita yang beragama (jika tidak) kamu akan menjadi orang yang rugi."
Coretan FB berkaitan:
- Benarkah wanita paling malang yang salah pilih suami? - Mufti WP
- Deep... Kita akan tarik orang yang sekufu dengan kita - FB Imelda Balchin (2025)
Artikel berkaitan:
- Bunga Bukan Sekuntum, Jadilah Lelaki Yang Kuat Berjuang!
- Rumah Tangga Nabi, Romantik dan Realiti
- Suami Isteri Berbeza Bukan Kekurangan, Tapi Saling Melengkapi
- Besarnya Risiko Perempuan Jika Terkahwin Lelaki Yang Salah
- Bila Dicurangi, Binalah Kebahagiaan Baru. Cepat-cepat Move On!
- Putus Tunang Kalau Si Dia Ada Masalah Hutang Kronik