"Nak senang di dunia, kena banyak duit... Nak senang di akhirat, kena banyak pahala..."
Masa sibuk berkemas petang semalam, Abah hantar mesej;
Doakan perjalanan kami selamat pergi dan balik...
Saya terus call Abah.
Mungkin Abah ada nak pesan...
Lagipun phone call lagi 'sampai' berbanding wasap.
Masa bercakap tu, Abah tanya; siapa yang hantar kami ke airport?
Saya jawab;
"Emirates hantar driver datang rumah.
Penumpang First Class, memang dia datang pick up...".
Duit di dunia, pahala di akhirat
Lepas tu Abah jawab dengan nada yang macam biasa
— nada seorang ayah yang penuh pengalaman hidup;
"Nak senang di dunia, kena banyak duit... Nak senang akhirat, kena banyak pahala..."
MasyaAllah... Nasihat simple, tapi deep (mendalam)...
Memang betul...
Bila ada duit, banyak urusan jadi mudah.
Banyak masalah tak lagi bermasalah bila ada duit.
Begitulah juga di Akhirat nanti.
Di Akhirat kita perlukan pahala.
Hanya pahala sahajalah duit yang laku di Akhirat nanti.
Dunia sementara, akhirat selamanya
Nasihat ringkas Abah tu mengingat saya; Kalau kita kerja keras cari duit untuk kesenangan dunia, untuk Akhirat kita kena kerja lebih keras.
Dunia ni sekejap je...
Tapi Akhirat kekal selamanya.
Rasa barunya dirikan rumah tangga...
Pejam celik pejam celik, anak-anak dah besar...
Masing-masing dah ada lesen kereta dan motor...
Tak lama lagi dapat menantu... dapat cucu...
Tak lama lagi, hidup kita sampai ke penghujungnya...
Sekejapnya hidup kita di dunia...
Tapi akhirat?
Ia kehidupan yang tiada penghujungnya...
Tiada lagi kematian selepas kematian kita di dunia ni...
Memang benar, akhirat tu lebih utama dan lebih kekal...
Itulah bekalan yang lebih untuk dipersiapkan bagi siapa yang benar-benar beriman...
“Dan kehidupan akhirat itu lebih baik dan lebih kekal.”

Penumpang Emirates First Class dan Business Class, mereka sediakan sekali driver untuk pickup kita dari rumah (atau hotel) untuk ke airport.

Masa landing di Santiago, Chile, pun ada driver yang tunggu di airport hantar ke hotel. Sesuai dengan harganya 3 - 10 kali ganda berbanding Economy Class.
Artikel berkaitan:
- Berehat Seperti Pengantin, Nikmat Kematian Bagi Orang Mukmin
- Hidup Bermakna - Bila Kerja Dunia Jadi Bekalan Akhirat
- Kaya Bukan Dosa, Tapi Peluang Untuk Masuk Syurga!
- Istimewanya Peniaga Yang Amanah Di Syurga Nanti
- Buat Konten, Dapat Pahala Pasif Setelah Mati
- Kejar Akhirat, Jangan Lupa Dunia
- Genggam Dunia, Kejarlah Akhirat
- Berbisnes Mencari Akhirat

