BOP Bisnes Emas

bop-bisnes-emas-public-gold-zulkifliRujuk jadual terkini DI SINI.

KENAPA BOP BISNES EMAS?

Lepas resign dari kerja makan gaji, saya totally ‘rehat’ hampir 2 tahun. Hampir setiap hari saya hanya duduk di rumah pagi petang siang malam buat hal saya sendiri.

Kekadang update blog dan FB, hingga saya rasa bosan sebab tak bekerja…

Memandangkan pendapatan berbentuk “royalti” dari empayar emas yang saya bina dengan Public Gold cukup untuk kehidupan kami sekeluarga tanpa saya perlu lagi bekerja (alhamdulillah), jadi guru saya En Syukor Hashim cadangkan saya supaya ‘keluar rumah’ dan berikan manfaat kepada lebih ramai orang dengan mengadakan seminar tentang emas dan melatih dealer-dealer emas.

Melihat kepada pendapatan kukuh yang dinikmati oleh beberapa dealer yang membina empayar emasnya dengan betul, Dato Wira Louis Ng (Pengasas Public Gold) mahu kejayaan kecil ini DIDUPLIKASIKAN kepada lebih ramai penyimpan emas di luar sana.

Sambil simpan emas, sambil bina pendapatan kukuh bersama Public Gold.

PELUANG BISNES EMAS

Peluang ini mungkin boleh membantu sesiapa yang perlukan “backup” disaat ekonomi kurang memberangsangkan dan ditambah lagi banyak sektor yang mula membuang pekerja.

InsyaAllah dengan peluang yang diberikan ini, saya akan berkongsi bagaimana seorang dealer emas mampu menjana keuntungan dalam apa juga keadaaan harga emas. Harga emas tinggi kita untung, bila harga emas turun rendah, untungnya lebih besar, insyaAllah.

Bukan itu sahaja, saya juga akan berkongsi bagaimana bisnes ini boleh menjana pendapatan AKTIF dan PASIF walaupun dimulakan secara sambilan, insyaAllah.

Jadi alang-alang menyimpan emas, bukankah lebih baik ambil tahu bagaimana emas boleh dijadikan sumber menjana pendapatan AKTIF dan PASIF, dan boleh dijadikan kerjaya sepenuh masa (jika mahu)?

Saya akan kongsikan rahsianya dalam Seminar yang dinamakan Business Opportunity Preview (BOP) anjuran Public Gold, insyaAllah.

JADUAL SEMINAR

Buat masa sekarang, hanya dua penceramah Public Gold yang diamanahkan menyampaikan BOP ini, iaitu saya dan guru emas saya En. Syukor Hashim.

  • Jadual seminar saya – KLIK DI SINI
  • Jadual seminar En. Syukor Hashim – KLIK DI SINI

mentor emas en syukor hashim mohd zulkifli public goldEn Syukor Hashim (kiri), isteri saya Pn. Najdah (tengah) dan saya paling kanan.

DAFTAR

Daftar terus di tempat seminar.

Semasa daftar, pastikan tulis nama saya sebagai Introducer (Mohd Zulkifli Shafie, PG Code : PG002369) untuk dapat bimbingan peribadi daripada saya selepas seminar nanti. Sebarang persoalan, wassap saya di +6 019-336 8009.

APA ADA DALAM BOP?

(1) ILMU BISNES EMAS . Selain mendengar talk tentang peluang menjana pendapatan sebagai dealer emas Public Gold, anda berpeluang tanya apa sahaja tentang emas dengan penceramah. Kalau segan tanya dalam seminar, boleh ambil masa bertanya secara peribadi terus kepada saya lepas habis seminar.

(2) BELI EMAS 0.5 GRAM HARGA MURAH . Akan diadakan jualan gold bar 0.5 gram pada harga murah. Harga itu hanya ditawarkan dalam seminar sahaja. Biasanya, dealer-dealer pun ambil kesempatan borong gold bar 0.5 gram dalam seminar. Itu peluang bagus untuk bermula. Jadi bawa wang tunai sekitar RM150 untuk rebut peluang ini.

(3) PROMOSI JADI DEALER . Akan ada promosi jadi dealer Public Gold dengan bajet serendah RM10,000 sahaja. Jadi siap-siapkan duit awal-awal dalam akaun untuk grab promosi tu. Kalau berminat, transfer sahaja duit terus ke akaun Public Gold.

(4) CABUTAN BERTUAH EMAS .

Public Gold akan mengadakan cabutan bertuah sebaik sahaja selesai seminar. Siapa yang grab promosi #2 di atas, mempunyai dua peluang cabutan bertuah gold bar 0.5 gram. Siapa dapat, ia seolah-olah beli 1 percuma 1! Bagi yang tak beli promosi #2, masih berpelung menangi cabutan bertuah gold bar 0.5 gram dan juga barangan aksesori keluaran Public Gold.

Kita jumpa di sana, insyaAllah!

Comments on this entry are closed.