Sukhoi – Pemusnah Yang Hebat

by on June 10, 2008


Alhamdulillah, semalam kami sekeluarga dapat bersantai di Hari Terbuka TUDM Subang. Wah… kami cukup teruja dapat melihat (dan menyentuh) pesawat-pesawat TUDM dari jarak yang dekat.

Helikopter Nuri Yang Disayangi

Dalam banyak-banyak jet pejuang, Sukhoi lah yang paling nampak gah berbanding “fighter jet” yang lain seperti MIG, Hornet, Hawk dsb. Sukhoi – buatan Rusia – adalah jet terbaru yang dimiliki oleh Malaysia. Boleh dikatakan semua pesawat TUDM dipamerkan, hinggakan pesawat zaman 70-an pun ada. Dari yang paling kecil dan paling lama, hinggalah paling besar dan paling baru.

Berhampiran pintu masuk ke pameran, dua jenis helikopter dipamerkan. Satunya Helikopter Nuri, dan satu lagi helikopter kecil – entah apa namanya. Sempat juga saya berbual dengan “steward” helikopter Nuri bernama John – orang Sabah atau Sarawak kalau ikutkan slangnya.

“Berapa umur helikopter ni Encik?”

“56 tahun”

“Ha? Woi, dah tua betul yer helikopter ni?”

“Aa.. aa… tapi kami memang ‘feel’ dengan helikopter ni?”

“Apa yang istimewanya?”

“Haa… helikopter ni senang… masa terbang, kami boleh tengok ke bawah… memang seronok… nak landing pun senang… ada ruang sikit pun dah boleh landing… kalau kami nak singgah makan nasi kat rumah pun boleh”

Begitu teruja sekali Encik John tentang Helikoper Nuri (Sikorsky). Rungutan orang politik tentang helikopter Nuri yang sudah berusia seolah-olah tak pernah dirisaukannya.

Sukhoi – Pemusnah Yang Hebat

Saya bersama isteri dan anak-anak pusing ke semua pesawat-pesawat yang dipamerkan. Sukhoi, memang membuat kami dan para hadirin teruja. Khabarnya, Malaysia memiliki 18 buah kesemuanya – kalau tak silap. Cuma 6 sahaja yang baru siap dipasang. Semua Sukhoi ini ditempatkan di Gong Kedak, Kelantan. (Memang betullah telahan saya bahawa jet yang kelihatan terapung-apung itu adalah Sukhoi – ketika perjalanan dari KT ke KB bulan lalu)

Menurut sahabat karib saya yang kerjanya service kapal terbang di TUDM Subang, Sukhoi sangat hebat berbanding fighter jet yang lain. Ia boleh terapung-apung di udara, boleh ‘flip’ dengan cepat untuk counter attack jet musuh sekiranya diserang dari belakang. Katanya lagi, Sukhoi adalah jet pejuang yang kedua terbaik setelah F-16 buatan Amerika.

Musnahnya Dunia Angkara Tangan Manusia

Melihat pada Sukhoi yang begitu hebat, terdetik kerisauan. Dengan hanya ‘seekor’ Sukhoi boleh membunuh jutaan manusia hanya beberapa minit jika ia dilengkapi dengan Bom Nuklear! Bukan sahaja membunuh, tetapi merosakkan keturunan manusia hingga beberapa generasi lamanya.

Lihat saja apa nasib Nagasaki dan Hiroshima. Nuklear yang ada sekarang khabarnya lebih 10 kali ganda kekuatannya berbanding Bom Atom yang dijatuhkan di Nagasaki dan Hiroshima.

Mungkin itulah sebabnya Amerika sangat takut jika negara Islam memiliki senjata Nuklear. Saya fikir, mungkin inilah juga jalan Tuhan mengingatkan kita bahawa dunia ini bakal musnah disebabkan tangan-tangan manusia.

Wallahu ‘alam.

Zulkifli
Damansara Heights

2 Jun 2008, 1.47 tengahari


{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post: