MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Mencapai KPI Ramadhan

Selamat menyambut Ramadhan untuk semua rakan FB saya yang Muslim. Moga Ramadhan kali ini Ramadhan terbaik dalam hidup kita, insyaAllah.

Sempena 1 Ramadhan ni, saya sekadar nak share nota penting tentang Ramadhan yang ada dalam catatan saya sebelum ini kepada sahabat-sahabat.

Ini nota yang saya rasa wajib saya share setiap kali masuk Ramadhan.

More...

Tiga KPI Ramadhan

Menurut guru saya Ustaz Dr. Ahmad Faisal Abdul Hamid (pensyarah Universiti Malaya), ada 3 KPI utama Ramadhan iaitu;

(1) Puasa yang sempurna

(2) Solat Terawih

(3) Buru Lailatul Qadar

Kesemua 3 utama tersebut sebenarnya ke arah mencapai 3 SASARAN sebenar Ramadhan iaitu:

(1) Keampunan dosa dulu dan akan datang,

(2) Bebaskan nama dari senarai ahli Neraka, dan

(3) Pahala sebanyak 83 tahun, 4 bulan. (lailatul qadar)

KPI #1 : Puasa Yang Sempurna

Untuk capai KPI #1, kena pastikan 5 perkara iaitu;

(a) niat puasa betul

(b) sahur pada waktu sahur, sekitar 5.00 pagi

(c) berbuka puasa tepat pada waktunya, bukan awal, bukan lewat

(d) menahan diri dari segala perkara membatalkan puasa

(e) elak diri dari melampau menggunakan lidah, kaki, tangan dan telinga.

KPI #2 : Solat Terawih

Untuk capai KPI #2, kena pastikan 4 perkara iaitu;

(a) makan sikit masa berbuka puasa. Kalau nak makan banyak pun, pastikan makan hanya 1/3 perut, minum 1/3, dan kosongkan 1/3,

(b) solat di surau atau masjid yang kita selesa,

(c) pergi awal ke masjid/ surau untuk pastikan tempat solat yang tidak mengganggu,

(d) jangan bawa handphone atau apa-apa yang mengganggu kosentrasi solat.

KPI #3 : Memburu Lailatul Qadar 

Untuk capai KPI #3, kena buat 4 perkara iaitu:

(a) melatih diri dengan membiasakan solat tahajjud dan bangun sahur lebih awal sejak dari awal puasa.

(b) selesaikan tuntutan raya dan keluarga lebih awal, serta rancang cuti dan balik kampung

(c) iktikaf pada 10 akhir Ramadhan

(d) perbanyakkan doa dan sedekah

Kalau capai 3 KPI utama tu, insyaAllah akan berjayalah 3 sasaran Ramadhan iaitu:

✅ (1) Keampunan dosa dulu dan akan datang,

✅ (2) Bebaskan nama dari senarai ahli Neraka, dan

✅ (3) Pahala sebanyak 83 tahun, 4 bulan.

Mudah-mudahan kita semua pulun sungguh-sungguh Ramadhan kali ni, seolah-olah inilah Ramadhan terakhir buat kita semua, insyaAllah.

Mudah-mudahan Ramadhan kali ni menjadikan kita orang yang bertaqwa. InsyaAllah.

"Wahai orang yang beriman! Diwajibkan berpuasa ke atas kamu sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang terdahulu sebelum kamu, mudah-mudahan kamu jadi orang yang bertaqwa."  - (Surah Al-Baqarah 2 : 183)

#SeronoknyaRamadhan #islahdiri

Zulkifli
Cyberjaya
11 Mac 2024

30 Sya'aban 1445H

Tentang Penulis

Anis Adlina Mohd Zulkifli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}