PG One System (PG1S)

It's All About The Power of Multiplication

pengasas public gold pg group dato wira louis ng 2021

PG One System (PG1S) is a navigation software for all Public Gold Dealers to the road of success in Public Gold business.

It is developed through combinations from Public Gold´s business ethics, core values, philosophy, vision and togather with it´s wide business experience and wisdom of the Master Dealers.

We believe through PG1S, everyone who follows, practices, and believes the system will be able to duplicate or even overtake the success milestone achieved by their up-line Master Dealers.

PG1S shows all Public Gold Dealers what´s needed to be done to excel in the business from A to Z. The system is all about the Power of Multiplication. Multiplying the process from learning, understanding, practicing and passing down the system.

I truly believe with the PG1S, all Public Gold dealers who believe and practice the system will definitely enjoy the harvest and benefits beyond their imagination.

My message to all my Public Gold business partners: “Whatever the mind can conceive & believe, the mind can achieve!”.

Be bold to dream BIG, believe in the system, believe in Public Gold can make your wildest dream come true.

Your faithfuthly,

Dato´ Wira Louis Ng Chun Hau
Founder and Group Chairman
Public Gold Group

PG One System (PG1S)
Sekolah Bisnes Bagi Dealer

Walaupun seseorang ibu/bapa mempunyai kelulusan PhD sekalipun, kenapa hantar anak-anak ke sekolah untuk diajar oleh guru-guru sekolah yang rata-ratanya mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda sahaja?

Jawapannya ialah LEVERAGE.

Kita sebagai ibubapa tak mempunyai waktu yang cukup untuk ajar anak-anak dari A-Z kalaupun kita mempunyai kelulusan PhD.

Walaupun jumlah anak-anak kita hanyalah beberapa orang dan kita mempunyai cita-cita yang besar untuk mereka, kita tetap perlukan khidmat guru untuk membantu kita.

Kita tak ada masa yang cukup. Dan kita tak mampu buat semua perkara.

Untuk anak-anak kita berjaya, kita perlu hantar mereka masuk ke dalam ENVIRONMENT yang dapat mendorong mereka berjaya.

Dalam bisnes pun sama.

Persekitaran Mendorong Kejayaan

Saya mempunyai ramai dealer Public Gold yang mahu dibimbing menjadi seperti saya. Mereka mahu jadi #NextMohdZulkifli dan saya mempunyai cita-cita “mencetak” 100 orang seperti saya.

Saya tinggal di Cyberjaya, Selangor. Mereka semua tinggal di seluruh pelusuk Malaysia, dan sebahagian lagi di Brunei dan Indonesia. Maka mustahil bagi saya untuk ajarkan mereka semua perkara satu per satu secara peribadi. Ianya mustahil.

Anak-anak kita pun kita tak mampu ajar semua perkara di rumah, apatah lagi saya mahu mengajar lebih 100 orang untuk jadi seperti saya.

Jadi bagaimana mahu melahirkan 100 orang seperti saya sedangkan semua mereka tinggal berjauhan?

Jawabnya ialah saya hantar mereka ke “SEKOLAH”.

Mentor Cuma Berikan Sokongan

Di sekolah ada silibus yang standard, dan guru yang ramai yang mengajarnya.

Mereka bukan sahaja belajar, tetapi mereka berkawan dengan rakan-rakan yang mempunyai misi yang sama. Mereka belajar di sekolah dan duduk dalam environment yang mendorong mereka untuk berjaya.

Tugas saya sebagai “bapa” hanyalah mengawasi dan memberi sokongan penuh untuk “anak-anak” saya belajar dan berjaya.

Maka Public Gold bukan sahaja sediakan peluang bisnes, tetapi juga menyediakan SEKOLAH BISNES yang dinamakan “PG1S”.

Aktiviti mingguan sekolah ialah kelas setiap Selasa malam yang dinamakan “PG1S Weekly Meeting” atau “Kelas PG1S”.

Setiap 4 – 6 bulan, pelajar disarankan hadir ke “kem cuti sekolah” yang dinamakan “#JutawanEmasLeadershipTraining (JLT)”.

Dan setiap bulan, saya sebagai ‘bapa’ memantau prestasi anak-anak dalam sessi “One-on-One”.

Dalam sessi ini, tugas saya mengingatkan mereka tentang “blind-spot” mereka, dan apa yang perlu mereka lakukan untuk mencapai target mereka sendiri.

Alhamdulillah, sudah 2 tahun sekolah ini berjalan.

Sudah Mula Membuahkan Hasil

Sudah ada dealer Public Gold yang graduasi mendapat kelulusan “Founder Master Dealer (FMD)”. Ada yang sudah on-track mencapai FMD. Bahkan sudah ada anak-anak murid ini yang bersedia menjadi guru kepada rakan-rakan mereka pula.

Syukur alhamdulillah. Puji-pujian bagi Allah.

Sedikit masa lagi, sistem ini akan melahirkan ramai guru emas (dealer) yang berkualiti dan mempunyai etika serta akhlak yang baik dalam menjalankan bisnes. Dan mendidik masyarakat ilmu yang betul tentang emas dan kewangan.

Dunia ini akan jadi lebih baik, insyaAllah.

Dengan adanya “sekolah” ini, saya percaya, semua (ya, semua) dealer Public Gold pasti berjaya, insyaAllah.

Asalkan dia sanggup belajar dan sanggup berusaha sahaja. Dan saya percaya cita-cita melahirkan 100 #NextMohdZulkifli akan menjadi realiti, insyaAllah.

With PG1S, success is predictable!

Mohd Zulkifli Shafie
Pearl Triple Star Master Dealer

>