"Mama tolong doakan Zul dapat income RMx00,000 sebulan ya dengan Public Gold".
Minta saya beberapa tahun lalu.
Setelah beberapa masa berlalu, akhirnya saya dapat income sebanyak tu (bersama Public Gold). Alhamdulillah...
Saya beritahu Mama, target yang saya minta beliau doakan satu ketika dulu dah tercapai. Alhamdulillah...
Kali ni saya minta Mama doakan lagi.
Saya dah set new target, saya balik kampung (seorang diri) hanya semata-mata nak minta Mama dan Abah tolong doakan untuk saya.
Minta doa mereka mengiringi doa dan juga usaha saya.
More...
Mustajabnya Doa Ibu Bapa
Doa mereka kepada kita sangat mustajab...
Maka rugilah ketika ibubapa kita masih ada, tapi kita tak minta pun mereka doakan untuk kita.
Sebenarnya, sejak remaja lagi, memang saya sentiasa minta mereka doakan saya capai target yang saya mahukan.
Masa saya tengah down dapat tempat paling corot dalam pelajaran ketika Form 5, saya call Mama bagitahu results exam saya yang menyedihkan...
Dan minta Mama Abah tolong doakan.
Alhamdulillah... Akhirnya saya dapat keputusan cemerlang dalam SPM. Keputusan yang saya tak pernah bayangkan sebelum tu!
Sentiasa Minta Ibu Bapa Doakan Kita
Ketika saya letakkan target nak lahirkan 100 #NextMohdZulkifli (#MisiUbahHidup100Keluarga) pada tahun 2016, saya pun minta Mama tolong doakan.
Walaupun Mama tak berapa faham dari sudut struktur bisnes, tapi doa ibu sentiasa mengiringi saya.
Alhamdulillah, saya capai target pada tahun 2021, iaitu setelah 5 tahun.
Sekarang, saya set new target.
Saya nak bantu lebih ramai berjaya bersama saya dalam Public Gold.
Dan saya dah set new target, untuk unlocked income 7 angka (ya, 7 angka) setiap bulan bulan dengan Public Gold, saya balik kampung jumpa Mama dan Abah.
Saya minta lagi sekali doa mereka iringi doa dan usaha saya lagi. Doa yang paling mutajab bagi seorang anak...
Doa yang Mengiringi Setiap Usaha
Sebenarnya, perkara sama yang saya sentiasa pesan kepada murid-murid saya dalam #MisiUbahHidup1000Keluarga. Supaya mereka minta ibu tolong doakan kejayaan mereka.
Terutamanya lepas dah macam-macam usaha mereka buat tapi hasilnya tak memberangsangkan, saya pesan suruh mereka minta ibu tolong doakan.
Bagi seorang isteri, saya tambah lagi satu pesanan; minta suami tolong doakan.
Mungkin selama ni rezeki kita Tuhan 'hold' asab ada perkara yang ibu (dan bapa, dan suami bagi seorang isteri) kita simpan dalam hati.
Ada perkara yang masih tersangkut dengan orang yang penting dalam hidup kita.
Lepas tu, usahalah bersungguh-sungguh...
Selalu keajaiban akan berlaku! InsyaAllah...
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah ﷺ bersabda:
“Tiga doa yang tidak akan ditolak; doa ibu bapa untuk anaknya, doa orang yang berpuasa, dan doa orang yang dizalimi.”
- (Hadis riwayat Ibnu Majah no. 3862, hasan)
Artikel berkaitan:
- Konten Medsos Kita, Bakal Menjemput Siapa Hadir Dalam Hidup Kita
- Nak Senang di Dunia, Kena Banyak Duit. Akhirat, Kena Banyak Pahala
- Orang Baik, Tapi Muflis di Akhirat? Beratnya Dosa Celupar di Medsos
- Medsos : Sekadar Share Pun Jadi Penyambung Lidah Syaitan?
- Kenapa Ada Orang Kecam Walaupun Kita Share Benda Baik?
- Hidup Bermakna - Bila Kerja Dunia Jadi Bekalan Akhirat
- Kekayaan Bukanlah Kemuliaan, Tapi Ujian Untuk Kita Bersyukur

