MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Selami ‘Jiwa’ Bisnes Sebelum Bermula

January 13, 2013

Jiwa bisnes

Dah buat bisnes Multi-level Marketing (MLM) dan Takaful, tapi buat sekerat jalan sebab rasa tak serasi dengan bisnes ala skim piramid katanya, dan sekarang ni masih mencari-cari bisnes apa yang lebih serasi. Memang keserasian dengan bisnes tu penting, tapi most of the time, bisnes tu memang dah bagus, tapi kita pandang dari perspektif yang salah dan lakukannya dengan  cara yang salah. Ataupun mungkin kita terdedah kepada mereka yang buat bisnes secara salah dan akhir sekali, kita buat kesimpulan bisnes tu tak bagus dan tak serasi.

Sebagai contohnya, bisnes MLM. Sebahagian besar nampak bisnes MLM ni macam skim piramid tapi saya nampak ia satu bisnes yang mulia, bahkan Robert T. Kiyosaki pun anggap ia satu bisnes yang mulia hinggakan beliau menulis buku khas bertajuk “Business School For People Who Like Helping People”.

Mereka yang pandang negatif mungkin sebab terdedah kepada bisnes MLM yang salah atau dijalankan secara salah sebagaimana saya pernah ulas dalam artikel “Awas MLM Pemburu Kepala” dan “MLM, Merubah Ayam Menjadi Helang?“, sedangkan bisnes MLM satu model yang bagus untuk sesiapa yang baru nak memulakan bisnes. Selain starting cost dan risiko yang rendah, kos latihan pun murah dan  dibimbing secara ‘live’ oleh mereka yang telahpun berjaya. Saya pernah kongsikan kenapa MLM salah satu bisnes yang sangat ‘recommended’ untuk orang baru dalam artikel “Ready-made, Cara Mudah Memulakan Bisnes“.

Roh Bisnes Orang Berjaya

Pengalaman saya berkawan dengan orang berjaya, samada bidang MLM, Takaful, Unit Trust, hatta bisnes jual beli emas sekalipun, ada “ROH BISNES” pada mereka yang ramai orang baru tak faham. Dengan roh itulah menyebabkan mereka berjaya! Rohnya ialah semangat “membantu orang lain”. Orang MLM bantu orang lain meningkatkan taraf hidup sesiapa sahaja yang mahukan kehidupan lebih baik, tak kira apa kelulusan, latarbelakang, pengalaman, tahap kewangan dsb. Janji dia nak berjaya. Orang takaful bantu orang lain lindungi dari risiko yang tak dijangka, dan orang unit trust Islamik bantu orang lain selamatkan duit EPF daripada pelaburan bercampur halal haram kepada pelaburan yang halal dan pulangan yang lebih baik, dan orang berniaga emas bantu orang lain selamatkan kekayaan dengan real-money iaitu emas! Itulah antara roh bisnes yang ada dalam diri orang yang pergi jauh dalam sesuatu bidang!

seminar usahawan bisnes

Roh bisnes dapat kita rasa bila berjumpa sendiri orang berjaya

Sebab tu saya sangat hormati orang berjaya dalam apa bisnes sekalipun. Mereka bukan lagi bercakap tentang duit. Kalau mereka hanya cakap duit, duit, duit, kereta mewah, makan sedap, pelancongan mewah daripada awal sampai akhir, itu petanda mereka masih mentah dalam bisnes tu, ataupun memang mereka sedang usahakan skim cepat kaya walau atas ‘platform’ apa sekalipun.

Cari Yang Serasi & Serasikan Diri

Jadi, kalau anda nak memulakan bisnes, pergi jumpa orang yang so called “berjaya” (bukan orang duit banyak) untuk dapatkan sentuhan ‘roh’ bisnes mereka. Lepas tu baru menilai samada bisnes tu serasi atau tak dengan anda. Hadir talk & seminar yang mereka buat, dan kalau boleh jumpa personally dengan mereka! Memang itulah yang saya buat sebelum memulakan apa sahaja bisnes secara serius…

Selain mencari bisnes paling serasi, saya syorkan juga anda serasikan diri dengan bisnes. Selami ‘roh’ sesuatu bisnes dengan dekati mereka yang berjaya dalam bidang tersebut. Kalau ‘roh’ yang ada pada mereka yang berjaya tu serasi dengan anda, maka belajarlah untuk serasikan diri dengan bisnes tersebut dengan hadiri semua perjumpaan & seminar mereka, at least untuk tempoh 6 bulan menurut Robert T. Kiyosaki. Bukan sekadar dengar sekali talk sahaja.

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
13 Januari 2013
1 Rabiul Awwal 1434

Artikel berkaitan:

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • Assalam zul,

    saya nak tanya pendapat zul,tentang serambi emas yang artikel dia keluar di suratkhabar semalam.Adakah lebih baik dari public gold?

    Terima kasih.

    Wassalam
    aina

    • Wslm Pn. Aina,

      Saya ada go thru secara ringkas artikel Berita Harian yang puan maksudkan tu. Apa yang saya faham, keuntungan yang dimaksudkan ialah keuntungan ‘rekrut’ orang baru join melabur emas cara pajak.

      Dari perspektif “buat duit”, cara tu memang lebih pantas buat duit berbanding Pulic Gold sebab RM500 dibayar kalau dapat rekrut orang baru.

      Dari perspektif “pelaburan”, teknik beli, pajak, beli, pajak, dan beli lagi, dan pajak lai, memang terbukti telah memerangkap ramai orang pada tahun 2012 dan saya jangka, ia akan terus memerangkap ramai manipulator ar-rahnu sebab polisi ar-rahnu yang sentiasa berubah-ubah. At the end of the day, pelabur akan marah kepada dealer bila mereka ‘terperangkap’. Yang confirm untung berlipat-kali ganda dengan teknik begitu adalah dealer emas!

      Saya syorkan puan dapatkan penjelasan daripada mereka yang pro & kontra dengan teknik begitu, kemudian puan buatlah keputusan terbaik. Wallahu a’lam.

  • Salam tuan, boleh tak bincangkan mengenai pelaburan perak. Adakah barang kemas perak boleh dijadikan pelaburan dan di mana hendak dijual atau digadai? Terima kasih.

    • Wslm tuan,

      Setakat ni saya belum nampak barang kemas perak boleh dijadikan pelaburan sebab harga perak terlalu murah. Biasanya pelaburan perak dibuat dalam bentuk jongkong yang jauh lebih berat timbangannya berbanding barang kemas.

      Wallahu a’lam.

  • Assalam zul,

    Terima kasih atas jawapan yang diberikan. Barulah saya faham. Kesian dekat pelabur. Insya Allah saya tak sanggup buat macam tu, menganiaya sesama Islam.

    Terima kasih sekali lagi.

    Wassalam.
    aina

    • Wslm Puan Yasmin,

      Ada 2 pendapat ulama dalam hal ni. Pendapat pertama tak membenarkan, dan pendapat kedua membenarkan. Kedua-dua pendapat betul lagi sahih. Puan boleh pilih nak pakai pendapat yang mana. Semuanya saya dah jelaskan dalam artikel “Jual Beli Emas Secara Ansuran, Apa Hukumnya?” sebab persoalan ni sama dengan persoalan jual beli emas secara tertangguh / ansuran. Klik link ni: http://bit.ly/YF7OcY.

      Mudah-mudahan artikel tu menjawab persoalan puan, insyaAllah.

      Wallahu a’lam.

  • Assalamualaikum tuan…Saya suka dengan entipati blog tuan dan menjadi inpirasi saya.Saya masih baru dalam bisnes menjual barangan kesihatan.Tapi masalahnya saya seorang yang pemalu dan juga kurang bersosial”peramah”dengan orang disekeliling saya walaupun dah kenal.Tetapi isteri saya seorang yang peramah dan mudah bergaul.Apa nasihat tuan pada saya yang baru nak mulakan perniagaan.Terutama masalah komunikasi

    • Wslm En. Jamil,

      Saya pun begitu. Saya juga seorang yang bukan jenis sales person. Saya tak pandai menjual. Tapi dalam dunia bisnes, kita tak perlu jadi jurujual. Cukuplah bermodalkan hati yang tulus untuk jadikan hidup orang lain lebih baik dengan produk dan servis yang kita sediakan. InsyaAllah, rezeki tu pasti ada. Jadi usahakan dengan betul dan sabar.

  • Salam,

    Saya, Hafiz, baru hendak berjinak dalam dunia perniagaan. Bagi saya, niat adalah penting dalam permulaan perniagaan. Boleh encik kongsikan tips utk semaikan niat ‘Membantu’ dari niat ‘Hendak Kaya’?

    Semoga Allah luaskan rezeki tuan dan permudahkan Urusan Tuan.

    • Wslm En. Hafiz,

      1. Niat nak kaya tu tak apa, asalkan kita usahakan kekayaan dalam batas syariat.

      2. Untuk pupuk niat membantu orang lain melalui bisnes kita, kita kena tahu ke mana nak di bawa kekayaan itu nanti. Kalau nak bawa sampai akhirat, sudah tentunya kita mesti beramal soleh melalui perniagaan i.e. menjadikan hidup orang lain lebih baik melalui produk dan servis kita.

      2. Salah satu cara supaya kita boleh ‘bertahan’ dengan niat untuk membantu orang lain melalui bisnes ialah dengan meringan beban kewangan dan hutang. Bila kita tak ada tekanan kewangan, kita akan berniaga dengan seronok dan lebih ikhlas.

      Wallahu a’lam.

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >