Mencari Bisnes Paling Serasi?

by on September 29, 2011

Memang betul, keserasian tu penting untuk kita maju dan bertahan lama dalam bisnes. Cuma kekadang orang salah faham apa itu “keserasian”.
Salah Faham Tentang “Keserasian”

Keserasian bukan segala-galanya bermaksud buat apa yang kita suka. Suka duduk rumah… suka tengok TV… suka duduk saja dsb, sebab dalam bisnes, kita terpaksa buat banyak perkara yang mungkin kita tak serasi pada permulaannya.
Kekadang bukan mudah nak cari bisnes yang kita serasi, tetapi lebih mudah untuk kita serasikan diri dengan bisnes. Untuk kita serasi dengan bisnes, perkara paling asas ialah kita kena anggap bisnes sebagai medium untuk menyebar luaskan lagi rahmat Tuhan (kepada lebih ramai manusia). Dan anggaplah bisnes sebagai medan memperbaiki diri.
Kalau kita fikir begini, insyaAllah, kita akan serasi dengan banyak jenis bisnes. Asalkan ada lubang buat duit, dan ia juga ruang untuk kita menjadikan hidup orang lain lebih baik, buat lah bisnes tu. InsyaAllah, kita tak akan bosan.

Mudah Serasi Bila Ada Mindset Yang Betul

Sebabnya, buat bisnes ni tak selalunya untung. Kekadang ada juga cuma balik modal, bahkan ada juga rugi. Orang bisnes tentunya faham benda ni. Tapi bila kita niat nak permudahkan hidup orang, nak berukhuwwah dsb, kita tak kisah untung rugi. Kepuasan sebenar ialah bila kita dapat mempermudahkan hidup orang lain. Bila Tuhan suka, orang pun suka, untung rugi tak perlu kita risaukan lagi. Duit tu akan datang sendiri, insyaAllah.
Bisnes ni kita akan cepat bosan kalau kita hanya fikir duit jer. Saya consult terlalu ramai ‘stranger’ (orang yang saya tak kenal) tentang emas dan untungnya pun belum tentu. Ada yang tanya ikut email, ikut blog, sms, call dsb tapi belum tentu dia beli emas dengan saya. Tapi bila saya fikir nak jadikan hidup orang lain lebih baik, saya jadi puas. Apa sahaja ruang untuk jadikan hidup orang lebih baik, saya mudah serasi.
Cari Yang Serasi, Atau Serasikan Diri?

Yang saya cukup tak serasi ialah dengan bisnes yang ambik kesempatan atas orang. Skim-skim bisnes, skim pelaburan yang tawarkan mudah dengan mudah memang saya tak serasi sebab saya nampak kat situ ada penganyayaan pada orang lain. Memang boleh buat duit, tapi duit tu akan membuatkan jiwa kita kacau bilau!
MLM yang bergerak macam skim cepat kaya, skim pelaburan yang entah apa-apa, itu semua tak serasi dengan jiwa saya.
Kalau nak cari bisnes yang paling serasi, bagi saya carilah bisnes yang dekat dengan hidup kita. Contohnya, kami suka makan biskut sugee, so Najdah buat dan jual biskut sugee. Kami melabur dalam emas, so kami jual emas. Kami sangat prihatin pasal kesihatan, so kami jual produk kesihatan berkualiti tinggi dengan money-back guarantee. Saya beli ebook dan betul-betul dapat manfaat dari ebook tu, so saya join affiliate dan recommend orang lain beli juga ebook tu.
Cari Bisnes Yang Dekat Dengan Kita

Maksudnya, setiap apa yang saya recommend pada orang lain ialah apa yang saya suka untuk saya sendiri. Biar mereka pun dapat manfaat sama macam kami. Ia bukan semata-mata nak dapat untung. Kalau benda tu tak menguntungkan customer, saya tak akan jual dan tak akan sekali-kali recommend pada orang lain.
Kata Nabi, kita tak cukup beriman sehinggalah kita sayang orang lain macam sayang diri kita sendiri. So, agak-agaknya, apa taraf iman kita kalau kita recommend produk yang kita sendiri pun tak suka? Wallahu ‘alam…
Pokoknya, carilah bisnes yang kita serasi tapi ia bukan mudah. Paling mudah ialah kita serasikan diri dengan bisnes kata Chef Li… J
Wallahu ‘alam..
Zulkifli

Damansara Heights

7 September 2011

9 Syawal 1432

Kesimpulan:
  • Serasikan diri dengan bisnes lebih mudah daripada mencari bisnes yang kita serasi.
  • Bila kita pasang niat untuk mempermudahkan hidup orang lain dan memperbaiki diri, kita akan mudah dapat bisnes yang serasi.
  • Bila nak syorkan produk pada orang lain, pastikan produk tu nanti bakal menjadikan hidup mereka lebih baik, bukan kerana kita nak dapat duit.
  • Dalam bisnes, pastinya kita terpaksa buat banyak perkara yang kita mungkin kurang serasi pada permulaannya seperti kena hadir perjumpaan bisnes berkala, jumpa orang, hadapi kerenah orang dsb. Tapi bila kita buat, buat dan buat, lama-lama kita akan serasi, insyaAllah.

Artikel berkaitan:

{ 2 comments… read them below or add one }

1 melor September 11, 2014 at 12:13 pm

Assalam,
perkongsian yang bermakna.
saya juga setuju dengan cara Tuan kerana saya berfikir yang sama.
I have bookmarked your website.
Keep on writing and sharing.
Jazakallah.
Success be with you hereafter.Ameen.

Reply

2 Mohd Zulkifli Shafie September 11, 2014 at 6:31 pm

Wslm. Alhamdulillah. Mudah-mudahan blog ni bermanfaat, insyaAllah.

Reply

Leave a Comment

Current ye@r *

{ 4 trackbacks }

Previous post:

Next post: