Kita Menumpang Rezeki Anak-Anak

by on April 26, 2016

Post image for Kita Menumpang Rezeki Anak-Anak

Setiap kali bertambah anak, kos sara hidup makin bertambah dan ia pernah merisaukan saya suatu ketika dahulu sebab biasanya kenaikan kos sara hidup tak setara dengan kenaikan gaji. Jadi secara logik biasa, kehidupan semakin sempit sebab berkongsi dengan lebih ramai ahli keluarga dengan gaji yang sama.

Bila bertambah ahli keluarga baru, saya akan buat bajet baru. Disebabkan pertambahan seorang anak setiap satu setengah tahun, maka jumlah kenaikan gaji sentiasa tak sempat cover dengan kenaikan kos sara hidup. Hingga saya give up untuk buat bajet sebab apa yang tertulis atas kertas, memang tak cukup. Adjust ikut mana sekalipun tak cukup juga sebab pendapatan kecil. Isteri pula tak bekerja untuk tampung kos sara hidup.

Rezeki Berupa Kebijaksanaan

Tapi realitinya, gaji waktu tu cukup jer bahkan boleh lagi menyimpan 10% daripada gaji setiap bulan. Hutang pun dapat langsai kesemuanya walaupun dari segi gaya hidup tu, memanglah tak sama dengan orang lain. Tapi yang penting, CUKUP. Kekadang kita lupa, rezeki itu tak semestinya dalam bentuk kewangan, kekadang Allah rezekikan kita berupa kebijaksanaan dalam mengurus kewangan. Kita mampu berbelanja lebih kecil atas perkara yang sama dengan orang lain.

Sewaktu kerisauan saya tentang pendapatan ketika anak sudah 3 orang (lepas 5 tahun setengah berumahtangga), seorang sahabat saya pesan, mintalah rezeki dari Allah atas asbab anak-anak tu. Anak-anak tu sumber rezeki katanya. Katanya lagi, ‘cable’ kita mungkin banyak yang ‘tersumbat’ (disebabkan dosa-dosa kita), tetapi ‘cable’ anak-anak sangat ‘clear’. Disamping kita berdoa, minta juga anak-anak doakan juga. Mudah-mudahan Allah lapangkan rezeki kita atas asbab anak-anak itu.

Kita Menumpang Rezeki Anak-anak

Sejak daripada itu, saya pegang betul-betul nasihat sahabat saya itu, katanya “kita menumpang rezeki anak-anak”, bukan anak-anak menumpang rezeki kita. Setiap anak yang lahir, Allah datangkan bersamanya rezeki. Jadi jangan risau tentang rezeki.

Dan bila saya renung balik, setiap kali anak baru yang lahir, ada sahaja peningkatan kami sekeluarga dari sudut kewangan. Cuma kekadang kami sahaja yang tak perasan.

Tetapi peningkatan kewangan itu bukan datang percuma. Takdir Allah itu dihujung ikhtiar manusia. Bila anak bertambah, saya terpaksa lebih rajin berusaha bila memikirkan masa depan mereka. Dari situ datang idea-idea dan semangat yang baru untuk bangkit.

Rezeki Kelahiran Anak Ke-8

Ketika isteri mengandungkan anak kami yang ke-8, Allah berikan semangat baru untuk tingkatkan bisnes kami ke tahap yang lebih tinggi. Kami sudah ada wawasan yang baru dan Allah berikan kami idea-idea baru untuk dilaksanakan. Dan kami nampak perkembangan positif bisnes kami beberapa bulan sebelum kelahiran anak ke-8 kami, Alhamdulillah.

Kesimpulannya, jangan risau tentang rezeki bila bertambahnya anak. Rezeki itu Allah sudah jamin untuk setiap anak. Kita hanya perlu berusaha sahaja. Berdoalah minta Allah lapangkan rezeki, dan letakkan usaha yang sepadan dengan doa itu supaya Allah memakbulkan doa tersebut, insyaAllah.

Zulkifli
Damansara Damai
26 April 2016
19 Rejab 1437H

[Kredit foto : mdpcdn]

{ 38 comments… read them below or add one }

1 Hafiz Gani April 26, 2016 at 10:01 am

Assalamualaikum,benar kata tuan.
Sememangnya walaubagaimanapun setiap orang sebenarnya rezekinya sememangnya sudah CUKUP. Mungkin cara mengendalikan dan SANGKA rezeki dibagi tidak cukup. Allah mengikut sangkaan hambanya. Berkat..
Kata saya tahu,tapi untuk sentiasa positif ianya berkurang bila datang masalah tertentu.

Suatu post yang menberi semangat dan saya selalu menbaca post2 tn
Jazakallahu khair tn

Reply

2 Mohd Zulkifli Shafie April 27, 2016 at 12:06 pm

Wslm En. Hafiz,

Alhamdulillah. Mudah-mudahan blog ni bermanfaat, insyaAllah.

Reply

3 hamid April 26, 2016 at 1:31 pm

Greedy wives to blame for corruption

JAKARTA: An Indonesian minister has suggested an unusual reason for the scourge of corruption in the graft-ridden country — men are just trying to please their greedy wives.
But rather than taking aim at the grasping officials themselves, Religious Affairs Minister Lukman Hakim Saifuddin suggested it was greedy wives who were fuelling corruption.

The wives of the elite in Indonesia are well-known for their love of expensive designer clothes and handbags.

“Corruption is often motivated by many things,” he was cited as saying in Kompas newspaper, referring to “extraordinary demands” from family members that pushed people to behave unusually.

“My message is not to demand too many material things that are out of the ordinary, that would be an outstanding contribution by women,” he added.

Yang ini saya setuju lah, kalau dalam keluarga ni orang rumah la yang tentukan nak beli langsir ke, baju baru ke. Kalau orang rumah minta bukan2 jadi macam ni la. Tapi alhamdulillah dapat isteri yang tak boros, tak tamak, dan tak menunjuk2.

Reply

4 Faizes April 26, 2016 at 2:45 pm

Tahniah tuan atas kelahiran anak ke-8, rzeki milik Allah.. maka kita harus berdoa dan berusaha insyallah ada penyelesaiannya.. Doakan Tuan Zul bahagia hingga Jannah… Amin

Reply

5 Mohd Zulkifli Shafie April 27, 2016 at 12:07 pm

Alhamdulillah. Terima kasih En. Faiezes. Amiin ya Allah.

Saya doakan Allah merahmati En. Faizes juga. Amiin.

Reply

6 hairum April 26, 2016 at 2:53 pm

aslm Tn.zul
majoriti org yg dh berkahwin ini takut nk beranak ramai dengan alasan takut x cukup bagi makan bagai..sy dan mereka-mereka yg naïf terlupa dengan janji Allah rezeki anak-anak yg lahir ke dunia telah tertulis bahagian2 mereka..cuma kita sebagai ibubapa perlu menterjemahkan rezeki untuk anak2 itu..jadi dengan penjelasan artikel Tn.Zul ini akan memberi makna kepada sy supaya jangan takut sekiranya anak bertambah..
tahniah tn.zul kerana bertambah rezeki anak.

Reply

7 Mohd Zulkifli Shafie April 27, 2016 at 12:08 pm

Wslm En. Hairum.

Betul. Mudah-mudahan artikel ini menjadi peringatan untuk saya dan kita semua, insyaAllah.

Alhamdulillah.

Reply

8 mohd azinuddin Abdullah April 26, 2016 at 4:46 pm

Tahniah tuan Mohd Zulkifli dan Puan Najdah. Sekarang sedang bercuti di Turki hasil usaha istiqamah mereka mendidik usahawan Emas Public Gold.

Semoga kami sekeluarga juga dapat mencontohi jalan keusahawanan mereka insha Allah

Reply

9 Mohd Zulkifli Shafie April 27, 2016 at 12:08 pm

Alhamdulillah. Terima kasih En. Azinuddin. InsyaAllah.

Reply

10 Wan Kamarul April 26, 2016 at 4:57 pm

Alhamdulillah..

Reply

11 Zahidah Omar April 26, 2016 at 6:57 pm

Salam. artikel ini menginsafkan saya bahawa kita menumpang rezeki anak-anak.

Reply

12 Mohd Zulkifli Shafie April 27, 2016 at 12:09 pm

Wslm Pn. Zahidah,

Alhamdulillah. Mudah-mudahan artikel ini bermanfaat sebagai tazkirah untuk saya dan kita semua, insyaAllah.

Reply

13 riangria April 26, 2016 at 9:13 pm

bertambah bilangan anak semakin berrtambah perbelanjan menguruskan keluarga..

Reply

14 Mohd Zulkifli Shafie April 27, 2016 at 12:10 pm

Tak apa. Belanja bertambah, dan Allah tambahkan kekayaan kita dengan lebih banyak lagi, insyaAllah.

Reply

15 Intan Syafinaz Zubir April 26, 2016 at 11:32 pm

tahniah tuan zul atas kelahiran bayi baru anda. semoga anda sekeluarga beroleh rahmat kebahgiaan hidup sihat walafiat bersama keluarga tersayang. Terima kasih atas tulisan di atas. Saya akan mula ubah/tambah doa dengan asbab anak-anak..Insyaallah terima kasih tuan

Reply

16 Mohd Zulkifli Shafie April 27, 2016 at 12:12 pm

Alhamdulillah. Terima kasih kasih puan.

Saya doakan Allah merahmati puan sekeluarga juga. Amiin ya Allah.

Reply

17 Isma April 27, 2016 at 5:58 am

Tahniah Zul atas kelahiran anak ke 8. Ana sekeluarga turut gembira dari kejauhan mendengar berita ini. Terima kasih juga atas perkongsian di blog ini yang banyak memberikan inspirasi buat ana menulis.

Jazakallah khairan kathira.

Reply

18 Mohd Zulkifli Shafie April 27, 2016 at 12:12 pm

Alhamdulillah. Terima kasih Isma Addi.

Mudah-mudahan blog ini bermanfaat, insyaAllah.

Reply

19 atie April 27, 2016 at 6:21 pm

Salam En Zul…Tahniah atas kelahiran ank ke 8. memang betul kita menumpang rezeki ank2 cuma kita kekadang tak perasan kerana rezeki dtg dalam pelbagai bentuk.

Reply

20 Mohd Zulkifli Shafie April 27, 2016 at 11:19 pm

Wslm.

Alhamdulillah.

T.kasih Pn. Atie.

Betul.

Reply

21 azrai April 28, 2016 at 9:55 am

Mengurus duit memerlukan ilmu, sikap suami yang tak mendidik isteri beramanah dalam hal ehwal kewangan keluarga menjadi sebab gagalnya isteri menjadi kaya material dan spiritual. Didik bukan bermakna suruh berjimat sampai berikat pinggang, pecah usus tak makan tetapi menjaga perbelanjaan agar tidak melebihi pendapatan. Senang nak cakap tapi susah nak buat!

Suami isteri mesti berterus terang mendedahkan masalah-masalah kewangan dalam keluarga, ramai bercerai kerana isteri tak faham kesusahan suami atau sebaliknya sehingga menimbulkan syak wasangka yang bukan-bukan.

Harta menjadi punca sengsara apabila kita tunduk sujud mengikut nafsu, lupa asal-asul, lupa daratan, lupa iman, lupa kepada Allah SWT. “Ketahuilah sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas (dalam bermaksiat), kerana dia melihat dirinya serba cukup. Sesungguhnya hanya kepada Tuhanmu tempat kembalimu.” (Surah al-‘Alaq: 6-8)

Rasulullah s.a.w bersabda: “Lihatlah orang yang kurang daripada kamu dan jangan hanya kamu lihat orang yang lebih daripada kamu kerana dengan itu kamu tidak memandang sepi nikmat Allah kepada kamu.” (Hadis Muslim)

Reply

22 Mohd Zulkifli Shafie April 28, 2016 at 10:49 am

Terima kasih atas nasihat En. Azrai. Jazakallahu khair..

Reply

23 WanDeuter May 2, 2016 at 1:41 am

Anak2 kecil takde dosa kadi mereka takde hijab dgn Tuhan… diwaktu kita berdoa minta rezeki ajarlah anak2 sama berdoa… Insyaallah Allah makbulkan sbb mereka takde dosa….

Drpd,
Saudagar deuter backpacks

Reply

24 Mohd Zulkifli Shafie May 2, 2016 at 7:14 am

InsyaAllah..

Reply

25 fiza May 2, 2016 at 1:11 pm

En,Zul…tahniah.dah nak masuk lapan orang anak ye. alhamdulillah…

Reply

26 Mohd Zulkifli Shafie May 2, 2016 at 1:46 pm

Alhamdulillah. Terima kasih Pn. Fiza.

Reply

27 zaimah May 2, 2016 at 3:16 pm

Tuan..btl kata tuan tp sya xtau cmner nak atasi perasaan takut sya bila kelahiran ank bersama dgn perbelanjaan itu.. sya selalu pikir sya perlu ada lebih belanja sblm ank lahir.. : (

Reply

28 Mohd Zulkifli Shafie May 2, 2016 at 5:13 pm

Tak apa. Perasaan takut itu sepatutnya jadi motivasi untuk cari jalan keluarnya. Berusaha dan minta Allah tunjukkan jalan keluarnya. Selalunya Allah berikan kesusahan sebab Dia nak bagi kesenangan selepas itu. Kesenangan yang Allah beri biasanya tak datang secara percuma.

Reply

29 zaimah May 4, 2016 at 12:56 pm

Tima kasih tuan.. Semoga Allah Limpahruahkn rezeki tuan kerana melalui blog ini sya dan suami mengambil manfaat atas nasihat2 dan tips2 tuan untuk tingkatkan dan selesaikan msalah kewangan kami berdua..

InshaAllah sya akn beralih ke dunia takaful xlama lagi.. sya memilih syarikat yg tuan pilih utk bertakaful.. AIA Public Takaful.. Harap pilihan sya ini adalah pilihan yg tepat untuk lebih masa dan kebebasan kewangan family sya.. Amin.. Doakn sya..

Reply

30 Mohd Zulkifli Shafie May 4, 2016 at 2:19 pm

Sama-sama puan.

Alhamdulillah. Saya doakan Allah berkati usaha puan. Amiin.

Reply

31 ismail May 10, 2016 at 8:36 am

Setiap anak yang lahir ada rezekinya yang ditetapkan Allah. Tapi kes yang macam ni apa cerita pula?

“Ibu 7 anak abai zuriat hingga mati didenda RM25,000”

Bagi pertuduhan mengabaikan anaknya, Nor Zuliana yang mempunyai tujuh anak dan kini sarat mengandung lapan bulan, didenda RM15,000 dan RM10,000 bagi satu lagi pertuduhan iaitu dengan cuai menyebabkan kematian anaknya.

Suaminya, Zuhairi Kassim, 40, pemandu teksi, didenda RM15,000 atas pertuduhan bersama-sama melakukan pengabaian terhadap Muhammad Akhil Mustaqim, yang merupakan anak tirinya.

Peguam Ariff Amirul Abdul Jani yang mewakili kedua-dua tertuduh bagaimanapun memohon mahkamah menjatuhi hukuman denda saja dengan alasan Nor Zuliana sedang mengandung lapan bulan manakala Zuhairi perlu menjalani pembedahan jantung.

*Nak ramai anak tapi tak bertanggungjawab pun tak boleh juga. Ma cam kes kat Ampang ni, ibu dia dalam perut tu pun ada lagi nak tunggu, tapi ibunya kena penjara pula. Ada juga harapkan rezeki anak2, yang mana salah. Niat kena betulkan. Anak2 dan isteri tu kan amanah daripada Allah. Ni kalau anak2 pun terpaksa berhenti sekolah dan membantu ibu bapa dah jadi lain la pula.

Reply

32 Mohd Zulkifli Shafie May 10, 2016 at 12:50 pm

Cara berfikir tu kena betul.

Reply

33 asraf May 10, 2016 at 7:47 pm

Tahniah tuan Zul dapat anak ke – 8..semoga bertambah rezeki tuan zul sekeluarga

Reply

34 Mohd Zulkifli Shafie May 12, 2016 at 6:41 am

Alhamdulillah. Terima kasih En. Asraf. Saya doakan Allah merahmati En. Asraf sekeluarga, amiin ya Allah.

Reply

35 Abu Ayman May 13, 2016 at 10:16 am

Mabruk Tuan…8 org :). Tp mmg betul kita sebenarnya menumpang rezeki anak2…perkara ni mmg sy sendiri dpt rasakan. Sbb tu seboleh mgkin sy pastikan pendidikan anak2 diberikan keutamaan. Biar kereta kemek bertahun tak repair asalkan anak2 dpt kesekolah yg bagus dan attend program2 yg membina minda dan sahsiah mereka. Wallahuaklam

Reply

36 Mohd Zulkifli Shafie May 13, 2016 at 12:30 pm

Alhamdulillah. Terima kash En. Abu Ayman.

Betul, utamakan pembentukan anak-anak. Mereka adalah aset kita dunia dan akhirat.

Reply

37 Fahmishah June 29, 2016 at 11:03 am

Tahniah atas kelahiran anak yang ke-8. Semoga bertambah rahmat dan keberkatan dalam keluarga tuan.

Reply

38 Mohd Zulkifli Shafie June 29, 2016 at 11:28 am

Alhamdulillah.. Terima kasih En. Fahmishah.

Reply

Leave a Comment

{ 2 trackbacks }

Previous post:

Next post: