MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Buat Pinjaman Beli Emas, Adakah Berbaloi?

September 29, 2014

Kalau google di internet, kita boleh jumpa banyak artikel yang ditulis oleh blogger emas yang mengesyorkan buat pinjaman untuk beli emas. Artikel-artikel tu semua ditulis pada tahun 2012 atau sebelumnya. Waktu tu, kalau beli emas hari ni, pendek kata 6 bulan lagi confirm untung (kalau jual). Bahkan kalau ikut projection yang mereka buat, lepas 3 atau 4 tahun, kita boleh jual sebahagian emas untuk buat full-settlement loan dan masih berbaki kepingan emas. Seolah-olah boleh dapat emas tu percuma!

Saranan begitu bagi saya memang relevan pada waktu tu sebab kalau tengok pada track record 10 tahun, belum ada tahun harga emas negatif (turun) untuk tempoh lebih 12 bulan. Secara puratanya, harga emas naik sekitar 15% – 20%. Bahkan ada tahun naik hingga 35% setahun! Jadi dengan andaian harga emas naik 20% setahun, memang logik strategi buat loan untuk beli emas. Tapi bila harga emas jatuh 27% tahun 2013, bagi saya kita kena kenalpasti bila waktu yang ‘agak selamat’ untuk beli emas dengan duit pinjaman.

Guna Duit Simpanan Lebih Baik

Secara asasnya, beli emas ni lebih baik pakai duit simpanan tunai jer. Tak perlu buat pinjaman. Sebab emas ni salah satu bentuk simpanan jangka sederhana dan jangka panjang. Daripada duit tu terbiar terlalu banyak dalam bentuk “duit kertas”, lebih baik simpan dalam bentuk yang lebih selamat nilainya iaitu emas.

Yang kedua, kalau nak buat pinjaman bagi tujuan pelaburan, sebenarnya labur dalam hartanah lebih baik. Effective rate untuk pinjaman perumahan sebenarnya lebih murah berbanding personal loan. Dan apa yang lebih baik, bank suka bagi pinjaman yang lebih besar kalau kita nak beli hartanah sebab itu aset yang selamat bagi bank. Tapi kalau nak beli emas, kita kena pakai duit “personal loan”.

Jadi, kalau nak beli emas, pakai duit simpanan sendiri jer lebih baik. Cuma dalam beberapa situasi, saya boleh setuju buat pinjaman untuk beli emas, antaranya:

#1 – Nak Paksa Diri Menyimpan

Ramai juga orang yang jenis susah menyimpan. Kalau menyimpan pun, duit tu tak bertahan lama. Simpan, simpan, simpan, lepas tu sekejap jer habis dibelanjakan. Jadi duit simpanan tu tak bertambah-tambah. Kerja dah bertahun-tahun, duit simpanan kecemasan pun masih tak cukup.

Jadi dengan buat pinjaman, dia terpaksa ‘menyimpan’. Duit ansuran bank tu dia terpaksa bayar. Kalau tak bayar, nanti bank ‘cari’. Walaupun kita ada hutang dengan bank, dalam masa yang sama kita ada emas. Dan emas tu sendiri bagi saya ialah duit tunai juga. Bila-bila nak pakai duit, boleh jual atau pajak di ar-rahnu. Boleh dapat duit on the spot.

#2 – Nak Jana Pendapatan Sebagai Dealer

Ada orang yang memang minat dengan emas. Bila minat, dia suka bercerita dan promote kepada orang lain supaya simpan emas (walaupun tak dibayar). Tapi bila ada orang nak beli emas, dia tak dapat bantu sebab dia bukan dealer. Sedangkan hanya dealer jer yang boleh “introduce” orang lain beli emas Public Gold (dan dibayar komisyen).

Cara paling senang jana pendapatan dengan emas ialah jadi dealer sebab dealer melangkah sebelah kaki sebagai peniaga, bukan sekadar pelabur. Peniaga boleh jana keuntungan dalam apa juga keadaan harga emas tapi syaratnya kena ada ilmu. Untuk jadi dealer, kena buat belian RM30,000 dalam satu resit. Komisyen sebagai dealer tu nanti insyaAllah boleh cover ansuran bank.

Kalaupun tak berjaya jana pendapatan yang berbaloi sebagai dealer sekalipun, duit tu sebenarnya tak lebur sebab kita boleh jual balik emas tu untuk bayar balik pinjaman, insyaAllah.

Beli Harga Di Paras ‘Selamat’

Antara point lain yang perlu juga dipertimbangkan kalau nak beli emas dengan duit pinjaman ialah beli bila harga emas diparas rendah supaya kurang sikit kerisauannya. Kalau beli emas dengan duit simpanan sendiri, kita tak perlu risau sebab kita tak ada apa-apa komitmen dengan duit tu. Itu duit simpanan yang memang kita tak pakai. Tapi kalau nak beli emas dengan duit pinjaman, mungkin kita akan sedikit risau kalau harga emas turun. Jadi untuk kurangkan kerisauan, belilah masa harga emas di paras rendah. Persoalannya, berapa rendah?

Kalau berdasarkan analisis harga emas pada waktu sekarang, harga diparas paling selamat sekitar USD1,000 – USD1,200 (per oz) sebab itu harga emas keluar dari lombong seluruh dunia. Pendek kata kalau harga emas turun bawah USD1,200, sebahagian lombong emas terpaksa tutup. Kalau turun bawah USD1,000, habis lombong seluruh dunia kena tutup dan harga emas terpaksa naik sebab “short supply”. Jadi siapa beli emas sekitar harga USD1,200, insyaAllah kebarangkalian harga emas turun tu tak banyak berbanding potensi naik.

Risiko Harga Emas Jatuh

Tapi adakah jangan beli emas selagi harga tak cecah USD1,200? Pastinya tidak. Kalau nak dikirakan risiko, simpan duit kertas tu risikonya lebih besar berbanding simpan emas. Sejarah Malaysia, duit kertas (Duit Pisang) pernah hilang nilainya 100%. Duit Ringgit Malaysia pernah jatuh 50% hanya dalam tempoh 1 tahun (1997 – 1998)! Tapi tak pernah berlaku dalam sejarah manusia, nilai emas hilang 100%. Bahkan tak pernah dalam sejarah harga emas jatuh 50% setahun.

Kalau nak dikira dari sudut simpanan dalam erti kata sebenar, simpan emas jauh lebih lebih selamat. Simpan duit kertas jauh lebih berisiko berbanding simpan emas. Cuma kita kena psyco dengan nombor jer. Walaupun harga emas ada turun naik dalam jangka pendek, secara relatifnya kuasa beli emas bertahan zaman berzaman. Bukan macam duit kertas, nilai emas ampuh dari sebarang ketidaktentuan ekonomi ataupun politik.

Jadi kesimpulanya, adakah berbaloi beli emas dengan duit pinjaman? Saya tak boleh bagi jawapan “Ya” atau “Tidak”. Ikut kepada kedudukan dan matlamat kewangan masing-masing. Saya secara peribadi cuma beli emas dengan duit simpanan sahaja.

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
29 September 2014
4 Zulhijjah 1435

(Kredit foto : elsoar, )

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • salam,
    sy nak tanya,sekarang ni sudah keluar emas yg boleh dibeli sebanyak 1 gram,kalau x silap sy harganya lebih kurang rm200.apa pandangan tuan ttg emas yg boleh dibeli sedikit2 dari ini…

  • Assalamualaikum Tuan Zul…
    Bagaimana pula kalau kita letakkan pula emas2 simpanan kita dalam Arrahnu untuk dapatkan lebih cash utk membeli emas pada waktu emas tengah murah ni.. Setahu kak , kalau kita letak emas di arrahnu sekarang dengan nilai marhun yang rendah, kos upah simpanan pun akan rendah.. Yang penting jgn terlalu lama kan ?? betul tak pemahaman kak ni..? mana lebih untung Arrahnu atau personal loan utk tambah stok emas pada masa sekarang ?

  • assalamualaikum tuan zul….\
    kawan saya beriya promote tentang belian saham emas…pada pendapat saya sangat bahaya andai kata company tu tiada langsung stok emas…bagaimana pendapat tuan zul?

  • Salam,

    Kawan saya berkata, ada satu kaedah pelaburan emas bermodalkan RM12,400 utk sekeping emas fizikal(mungkin dlm 100gram).Kemudian,emas fizikal tersebut disimpan oleh dealer dan diurusniagakan oleh dealer.Bulan ke dua, dealer akan bagi RM11000 kpd pelabur sebagai modal yang pelabur keluarkan dulu.Disini pelabur “rugi” kira kira RM 1400 secara logiknya.Tetapi, pada bulan ke 3, dealer akan bagi RM3400 sebulan kepada pelabur selama lima bulan berturut turut(RM 3400 x 5 bulan=RM17000) sebagai untung pelaburan emas tersebut.Kemudian, segala urusniaga berakhir.

    Jika mahu melabur lagi,sila bayar semula RM12,400 (atau ikut harga semasa emas) dan dealer berurusniaga sehingga semua untung diberikan kpd pelabur selama 5 bulan dan begitulah sistem seterusnya.

    Soalan saya,apa benar boleh menjana pendapatan sebegini banyak? Mengikut perkiraan, harga turun naik emas,takde lah banyak mana pun yang sampai boleh untung tu ‘banyak sangat’ tanpa memperdulikan harga turun atau naik.Minta pendapat tuan,Terima kasih.

  • Assalammualaikum En Zul,
    Bila baca artikel tuan saya rsa berminat untuk membeli emas..tp saya kurng arif tntng smpanan emas ni..jadi saya nk tnya pendpat tuan,
    Tujuan saya beli emas adlah untuk mndapat keuntungan dlm masa 2@3 thun akan datang.soalan saya,
    1.item emas yg mna sesuai utk saya beli?
    2.adkah lebih baik saya beli 1 dinar×2@ 2dinar×1(dlm bajet saya)?bgaimnan susut nilainya?
    3.bolehkah saya menjual emas dlm bntuk barang kemas yg sedia ada dgn PG?adakah susut nilai PG sama dgn kedai emas?
    harap tuan dpt membntu..terima kaseh

    • Wslm En. Izzuan,

      1. Item paling baik yang susut nilai paling rendah.

      2. Bagi saya 1 dinar x 2 keping lebih baik.

      3. Boleh. Saya dengar, harga Public Gold tinggi sikit berbanding kedai emas. En Izzuan kena bawa emas tu ke office Public Gold untuk test ketulenan dulu.

      • Okey terima kaseh tuan..sbgai permulaan saya akan beli 1dinar×2 keping.klu ada duit lebih saya akn tambah emas secara brperingkt.
        Sesuaikah saya beli emas utk mendapat keuntungn dlm 2@3 thun akn datang?@ ia untuk jgka masa yg lebih panjng?
        bolehkah saya beli emas dgn tuan?.saya tinggal di sungai petani kedah.

  • Aslkm…sgt bagus artikel ni…sy minat nak jadi dealer..tapi syg modal x cukup..lagipun skrg beli dinar secara maintain…ada petua x supaya segera jadi dealer tanpa perlu buat pinjaman..tq

    • Wslm,

      Pn. Ain boleh kumpul belian keluarga atau kawan-kawan rapat, dan buat order atas satu nama. Contohnya, kongsi 3 orang beli RM10k (total RM30k), automatik jadi dealer. Nanti bagi rebat 1% kepada kawan tu setiap kali dia buat belian.

  • Assalamualaikum En.Zul. Seperti yg dinyatakan oleh saudara Ibrahim, saya juga didatangi seorang kawan yg offer sedemikian. Mereka menyediakan hitam putih dan mempunyai syarikat berdaftar. Saya nak minta pendapat En Zul. Adakah betul dgn cara menggunakan arrahnu boleh menguntungkan. Mereka pinjam emas kita. kemudian bg balik beserta keuntungan. Ade setengah dr mereka guna kaedah seperti bermain kutu Di dlm kumpulan tertentu.

    • Wslm,

      Tak ada ‘magic’ keuntungan dengan pajak emas di ar-rahnu. Walau macam mana pun pelaburan emas, jangan serahkan emas kita kepada orang. Biasanya emas tu digunakan untuk rolling skim cepat kaya.

      Wallahu a’lam.

  • Assalamualaikum en.zul,
    2015 harga emas makin naik.
    rasanya emas makin naik lagi ke atau ada nanti akan turun semula.
    saya risau emas makin naik. takut kalau tak beli sekarang lama makin naik2.

  • Buat sesuatu krn allah.psg niat murni sprt nk jd pmbayar zakat.nak pergi tunai haji dan umrah.bantu keluarga ibu dan ayah.jgn buat pinjaman semata2 untuk enjoy.tp untuk ms depan keluarga dan anak2.asalkan ada niat yg murni.allah akn lorongkan kekayaan kesihatan dan lorongkan kekayaan dunia akhirat.amin3..

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >