Bagaimana cara yang betul dalam menguruskan hutang? Adakah dengan cara buat hutang yang rendah intrest rate (IR), dan membayar hutang yang IR lebih tinggi?
Untuk artikel kali ini, saya kongsikan, bagaiamana anda boleh mengurus hutang dengan cara yang lebih bijak dan tersusun.
Berikut adalah kaedah asas yang digunakan oleh FAR Capital untuk memperbaiki profile kewangan client dengan "methodology hartanah".
Cara Menguruskan Hutang
1. Review and Asses:
Mengira DSR (Debt Service Ratio, jumlah pendapatan bersih dibahagi dengan hutang), jumlah hutang jahat dan keupayaan membeli hartanah (LE, Loan Eligibility).
Ini adalah langkah awal untuk mengatahui samaada anda layak atau tidak untuk memanfaatkan hutang, bagi melangsaikan hutang.
2. Consolidation:
Menukar hutang jangka pendek yang besar kepada hutang jangka Panjang yang lebih kecil komitmen bulanan: Swap and stretch
Maksudnya, kita kurangkan komitmen bulanan dengan menukar hutang.
3. OPM (Other People’s Money):
Menggunakan aliran tunai dari asset untuk membayar hutang (Cashback dari belian hartanah/ Refinance/ cashflow dari sewaan hartanah)
4. Earn More:
Active (pendapatan waktu kerja) + Passive (aliran tunai dari asset) + Hustle income (pendapatan dari selepas waktu kerja seperti sebagai deler Public Gold, REN dan sebagainya)
FAR Capital telah berjaya membantu ramai client yang tersepit dengan pelbagai hutang hingga ada yang memiliki kerjaya sebagai doktor perubatan pun terpaksa ikat perut untuk makan, doktor pakar yang tersepit kerana terbeli hartanah pelaburan yang salah dan pelbagai lagi real case study.