MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Tanda Masuk Waktu Solat Subuh Ketika Dalam Pesawat

April 8, 2026

Tanda masuknya waktu Subuh...

Bila nampak keluarnya garisan merah dan oren di ufuk timur macam ni, ini tandanya dah masuk waktu Subuh.

Ia dipanggil "fajar sadiq".

Ini cara paling mudah nak tahu waktu solat Subuh dari dalam pesawat.  

More...

Waktu terlalu pendek

Sepanjang travel naik flight, saya rasa solat Subuh waktu solat paling kritikal. Sebab waktunya pendek... dan tak boleh jamak (kumpul) macam solat lain.

Jadi kita tak ada pilihan...

Kena betul-betul alert waktu solat Subuh dan solat dalam flight.

Ada sesetengah airlines macam Emirates, kita boleh tengok masuk waktu solat di screen dekat seat kita saja. Tapi ada airlines memang tak tunjuk waktu solat. 

Jadi kena pandai-pandai la...

Ini foto yang saya minta isteri saya snap masa flight kami dari Beijing ke KLIA semalam. Dia duduk seat tepi tingkap.

Cara solat duduk dalam flight

Flight kami berlepas pukul 2.15 pagi, landing sekitar 8.20 pagi. Solat Subuh memang kena atas flight, sebab waktu landing KLIA dah habis waktu Subuh. 

Untuk solat atas flight, selalunya tak ada ruang untuk solat berdiri... especially kalau naik Economy/ Business Class. Jadi terpaksa solat dekat seat sambil duduk. 

Sebagai panduan, di bawah ni saya sertakan video penjelasan terperinci oleh pilot Kapten Hafiz Firdaus pasal solat sambil duduk.

Mudah-mudahan tip ringkas ni berguna bagi siapa yang travel naik flight akan datang. InsyaAllah.

“Sesungguhnya solat itu adalah kewajipan yang ditetapkan waktunya ke atas orang-orang yang beriman.”

- (Surah An-Nisa' 4 : 103)

 #IslahDiri
#PrivateTripChina

Zulkifli
Cyberjaya
8 April 2026
19 Syawal 1447H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 9,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 800,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}