.jpg)
Tak Nak Peram Isteri dan Anak-anak
Sebenarnya, setiap hujung minggu, memang saya ‘wajibkan’ diri ‘keluarkan’ isteri dan anak-anak dari rumah. Tak kisah apa pun aktiviti, janji mereka mesti keluar rumah. Tak nak mereka terperuk seminggu tanpa jenguk dunia luar. Takut jadi macam kain baju yang tersimpan elok dalam almari!
Isteri dan anak-anak memang tak akan keluar rumah tanpa saya, hatta untuk ke playground sekalipun yang cuma 50 meter dari rumah. Walaupun kereta tersadai 24 jam di ruang parking apartment (kerana saya sentiasa bermotorsikal), tapi isteri tak mahir memandu. Lesen ada, tapi dah lama tak bawak – tak confident.
Nak tak nak, saya mesti ruangkan waktu untuk mereka setiap minggu, walaupun hanya separuh hari – untuk 2 hari weekend.
Replace Ziarah Dengan Shopping?
Dah lama kami kurangkan aktiviti ziarah ni. Tak silap saya masa mula-mula kenaikan harga minyak tahun 2006 dulu. Bila kurang berziarah, dalam tak sedar, kami telah replace waktu ziarah dengan ‘shopping’.
Dua tiga bulan lalu baru saya sedar, rupa-rupanya kami agak kerap ke shopping complex. Kekadang tu, bukan banyak sangat barang yang nak dibeli. Dan kekadang, kedai dekat rumah pun ada jual. Bershopping sekadar merefleksi diri – untuk isteri sebenarnya…
[Memang kajian menunjukkan ramai kaum wanita di bandar suka mengurangkan stress dengan cara bershopping]
Santai, Tapi Bermakna
Waktu zaman bajet dulu, kami hadkan cuma sekali sebulan. Itupun saya seorang saja keluar bershopping. Sebab biasanya, kalau keluar ramai-ramai ni, banyak unnecessary items yang terbeli. Dan sekali keluar, mesti ada kos petrol dan tol – juga unnecessary cost.
Lepas bermuhasabah bersama isteri, kami tukar semula aktiviti. Shopping digantikan dengan ziarah, atau santai di taman-taman. Dua aktiviti ni, hampir pasti tak ada unnecessary cost yang akan keluar. Dan yang penting, dua aktiviti ni jauh lebih bermakna berbanding shopping!
InsyaAllah lepas ni, kami nak peruntukkan bajet, dan jadualkan setiap bulan untuk berziarah – terutamanya sahabat-sahabat yang dah lama tak jumpa. Berjumpa sahabat, sekurang-kurangnya boleh dapat ‘positive charge’. Dan satu lagi, amalan ziarah ni sebenarnya salah satu jalan Tuhan melapangkan rezeki untuk kita, insyaAllah.
ZulkifliDamansara Damai
21 Jun 2009