.jpg)
An African saying “If you want to walk QUICK, walk ALONE. If you want to walk FAR, walk TOGATHER!”. Believe in teamwork – Business Mentor
Prinsip ni jarang benar diamalkan usahawan Melayu. Kalaupun ada, mungkin dari kalangan kelompok seperti Global Ikhwan. Usahawan Cina boleh duduk sebaris, tapi semua maju. Usahawan Acheh boleh berniaga sebelah-menyebelah, tapi semua dapat untung dan bertahan lama (seperti di Damansara Damai).
Susah sekali nak tengok usahawan Melayu sama-sama maju. Dulu mama dan abah pernah buat perusahaan batik di rumah. Boleh dikatakan setiap kampung di Kelantan ketika itu meriah dengan perusahaan batik. Belia-belia kampung masing-masing mengasah bakat membuat batik. Ada yang mencanting (melakar) batik, dan ada yang menyonteng (mewarna). Rumah yang abah jadikan Home Stay hari ini, asalnya dulu adalah bengkel batik.
Industri Batik Kelantan Terkubur
Industri batik di Kelantan berkubur tak berapa lama lepas batik ‘meletup’. Menurut abah, ada usahawan yang bermodal besar dan maju buat permainan harga menyebabkan habis usahawan-usahawan kecil lingkup semuanya!
Kenapa jadi begitu?
Sebab tak ada sikap “unity” (bersatu) supaya sama-sama berjaya. Aku menang, orang lain mesti kalah. Orang Melayu berbisnes menang-kalah, tapi orang Cina berbisnes menang-menang. Orang Cina boleh berbisnes sebaris, tapi semua berjaya. Orang Melayu buka kedai, kedai sebelah (milik Melayu) selalunya akan lingkup!
Sebab tu mentor kami sangat tekankan prinsip penting dalam perniagaan (bahkan dalam hidup) iaitu “The Power of Unity”.
Didik Diri Jadi Team Player Yang Baik
Bukan senang nak jadi team player yang baik sebab ada kalanya kita kena ketepikan kepentingan peribadi demi kepentingan sebuah kumpulan (jemaah). Ada kalanya kena belajar berlapang dada dan sedia diperbetulkan.
Seingat saya dulu, bila nak cadangkan calon isteri/ suami pada sahabat, saya cuba selidik dulu samada calon tu terlibat ataupun tak dengan jemaah (kumpulan), atau dia jenis yang tak campur orang. Orang yang terlibat dan boleh bekerja dalam satu kumpulan dengan baik, biasanya dia calon suami/ isteri yang baik. Dia biasanya seorang yang teachable – boleh dididik dan bersedia memperbaiki diri.
Asas-asas teamwork banyak saya belajar masa berusrah dan berjemaah. Tapi melalui bisnes saya dapat fahami dengan lebih mendalam. Kesannya sangat instant. Mudah-mudahan, sedikit sebanyak wisdom (hikmah) yang dapat melalui bisnes, dapat memperkukuhkan lagi kefahaman saya tentang apa yang di ajar oleh Nabi S.A.W dari sudut hidup berjemaah.
“Saya pergi ke Paris, saya bertemu Islam tanpa Muslim. Saya kembali ke Kaherah, saya bertemu Muslim tanpa Islam”.