MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Kenapa Saya Tak Selalu Update Harga Emas?

April 30, 2025

Penyimpan emas yang baru mulakan tabungan emas tanya, ada tak group yang selalu update harga emas supaya mudah kita tahu; 

  1. Bila harga emas turun? Bila waktu sesuai untuk beli? 
  2. Bila harga emas naik? Dan bila waktu sesuai jual emas? 

Jawapan saya; Memang tak ada... 

More...

Sebab kami bukan trader - yang bermain dengan "buy low sell high" dalam jangka pendek. 

Gold saver vs short-term trader 

Kami penyimpan emas (saver) untuk jangka panjang, sekurang-kurangnya 2 tahun ke atas. 

Bila ada duit untuk simpanan jangka panjang, itulah waktunya terbaik ditukarkan kepada emas (fizikal). Tak tengok sangat pasal harga.

Kalau update pun tak guna...

Sebab tak siapa tahu harga emas minggu depan atau bulan depan (jangka pendek). Yang ada cuma yang buat prediction yang belum tentunya tepat, bahkan kebanyakannya tak tepat pun.

Kalau harga naik, tak kaya... Harga turun pun tak miskin... 

Asalkan emas ada di tangan, penyimpan emas tegar tak peduli pun pasal harga. 

Harga cuma persoalan masa

Bila beli emas (yang betul), tak perlu kisah sangat pasal harga.

Harga hari ni confirm lebih murah berbanding beberapa tahun akan datang... 

Contoh paling mudah faham, harga roti Gardenia pun confirm naik saban tahun. Inikan pula emas - barang mahal. 

Monitor harga ni nanti cuma membazirkan emosi sahaja...  

Akhir sekali tabungan emas tak bertambah, duit pun habis juga... 

Menabung emas ni yang paling penting pastikan tabungan emas bertambah setiap bulan. Kenaikan harga tu cuma persoalan masa sahaja...

#TipKayaDenganEmas

Zulkifli
Cyberjaya
9 Januari 2024
27 Jamadil Akhir 1445H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 9,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 800,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}