MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Jimat 85% Buat Roti Canai Sendiri Di Rumah

March 16, 2018

Cuma RM3.00 untuk hasilkan 19 keping roti canai. Jimat, cepat dan mudah.

Sempat saya siapkan 19 keping roti canai frozen sebelum fly ke Miri tengahari nanti untuk #SeminarBisnesEmas esok & Ahad.

Sebelum tidur malam tadi, saya uli tepung buat bebola roti canai dulu. Pagi ni, canai dan goreng separuh masak. Sekejap lagi masuk freezer.

Bila-bila nak makan, anak yang darjah 2 pun boleh goreng sendiri.

Buat sendiri roti canai ni kosnya tak habis RM3.

Kalau beli di kedai, habis RM19 (RM1 sekeping) atau RM22.80 (RM1.20 sekeping).

Jadi boleh jimat sehingga RM19.80. Penjimatan sehingga 85%!

Kami satu keluarga 10 orang, 19 keping ni boleh 2 kali breakfast. Bagi yang keluarga kecil, mungkin boleh 4 kali breakfast.

Doh ni saya tinggalkan semalaman sebelum canai dan tebar. Kalau saya buat awal pagi sebelum subuh, pukul 9.00 pagi dah boleh canai dan goreng.

BAHAN

  1. Tepung gandum - 850 gram (1 paket)
  2. Majerin / butter - 2 sudu besar
  3. Minyak sapi - 2 sudu besar
  4. Garam - 1 sudu besar
  5. Air suam - 500 ml

* Bahan di atas ni ikut selera saya. Orang lain buat, ada yang masukkan susu tepung dan telur. Ada orang tak pakai minyak sapi.

CARA BUAT

(1) Bancuh air suam 500 ml dengan 1 sudu besar garam.

(2) Gaul 850 gram tepung dengan 1 sudu besar majerin / butter + 1 sudu besar minyak sapi.

(3) Campur (1) + (2), uli tepung sampai jadi doh. Dah siap, biarkan dulu dalam 30 minit sebelum buat bebola.

(4) Buat bebola doh roti canai. Sapu dengan minyak (bancuhan minyak masak + 1 sudu minyak sapi + majerin) setiap bebola tu supaya doh tak melekat antara satu sama lain. Adunan ni boleh dapat dalam 18 - 19 bebola sebab saya buat saiz kecil supaya sesuai untuk anak-anak. Kalau buat saiz besar sikit, dapat dalam 15 - 16 bebola je. Saya spent masa 30 minit untuk uli dan buat bebola.

(5) Biasanya saya tinggalkan semalaman sebelum canai / tebar. Kalau buat sebelum Subuh, pukul 9.00 pagi dah boleh canai & goreng.

Saya spent masa 1 jam 15 minit untuk siapkan canai, goreng separuh masak guna 2 kuali dan kemas semua.

Ini dah siap goreng separuh masak (roti canai segera). Saya simpan dalam peti sejuk. Kalau anak-anak nak makan, mereka cuma keluarkan dan goreng sendiri jer.

Detail cara nak buat, boleh cek di Youtube. Guna sukatan yang saya bagi ni sebab di Youtube tak bagi sukatan yang tepat i.e. dia main agak-agak je.

VIDEO TUTORIAL

Siapa nak belajar buat & tebar roti canai, tengok siri video ni. Belajar free je.

Cuma satu je yang payah nak ikut dalam video ni. Sukatan air dia main agak-agak. Jadi susah untuk orang baru belajar untuk ikut.

Dia buat adunan tepung 1 kilo, saya buat guna sepeket tepung 850 gram tu. Cap Bunga Ros tu.

Untuk jadikan adunan tu betul-betul tepat antara sukatan tepung dan air, ikut formula saya ni. 850 gram gandum, masukkan 550 ml air. Nanti adunan tu jadi ngam-ngam, insyaAllah. Tak perlu agak-agak dah.

Saya guna formula ni, anak-anak saya pun boleh buat roti canai sendiri.

Zulkifli
Cyberjaya
16 Mac 2018
28 Jamadil Akhir 1439H

#BukuZeroHutang #BukuMisiBebasHutang

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>