Saling Mencintai Tapi Sering Berselisih
"Abang asyik sibuk dengan bisnes. Abang utamakan customer berbanding Ayang", kata isteri.
"Abang kerja kuat ni untuk Ayang dengan anak-anak. Bukan untuk orang lain".
Berlaku berbalahan dan perselisihan.
Suami rasa tak dihargai... Isteri pula rasa tak disayangi... Walhal mereka sebenarnya pasangan yang saling mencintai.
Tapi disebabkan bercakap dalam 'bahasa' berbeza, selalu berlaku salah faham, lama ke lamaan hubungan makin hambar dan rasa cinta makin pudar.
Bahkan banyak yang berakhir dengan perceraian!...
Walhal sebenarnya mereka saling mencintai...
More...
Bahasa Cinta Lelaki vs Wanita
Jujurnya saya banyak menangis dan muhasabah diri sepanjang baca buku ni masa dalam penjara.
Buku "Men are From Mars, Women are from Venus".
Banyak contoh-contoh yang dijelaskan dalam buku ni tepat kena ke batang hidung saya.
Baru saya sedar, lelaki mencintai isterinya dengan logik. Tapi isteri mencintai suaminya dengan emosi.
Bila masing-masing mencintai pasangan menggunakan bahasa berbeza, akhirnya masing-masing tak dapat apa yang diharapkan dari pasangan.
Sibuk Bukan Tidak Peduli
Bila isteri cakap, "Abang asyik sibuk dengan bisnes. Abang utamakan customer berbanding Ayang"
Apa yang suami faham, isteri tak hargai kerja keras dia cari nafkah. Padahal suami kerja keras tu tanda dia cintakan isteri dan anak-anak dia.
Dia sedang berikan terbaik untuk isteri dia.
Kerja keras dia (sampai tak cukup masa bersama keluarga) tu tanda cinta dia kepada isterinya. Tapi bahasa cinta dia tak difahami isteri.
Luangkan Masa Bersama
Pihak isteri pula, bukan dia tak hargai kerja keras suami. Luahan dia tu tanda dia cinta. Dia nak dapat lebih perhatian dari suami.
Kalau suami boleh ruangkan waktu untuk customer, ruangkanlah juga waktu khusus untuk dia.
Kalau suami nak kena melayan 10 customer sehari. Kosongkanlah 1 daripada 10 slot itu khusus untuk dia.
Mungkin makan bersama, beribadah bersama, riadah bersama, atau spent masa chit-chat dengan dia. Itu pun sudah memadai.
Sebab salah satu bahasa cinta ialah "quality time".
Pelihara Cinta , Kekal Bahagia
Buku ni menyedarkan saya, kita kena belajar bercinta. Kena belajar ilmu nak suburkan rumahtangga kita dengan rasa cinta dan kasih sayang.
Kalau tak belajar dan dibiarkan, makin lama rumah tangga makin gersang dan suram.
Hingga akhirnya berlaku perceraian. Walaupun pada hakikatnya mereka sebenarnya pasangan yang saling mencintai...
Zulkifli
Cyberjaya
13 Januari 2026
23 Rejab 1447H
Artikel berkaitan:
- 5 Bahasa Cinta Suami Isteri
- Suami Isteri : Betapa Manisnya Hidup Bila Berjuang Bersama-sama
- Suami Isteri Berbeza Bukan Kekurangan, Tapi Saling Melengkapi
- Pupuk Keserasian Suami Isteri Dengan Pujian dan Penghargaan
- Cara Selesaikan Konflik Bajet Suami Isteri
- Keluar Berdua-duaan, Refresh Mood Cinta Suami Isteri
- Suami Beli Ikut List, Isteri Beli Ikut Hati. Tapi Tepat Pula Tu!

