MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Peluang Besar Pemilik Bisnes di Sebalik Ekonomi Gawat

April 11, 2024

Gara-gara ekonomi gawat ketika zaman COVID-19, bisnes #PublicGold meningkat berlipat kali ganda sampai mampu beli bangunan bernilai RM100 juta di dalam Golden Tringle, betul-betul sebelah TRX Kuala Lumpur!

Sebenarnya ketika zaman COVID-19, ekonomi waktu tu gawat atau tak gawat?

Ya, memang gawat... Semua orang tahu itu zaman ekonomi paling gawat dalam sejarah negara.

More...

Ekonomi paling gawat, bisnes meningkat

Banyak orang hilang pekerjaan. Kedai-kedai dan pejabat terpaksa tutup... Orang pun tak boleh keluar rumah...

Banyak bisnes bungkus satu per satu...

Bukan sebulan dua bisnes kena tutup. Tapi dua tahun!... Mana boleh tahan... 

Nak bertahan pun satu cabaran, mana mungkin bisnes boleh meletup?

Tapi apa yang berlaku kepada bisnes Public Gold (PG) adalah sebaliknya... 

Itulah zaman di mana bisnes PG mencatatkan jualan RM1 billion setahun. Ia kali pertama dalam sejarah PG! MasyaAllah...

Peluang besar di sebalik gawat

Jujurnya saya kagum dengan Founder Public Gold, Dato Wira Louis Ng.

Dari pengalaman 14 tahun dengan PG, saya belajar pengalaman yang sangat mahal tentang sustainability dalam bisnes.

Sebenarnya nak bisnes kita bertahan, jadi orang baik sahaja tak cukup... Tapi kena cekap dan cepat bertindak...

Dalam Quran disebut, “qawwiyyul amiin”... Cekap lagi amanah...

Ketika kebanyakan bisnes lain gawat, kita tak gawat. Bahkan itulah masanya kita kutip bonus-bonus yang banyak ketika ekonomi gawat. (InsyaAllah)

Bonus? Ya, bonus...

Ketika zaman gawat, sekurang-kurangnya ada empat (4) bonus menanti bisnes yang sentiasa bersedia dan cepat adapt (sesuaikan) dengan perubahan ekonomi.

#1 - Customer pesaing bertukar arah

Pertama, itulah peluang dapat limpahan customer baru yang ramai.

Zaman gawat, banyak bisnes tutup. Bila tutup, customer-customer mereka nak membeli di mana? Tentunya dari bisnes yang masih bertahan.

Customer-customer dari bisnes lain akan mula beralih arah. Dan itu bonus bagi bisnes yang masih bertahan.

#2 - Peluang pilih talent (pekerja dan ejen) berkualiti dengan kos rendah

Kedua, itulah peluang dapatkan talent (pekerja dan ejen) berkualiti dengan kos lebih rendah.

Zaman gawat, banyak bisnes tutup. Maka banyak pekerja-pekerja yang berkualiti hilang pekerjaan.

Bisnes yang bertahan, bisnes mereka meningkat naik disebabkan customer persiang dah beralih arah. Maka dia perlukan tenaga kerja lebih banyak.

Sebenarnya itulah zaman dia berpeluang dapat banyak pilihan tenaga kerja yang bagus dengan kos lebih murah.

#3 - Peluang beli hartanah strategik pada harga diskaun

Ketiga, peluang beli hartanah mahal pada harga diskaun.

Bila banyak bisnes tutup, lot-lot kedai, pejabat dan bangunan banyak yang kosong. Pemilik-pemilik hartanah pun akan sakit juga bila tak ada penyewa.

Jadi nak tak nak, mereka terpaksa lepaskan hartanah pada harga diskaun supaya dapat ringankan beban kewangan mereka.

Bisnes yang bertahan, itulah peluang mereka beli hartanah-hartanah yang strategik pada harga diskaun.

Ketika gawat COVID-19 (2019 - 2020), itulah zaman PG dapat beli hartanah pada harga diskaun. Sebelum PKP, banyak branch PG yang masih menyewa. 

Tapi sejak zaman COVID-19, hampir semua branch PG adalah hartanah milik PG sendiri...

#4 - Jurang dengan pesaing semakin jauh

Keempat dan terakhir, jurang dengan pesaing semakin jauh.

Ketika gawat, syarikat pesaing banyak yang jatuh, bahkan ada yang bungkus satu per satu. Tapi bagi bisnes yang bertahan, dia semakin maju ke depan, dan semakin jauh meninggalkan pesaing-pesaing mereka.

Itulah masanya sesuatu bisnes mengorak ke depan untuk jadi “leader” dalam pasaran atau industri. 

Sebagai dealer yang dah 14 tahun bersama Public Gold, saya nampak inilah yang berlaku kepada Public Gold.

Tahun 2010 dulu, PG hanyalah satu daripada banyak company emas di Malaysia. PG cuma satu daripada banyak pilihan jenama emas yang lain di Malaysia.

Hari ni, saya boleh katakan, sekurang-kurangnya 80% penyimpan emas di Malaysia adalah customer Public Gold.

Public Gold nama yang sangat sinonim dengan emas pelaburan di Malaysia.

Syarikat biasa akhirnya memimpin industri 

Public Gold hari ni adalah syarikat pengeluar emas pelaburan terbesar di Malaysia, dan Founder PG hari ni diberi mandat sebagai Presiden MGA (Malaysia Gold Association), sekaligus memimpin industri emas di Malaysia. Alhamdulillah...

14 tahun bersama PG, saya bukan sahaja berpeluang belajar tentang emas, tapi saya juga belajar bagaimana pemilik bisnes yang biasa-biasa akhirnya menjadi taikun besar dalam industri emas di Malaysia... Alhamdulillah...

Terima kasih Dato Wira Louis Ng dan isteri atas peluang untuk saya dan team jadi long-term bisnes partner beliau.

Saya belajar pengalaman mahal bersama beliau.

Bila ekonomi berubah, kita kena cepat-cepat berubah, sesuaikan diri dengan perubahan. Bisnes kita akan terus bertahan, insyaAllah...

Zulkifli
Cyberjaya
11 April 2024
2 Syawal 1445H

#TipBisnes #MembangunDiri

Menara Public Gold (MPG) di Jalan Tun Razak (sebelah TRX), KL ni hasil bisnes PG meletup ketika zaman ekonomi paling buruk dalam sejarah negara.

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>