MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Nikmatilah Momen Ragam Anak-anak Ketika Mereka Masih Kecil

June 26, 2018

Catatan 1 : Saat Rindukan Ragam Anak-anak Pasti Tiba

Enjoylah kalau anak-anak meragam sekarang. Satu hari nanti, pasti kita akan rindu saat anak-anak kita masih kecil. 

Anak kita kecil sekejap saja.

Masa dia kecil, kita fikir bagusnya kalau anak dah besar. Senang sikit nak urus.

Tapi bila anak dah besar, kita rindu pulak zaman anak-anak kita masih kecil. Kita tergelak sendirian bila teringatkan gelagat dan kerenah mereka.

Itulah yang saya dan isteri Pn Najdah Mohammed Hussain fikir bila tengok semula video anak-anak kami masih kecil.

Sekarang mereka dah besar dan dah remaja... Dan pasti akan tiba masanya kita mula kesunyian bila anak-anak mula membina kehidupan mereka sendiri.

Maka nikmatilah masa sekarang sebaiknya. Bersabar dengan kerenah anak-anak.

Ini anak kami no. 8. Anak paling bongsu setakat ini. Namanya Anas. Saya beri nama sempena nama sahabat Nabi Muhammad s.a.w. bernama Anas Bin Malik.

Semoga dia juga jadi orang yang fakih dalam agama. InsyaAllah. 

Zulkifli
Putrajaya
26 Jun 2018
12 Syawal 1439H

Catatan 2 : Cukuplah Anak-anak Sebagai Sumber Inspirasi

Anak-anak, masa kecil mereka sangat perlukan WAKTU untuk kita bersama-sama mereka. 

Tapi ketika anak masih kecil inilah selalunya kita (ibubapa) tengah struggle dari sudut kewangan sampai kita tak dapat berikan perhatian secukupnya untuk mereka. 

Lebih menyedihkan, ketika kita stress pergi kerja, anak-anak kecil ini pula stress kena hantar kepada penjaga - yang langsung tak dapat tumpahkan kasih sayang sewajarnya kepada mereka. 

Buat ibu-ibu dan bapa-bapa... Untuk bina impian yang kuat dalam diri, anak-anak kecil kita ni sepatutnya dah cukup memotivasikan kita kerja kuat demi masa depan mereka. 

Ketika anak-anak masih kecil begini, mereka perlukan WAKTU dan perhatian kita.

Mereka tak boleh tunggu terlalu lama (untuk kita capai impian).

Waktu anak-anak membesar sangat cepat.

Bila mereka dah remaja dan dewasa nanti, mereka dah tak perlukan perhatian kita lagi. Kehidupan mereka dengan kawan-kawan mereka pulak. 

Kita akan menyesal terlepas moment penting ketika mereka sangat perlukan waktu dan perhatian kita (waktu kecil)... 

Kita tak ada ruang waktu yang lama untuk kejar impian kita untuk mereka... 

Zulkifli
Putrajaya
20 Ogos 2017
27 Zulkaedah 1438H

Ini anak kami paling bongsu (anak ke-8). Namanya Anas. Umur 1 tahun 6 bulan.

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 9,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 800,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}