Pelaburan Terbaik Sebenarnya Tidak Wujud

by on December 8, 2015

Post image for Pelaburan Terbaik Sebenarnya Tidak Wujud

Kalau orang tanya saya, adakah emas lebih baik dari ASB dan pelaburan yang lain? Maka jawab saya, tak ada pelaburan yang sempurna. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan tersendiri. Tak kiralah samada ASB, Tabung Haji, ASB, unit trust, saham, emas, perak, ataupun hartanah. Kesemua instrumen pelaburan tersebut hanyalah alat kewangan. Yang mana yang terbaik, ia bergantung kepada apa yang kita nak sebenarnya.

Tukul besi tak semestinya lebih baik dari gergaji. Gergaji tak semestinya lebih baik dari pahat. Pahat tak semestinya lebih baik dari tukul besi. Itu bergantung apa yang kita nak.

Fahami Setiap Jenis Pelaburan

Kalau nak pendapatan tahunan yang konsisten dan lebih terjamin, maka ASB dan Tabung Haji lebih baik. Boleh dapat dividen setiap hujung tahun.

Kalau nak pastikan nilai simpanan bertahan dalam jangka panjang, EMAS lebih baik sebab bebas dari risiko inflasi, penyusutan ringgit, dan ketidaktentuan ekonomi dan politik.

Kalau nak elak duit simpanan sentiasa bocor, EMAS lebih baik sebab emas memberikan kesan emosi kepada penyimpannya. Ketagih membeli tetapi sayang nak jual.

Kalau nak gandakan kekayaan menggunakan duit bank (pinjaman), HARTANAH lebih baik. Pinjaman bank tak akan membebankan kita sebab hartanah agak stabil dalam jangka panjang.

Kalau nak pendapatan bulanan berterusan dari pelaburan seperti duit pencen, maka HARTANAH lebih baik sebab boleh dapat hasil sewaan setiap bulan.

Dan begitulah seterusnya dengan pelaburan-pelaburan yang lain.

Hati-hati Dengan Penasihat Kewangan

Jadi kalau nak melabur, jangan tanya ‘penasihat kewangan’ apa pelaburan terbaik sebab kebanyakkan ‘penasihat kewangan’ hanyalah salesman produk pelaburan. Komen mereka terhadap sesuatu pelaburan mungkin berat sebelah. Jadi kita mesti menilai dari sudut ilmu.

Walaupun begitu, nasihat dari salesman pelaburan itu penting sebelum kita melabur sebab mereka lebih tahu tentang produk yang mereka jual. Tetapi keputusan akhir mesti dinilai semula mengikut matlamat kewangan kita sendiri.

Akhir sekali, walauapapun instrumen pelaburan, ia tetap berbalik kepada perkara paling asas iaitu mesti disiplinkan diri menyimpan wang setiap bulan. Tanpa tabiat menyimpan, apa jenis pelaburan pun tak akan membuatkan kita kaya…

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
8 Disember 2015
26 Safar 1437H

[Kredit foto : pwocn.silkstart]

{ 18 comments… read them below or add one }

1 Fahmishah December 9, 2015 at 10:51 am

Pelaburan akan jadi ngeri kalau tak ada ilmu. Dan pelaburan takkan ke mana kalau tak ada matlamat.

Reply

2 Mohd Zulkifli Shafie December 9, 2015 at 11:36 am

Betul En. Fahmi. :)

Reply

3 def December 9, 2015 at 8:57 pm

Betul..ilmu yang penting dan depend pada pelabur juga..jika memang risk tolerance memang rendah, lebih baik simpan di dalam instrumen yang selamat mcm ASB dan Tabung haji..bagi pelabur yang high risk tolerance, saham bagi mereka mungkin kurang berisiko jika yang berilmu, bukan yang hanya dengar tips atau suggestion orang lain tanpa mengkaji sesuatu saham tertentu..Contoh orang biasa jika kita suruh memandu kereta F1 pasti bagi dia sgt berisiko tinggi tapi jika Michael Schumacher baginya lebih rendah risiko kerana dia sudah berpengalaman bertahun2 dan ada ilmu memandu kereta F1..Tentang “penasihat kewangan”, carilah yang bukan agent atau salesman pelaburan tertentu, carilah yang boleh membantu anda access untuk semua jenis instrumen pelaburan..barulah kurang sedikit berat sebelahnya..

Reply

4 Muhammad Aliff December 10, 2015 at 8:56 pm

Apa2 sahaja yang kita nak buat mestilah berguru dgn orang yg lebih berpengalaman dan menuntut ilmu terlebih dahulu..takot2 jadi lalang (suka ikut orang) dan jika kita buat sst tanpa ilmu amatlah mudah untuk ditipu..

Info yang bermanfaat dari Abang Zul utk golongan muda macam saya :)

Reply

5 Mohd Zulkifli Shafie December 14, 2015 at 9:14 am

Betul En Aliff. Ilmu itu yang membezakannya… :)

Reply

6 asrul December 11, 2015 at 3:37 pm

saya setuju 100%.

Reply

7 Muhaimin December 11, 2015 at 5:12 pm

Salam tuan, blh bg pendapatan ttg simpanan emas di KFH . Sy pilih sbb mudah utk beli dan monitor ( online kfh ) . Alhamdulillah so far 3 thn konsisten beli setiap bulan. Mohon pendapat .

Reply

8 Mohd Zulkifli Shafie December 14, 2015 at 9:17 am

Wslm En. Muhaimin,

Emas KFH bagi saya ok.

Reply

9 Mohd Zahran December 13, 2015 at 9:18 am

Pelaburan terbaik tu sebenarnya pelaburan akhirat :-)

Reply

10 Mohd Zulkifli Shafie December 14, 2015 at 4:22 pm

Betul tu En. Zahran. :)

Reply

11 azrai December 15, 2015 at 10:02 am

Benjamin Franklin quoted “An investment in knowledge pays the best interest.”
Saya setuju sangat melabur dalam ilmu pengetahuan la yang terbaik. Terbaik di dunia, terbaik di akhirat.

Reply

12 Mohd Zulkifli Shafie December 15, 2015 at 10:41 am

Betul En. Azrai. Terima kasih atas perkongsian.

Reply

13 SHAHRUL December 22, 2015 at 2:09 pm

kalau saya nk beli emas pg,saya kena p penang sbb cawangan terdekat dgn saya…mcm tak berbaloi je masa n kos minyak,toll,jambatan pergi dan balik..ke ada pilihan lain..saya lebih suka emas fizsikal berbanding gap sbb kwsn saya teramat sukar untuk dpt liputan internet…

Reply

14 Mohd Zulkifli Shafie December 23, 2015 at 9:51 am

Kalau macam tu, buka je akaun GAP. Bila kebetulan pergi ke area yang ada office PG, baru keluarkan emas tu. Tak perlu setiap kali beli terus kena pergi collect. Beli dan kumpul dalam akaun GAP jer dulu. Tak perlu keluar extra cost. GAP tu pun emas fizikal juga.

Reply

15 SHAHRUL December 23, 2015 at 12:10 pm

terima kasih atas pencerahan..

Reply

16 Mohd Zulkifli Shafie December 23, 2015 at 11:05 pm

Sama-sama En. Shahrul.

Reply

17 zmy February 20, 2016 at 3:08 pm

apa pendapat tuan tentang uac universal asisn coins yg br dilancarkan di malaysia

Reply

18 Mohd Zulkifli Shafie February 20, 2016 at 5:25 pm

Saya tak tahu pasal pelaburan tu.

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: