MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Tempat Terbaik Menjual Emas

October 5, 2016

Bagi penyimpan emas, bila nak pakai duit, tempat terbaik jual emas ialah tempat asal di mana kita membelinya. Maksudnya, kalau beli emas jenama Habib Jewel, jual balik kepada Habib Jewel juga. Jangan jual kepada kedai lain seperti Wah Chan ataupun Poh Kong. Habib Jewel akan beli balik pada harga lebih tinggi untuk emas keluarannya sendiri, tetapi syaratnya, mesti tunjukkan RESIT ASAL dan emas tu masih dalam keadaan yang baik; tanpa calar, kemek, bengkok. Kalau gold bar atau syiling emas itu dikeluarkan dengan plastik seal (kekal), pastikan ia masih dalam keadaan baik.

Emas jenama lain pun macam itu juga. Kalau beli emas Wah Chan, lebih baik jual semula kepada Wah Chan untuk dapat harga terbaik. Walaupun kedai emas yang lain terima emas jenama Wah Chan, tetapi mereka beli dengan harga lebih rendah.

Jenama Emas Paling Tak Cerewet

Dari sudut menjual balik emas, kalau di Malaysia, jenama yang paling tak cerewet bila nak jual balik ialah emas Public Gold. Public Gold jamin beli balik emas tu dengan HARGA MAHAL sebagaimana harga “PG BUY” yang dipaparkan di web www.publicgold.com.my TANPA perlu tunjukkan RESIT pembelian asal.

Bahkan bagi emas Public Gold yang berseal kekal, kalau plastik seal itu terbuka ataupun rosak, SPREAD / susut nilai yang dikenakan cuma 10% (berbanding spread asal 9%). Ia berbeza dengan kebanyakkan jenama emas lain. Kalau di bank, emas yang rosak bank tak akan beli balik. Kita terpaksa menjualnya di kedai emas. Kalau jual di kedai emas, mereka kenakan potongan harga sekitar 25% – 40% jika kondisi emas itu dah tak berapa elok. Jadi kita akan kerugian besar.

Setakat pemerhatian saya sejak 2010, syarikat yang beli harga paling tinggi untuk emas yang rosak ialah Public Gold.

Emas yang terbuka seal plastik begini, Public Gold jamin beli balik pada dengan spread hanya 10%. Kalau nak senang kira, rujuk harga “PG Sell” di website, kemudian tolak sahaja 10%.

Emas jenama selain Public Gold, biasanya kedai emas beli dengan spread 25% dan boleh mencecah 40%. Untuk kira anggaran harga, tanya berapa harga harian yang mereka jual, kemudian tolak 25%.

Buy Back Poh Kong

Syarat yang diletakkan oleh kedai emas Poh Kong kalau nak jual balik emas tersebut.

Jadi  bagi saya, simpan emas jenama Public Gold paling “peace of mind”. Tak perlu risau hilang resit, hilang sijil, bahkan tak perlu risau kalau plastik seal terbuka, emas tercalar, terkemek ataupun bengkok sebab kita masih boleh jual balik kepada Public Gold pada harga tinggi (i.e. spread rendah). Yang penting, berat asal masih kekal.

Jual Kepada Komuniti Emas

Akhir sekali, sebenarnya cara paling untung jual emas ialah jual kepada kenalan sendiri (yang juga penyimpan emas) sebab kita boleh ‘runding’ harga. Kita tak perlu terikat dengan harga yang ditetapkan oleh pengeluar. Kita boleh runding untuk dapat harga win-win. Kita boleh dapat harga lebih tinggi berbanding jual balik kepada pengeluar, dan kawan kita dapat beli harga lebih rendah berbanding beli terus dari pengeluar. Dua-dua dapat untung.

Tetapi syaratnya, kita perlu wujudkan ‘komuniti emas’ kita sendiri yang sama-sama menyimpan emas. Bila nak jual, kita offer dulu kepada komuniti kita. Bila nak beli, cuba tanya kalau-kalau ada ahli dalam komuniti kita nak jual emas.

Macam mana cara wujudkan komuniti sendiri?

Caranya ialah bagi kesedaran kepada kenalan kita tentang kelebihan menyimpan emas. Mungkin boleh share posting blog atau facebook tentang emas yang bagus, atau kongsikan secara peribadi bila jumpa dengan kawan-kawan. Bila dah ramai kenalan menyimpan emas, waktu itu barulah wujud komuniti emas yang saya maksudkan itu.

Ia usaha yang memakan masa. Tapi ia menguntungkan kita dan semua ahli komuniti emas kita dalam jangka panjang, insyaAllah.

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
5 Oktober 2016
4 Muharram 1438H

[Kredit foto : goldfathertowson]

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • kalau nak gadai mcmna pula?sesetengah org seperti sy tidak suka menjual emas sendiri tetapi lebih cenderung untuk mengadainya jika kesuntukkan duit.

    • Kalau nak gadai, ia bergantung kepada jenama emas tu. Dan perlu tahu, setiap ar-rahnu tu polisinya berbeza-beza dan boleh berubah-ubah.

      Kalau emas Public Gold, tempat terbaik untuk pajak buat masa sekarang ialah Pos Ar-Rahnu dan Ar-Rahnu KPMNJ (Johor) sebab mereka terima emas Public Gold tanpa perlu buka seal.

  • Salam. Saya pernah purchase barang kemas public gold pada tahun 2011 dan ingin menjual balik tahun ini (2017). Resit dah hilang. Apabila saya ke cawangan PG Batu Berendam, mereka bagitau itu bukan barang kemas PG dan ingin beli balik dengan harga emas non-PG dgn harga lebih rendah (beza rm8). Boleh tlg jelaskan tentang ini tuan? T.kasih

  • Salam Tuan,

    Saya ada gold bar 20g Public Gold 999. Masa beli dalam RM3550, tahun 2012 macam tu, dan sekarang nak jual di atas sebab musabab tertentu dan saya rasa emas di memang bukan pelaburan baik. Nak tanya, kalau tengok kat sini: https://publicgold.com.my/, nak tengok harga PG Sell ke Buy?

  • Salam. Sy pernah nak jual barang kemas di Public Gold tapi tak jadi. Biasanya kedai emas biasa akan menilai mengikut timbangan yang sebenar . Berbeza dgn PG contohnya berat cincin 1.76, PG akan mengira berat 1.7 sahaja. Sy rasa ini tidak adil. PG akan menimbang secara berasingan setiap barang kemas dan akan mengambil kiraan seperti di atas. Apa pandangan tuan mengenai hal ini?

    • Wslm Pn Ummu Naurah,

      Saya tak pernah tahu ada ´polisi´ begitu dengan Public Gold. Saya dah lebih 7 tahun dengan Public Gold dan sudah ada lebih 4,000 pembeli emas yang berjual beli dengan Public Gold, ini pertama kali saya dengar. Saya tak fikir itu polisi Public Gold. Kalau pun betul macam tu, puan boleh jual di kedai emas je.

      Cuma banyak feedback yang saya dapat dari yang pernah jual barang kemas kepada Public Gold, Public Gold beli pada harga lebih tinggi daripada kebanyakkan kedai emas.

  • Assalamualaikum, saya ada memiliki emas dan saya berniat utk menjual nya semula atas sebab2 tertentu. Boleh saya tahu tempat mana yg terbaik utk jual semula emas? Saya belinya di bank muamalat

  • Boleh ke Saya menjual barang2 kemas saya ke public gold…jika boleh, branch yg paling hampir dgn saya di sabak bernam kt mana ye? Tq

  • Salam tn. Saya ahli GAP. Baru belajar. Ada la sikit pelaburan dlm GAP. Saya nak tahu bila waktu yg terbaik utk jual emas pd PG? Hari ini jualan 170rm bg 0.01g emas dan belian 157rm bg berat yg sama. Saya x memiliki emas fizikal cuma melabur pd nilai emas PG semasa. Terimakasih.

    • Wslm En. Johari,

      Untuk dapatkan keuntungan maksimum dengan emas, kena dapatkan ilmu. Emas ni bukan sekadar beli harga rendah jual harga tinggi. Untuk dapatkan ilmu asas, saya syorkan baca buku tulisan saya bertajuk Wang Emas. Dapatkan di kedai2 buku seperti Popular, MPH, Kinokuniya atau SMO.

  • Salam en zul,

    Nak tanya.

    Sy ada dpt gold bar dlm lucky draw office sy.

    Macam mana sy nak jual balik dkt poh Kong kalau saya tak ada resit?

    Thank you

  • Assalamualaikum.. Saya ade gold bar 10g dr poh kong… Klau nak jual balik camne? X bukak seal… Adekah harga akak susut jauh dr nilai beli.. Beli thn 2011

  • salam, macam mana saya nak beli gold bar public gold secara walk-in, bermaksud tidak perlu untukpost atau buka akaun.

  • Salam Tuan, saya beli RM320 pd(18/01/2023,1gram emas, habib jewells), saya jual balik, (20/01/2023,kat Arrahnu sg. Besi,dpt RM240,jauh beza.. RM80,kenapa jadi begini, Tuan

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >