MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Membaca: Bila Dealer Tak Ada Ilmu, Penyimpan Emas Jadi Mangsa!

March 13, 2026

Membaca, membaca, membaca!

Ini yang selalu saya tekankan kepada murid-murid saya dalam #PGG100Network.

Samada dia cuma penyimpan emas... ataupun dealer emas.
Kena banyak membaca. 

Kalau nak kaya, kena ada ilmu.
Cara paling berkesan dapatkan ilmu, kena membaca. 

Sejauh mana kita dapat bina kekayaan, bergantung sejauh mana ilmu kita.
Lagi banyak ilmu, lagi banyaklah kekayaan datang. 

Sebaliknya tanpa ilmu, duit yang banyak pun akan habis.  

Beli emas sebab nak kaya

Bagi dealer Public Gold, ia bukan lagi pilihan. Wajib kena ada ilmu... Wajib banyak membaca... 

Sebab kerja kita bukan jual kopi (yang semua orang dah tahu). Tapi kita jual emas... produk kewangan. 

Orang beli emas tujuannya nak kaya. Bukan sebab nak logam emas tu sendiri.

Maka seorang dealer yang bertanggungjawab, sepatutnya kena ada ilmu yang cukup tentang kewangan. 

Supaya dapat bimbing penyimpan emas. Bukan sekadar dapat beli emas, tapi "kaya dengan emas".

Tak perlu pakar pun. Tapi yang basic-basic tu kena tahu. 

#BukuMisiBebasHutang dan #BukuWangEmas tu rujukan paling basic. Tapi sebenarnya tak memadai. 

Kena baca juga buku-buku kewangan lain khususnya ditulis oleh Pakar Kewangan No. 1 Malaysia, Tuan Azizi Ali.

Jangan bergantung ilmu upline

Beliau berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang kewangan... dan sudah lebih 30 buah buku yang beliau tulis.

Pada saya, penulisan-penulisan beliau tentang kewangan sangat terperinci dan bebas.

Penulisan beliau telah mengubah tahap kewangan banyak orang, termasuk saya.

Tinggal lagi kita kena baca, fahamkan, amalkan dan sampaikan kepada masyarakat. 

Jangan hanya bergantung pada ilmu "upline". 

Bergantung sumber ilmu hanya dari "upline" kadang-kadang berbahaya. Kalau "upline" tu jenis amanah dalam ilmu, kira okay lagi...

Tapi realitinya, banyak upline leader jenis "sales pusher"... 

Client lingkup gara-gara ejen

Ilmu-ilmu yang mereka ajar hanya semata-mata fokus capai target sales...

Asalkan dapat sales, client lingkup pun dia tak kisah!... 

Itulah punca kenapa sebahagian masyarakat rasa menyampah... Sebab mereka ada banyak pengalaman 'terkena' dengan ejen... 

Samada ejen emas, ejen takaful dan insuran, ataupun ejen unit trust!

Walau produk kewangan tu memang bagus, tapi cara ejen buat sales tu yang salah. Yang merosakkan client...

Itulah sebab kenapa Robert T. Kiyosaki gelarkan mereka (ejen produk kewangan) sebagai "broker"... 

Gara-gara ikut cakap mereka, habis kewangan client jadi 'broke' (pokai)! 

Lagi banyak ilmu, lagi kaya 

Walaupun saya dah lebih 15 tahun menulis pasal kewangan, tapi saya masih tak berhenti membaca.

Koleksi buku-buku Tuan Azizi Ali yang saya beli sejak 20 tahun lalu, masih lagi jadi rujukan utama saya bila timbul persoalan tentang kewangan (yang saya kurang pasti)...

Jadi banyakkan membaca... 

Berapa banyak kekayaan akan mengalir masuk ke poket kita dan penyimpan-penyimpan emas di bawah bimbingan kita, ia sangat bergantung pada ilmu.

Nak lebih kaya, kena cari lebih banyak ilmu. 

Nak penyimpan emas kita lebih kaya, kita kena bagi mereka lebih banyak ilmu. 

Dengan ilmu, duit yang banyak akan datang. Tanpa ilmu, duit yang banyak pun akan habis!

Antara punca duit habis ialah termakan nasihat yang salah dari ejen-ejen produk kewangan, gara-gara kita tak ada ilmu tentang kewangan... 

Allahu a'lam.

#TipKekayaan

Zulkifli
Cyberjaya
13 Mac 2024

2 Ramadhan 1445H

Setiap kita kena ada library kecil di rumah. Setiap kali ada persoalan tentang kewangan, rujuk balik buku-buku kewangan yang berkredibiliti.  

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 9,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 800,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}