MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Orang Berniaga Paling Banyak Menyimpan

June 20, 2011

Tadi saya terbaca Majalah Niaga Edisi 17. Tertarik dengan temuramah bersama Chef Li (Dato’ Dr. Rusly Abdullah), Jutawan Senyap. Beliau menyentuh tentang simpanan.

Mana-mana jutawan, semuanya bercakap tentang menyimpan dan disiplin dalam menyimpan duit. Azizi Ali, Irfan Khairi, Chef Li, semuanya menekankan tentang simpanan.

Kekayaan bukan berapa banyak duit yang kita dapat, tapi berapa banyak yang kita simpan.

Kata Chef Li, “Sekiranya anda mempunyai RM1 juta, tetapi jumlah hutang pun bernilai RM1 juta, anda bukan digelar jutawan, tetapi kosongwan. Sekiranya anda mempunyai harta, tetapi tiada duit, anda digelar hartawan. Sekiranya anda tidak mempunyai harta, dan juga wang, itu dipanggil ketidaktahuan. Ertinya, ukuran jutawan dikira dengan jumlah wang yang anda simpan”.

Di bawah ni saya senaraikan intipati temubual bersama Chef Li tentang simpanan:

  • Untuk jadi jutawan dalam masa 5 tahun, kita kena menyimpan RM500 sehari, atau RM30,000 sebulan! Huh, mampu ker kalau sekadar makan gaji?
  • Orang paling banyak dan kerap menyimpan adalah orang berniaga! Tak kira mereka berniaga apa. Walaupun mereka nampak lekeh, bisnes mereka nampak 3rd class,  tapi tahap kewangan sebenar mereka adalah 1st class! Simpanan mereka kebanyakkannya ratusan ribu ringgit. Simpanan dan perniagaan sangat berkait rapat. Itulah pemerhatian beliau sepanjang jadi pegawai bank.
  • Kaum yang paling banyak menyimpan ialah (1) Cina, (2) India, (3) Pendatang – Indonesia, Bangladesh, Kemboja, (4) Melayu! Kenapa kaum lain lebih banyak menyimpan? Sebab kaum mereka lebih ramai berniaga.
  • Orang berniaga berpeluang menyimpan setiap hari, tapi orang makan gaji cuma sebulan sekali. Itulah sebabnya orang berniaga lebih kaya dari makan gaji. [Statistik menunjukkan 74% jutawan lahir dari kalangan orang berniaga]
  • Simpanan paling penting ialah simpanan untuk dilupakan (forgotten saving). Kalau sentiasa ingat-ingat dengan simpanan yang ada, ia tak akan menjadi. Banyak benda nanti yang terkait bila kita ingat dengan simpanan e.g. nak beli itu dan ini, nak masuk skim sana sini dsb.

Sahabat-sahabat yang berminat untuk dapatkan wawancara bersama Chef Li, boleh download Majalah Niaga Edisi 17. Klik untuk download.

Moga ianya bermanfaat, insyaAllah.

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Heights
15 Jun 2011
13 Rejab 1432

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • Bagus tu Jali.

    Saya dah ikuti Seminar Jutawan Senyap, Kursus Asas Peniaga Kecil & Usahawan Penjaja, beberapa kelas modul pemprosesan makanan. Banyak perkara yang saya belajar dan kami suami isteri dah memulakannya. Alhamdulillah, berhasil.

    Tak sama orang berniaga dengan ilmu berbanding orang tiada ilmu.

  • He3x.. Moral of the story, kena libatkan diri dalam perniagaan. Berniagala apa2 pun asalkan berniaga yg halal.

    Pesan Chef Li lagi, jgn terlalu banyak persiapan, mulakan ajer dengan apa yang ada. Keajaiban cuma akan berlaku setelah kita bertindak..

  • Fid, terlalu banyak peluang berniaga ni. Mulakan dulu dengan apa yang paling mudah dan paling dekat dengan kita. Sambil tu, banyak belajar tentang bisnes melalui membaca, hadiri talk, seminar ttg bisnes dan bergaul dengan orang bisnes. Fid boleh baca artikel2 saya tentang bisnes.

  • Assalamualaikum

    En.zul, saya bercadang utk memulakan bisnes..tpi disebabkan masalah tertentu..bisnes tersebut terpaksa ditangguh sebulan atau 2 bulan..atau mgkin berbulan2 lgi..
    Sekarang modal sbyk 150k tersimpan dlm akaun syarikat..apa cadangan/ pndpt encik utk sya ‘ beranak’ kan modal tersebut sbb dlm masa yg sama sya terpaksa membayar loan bnk sdangkan bisnes x start lgi..

    Mohon pendapat..

  • saya tersenyum simpul bila dapat email drpd suami yg highlight pasal post ni

    syukur alhamdulillah… berniaga atas redha Allah..
    sabar dengan ujian Allah, rezki datang drpd punca yg tidak disangka2..
    subhanallah,allahuakbar….

    saya reply padanya… terima kasih kerana email itu
    rasa bersemangat dan berbangga menjadi seorang surirumah yg lekeh sedikit.. tetapi menawan (di hati suami)

  • tahniah di atas blog tuan yg sgt memberi semangat pd sy..sy br buka klinik almost setahun.selok belok perniagaan ni mmg kurang arif.tp sy byk belajar dr article yg tuan tulis..sememangnya sy perlukan semangat dan ilmu yg byk dlm selok belok perniagaan.. yg plg sy suka bc mengenai bebas hutang..sy dan suami akn cuba mempraktikkan tips2 yg tuan tulis.dgn harapan kami blh bebas hutang dlm 3 tahun akn dtg.ada perancangan utk beli rmh.tp akn dikuburkan utk sementara waktu utk mengurangkan beban hutang.TQ so much for the info !! may Allah Bless u..

  • Memang sepatutnya simpanan adalah utk dilupakan.. Maka akan gagal dan terus gagal utk membuat simpanan. Kena ada target dan disiplin utk buat simpanan. Jika simpanan asyik duk teringat2 aje dah tentu akan berlaku kebocoran kewangan… Sampai bila2 pun tak jadi jadi nak buat simpanan..

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >