Monthly Consultation

Salah satu daripada 8 GOLDEN STEP di dalam PG1S Education System ialah “Monthly Consultation”; dapatkan nasihat daripada Mentor melalui sessi perjumpaan ONE-ON-ONE. Mentor tersebut mestilah yang diiktiraf boleh Public Gold dan dia mampu membimbing untuk kita memajukan bisnes milik kita sendiri. Mentor tersebut berpengalaman dalam bisnes Public Gold dan telahpun mencapai matlamat yang mahu kita capai.

Kalau kita mempunyai target membina 1,000 frontlines (direct customer), maksudnya Mentor yang dimaksudkan itu telahpun mencapai matlamat tersebut lebih dahulu daripada kita.

Berapa kerap sepatutnya consult dengan mentor?

Ikut PG1S, sebulan sekali. Ya, sebulan sekali.

Berap lama untuk setiap sessi 1-on-1?

Selalunya 1st & 2nd appointment, mungkin 1 – 2 jam sebab banyak nak kena perbetulkan kefahaman asas tentang bisnes.

Tapi bagi yang dah ada progress dalam bisnes, 10 – 15 minit sudah cukup. Tak perlu spent masa berjam-jam sebab Mentor pun tak sempat nak spent masa yang lama.

Apakah bentuk perjumpaan 1-on-1?

Cara terbaik, dapatkan masa berjumpa Mentor dalam mana-mana event Public Gold seperti seminar, kelas PG1S, atau dalam program Jutawan Emas Leaderhsip Training (JLT). Kalau mempunyai halangan dari sudut lokasi dan kekadangan masa, boleh berkomunikasi melalui wassap atau telefon.

Apa yang perlu dibawa ketika sessi 1-on-1?

Sessi 1-on-1 akan lebih cepat dan efektif kalau datang jumpa Mentor siap dengan ACTION PLAN yang LENGKAP mengikut format yang dicadangkan. Jujurnya semua Mentor tak sempat untuk closely monitor bisnes setiap dealer di bawah networknya. Mentor lebih fokus monitor bisnesnya sendiri sahaja.

Jadi setiap dealer yang nak consult dengan Mentor, mesti lengkapkan Action Plan masing-masing supaya Mentor nampak gambaran sebenar prestasi bisnes masing-masing dan dapat bagi panduan yang betul untuk meningkatkan prestasi bisnes. Dan Mentor tak perlu ruangkan masa untuk analisis bisnes kita sebab semuanya dah tertulis dalam Action Plan.

Apakah syarat layak mendapat sessi 1-on-1?

Dealer yang nak dapatkan sessi 1-on-1, mesti buat 3 perkara ni:

(1) Datang Jutawan Emas Leadership Training (JLT)
(2) Hadir / ikuti kelas PG1S setiap Selasa
(3) Telahpun berjaya rekrut minimum 10 new frontlines dari sessi 1-on-1 yang lepas (bagi yang dah pernah datang 1-on-1 sebelum ni)

Kalau bisnes dah bagus, adakah perlu consult dengan mentor?

Masih perlu.

Tapi cukup sekadar hantar updated Action Plan kepada Mentor untuk Mentor semak dan highlight jika ada BLIND SPOT yang kita tak perasan untuk kemajuan bisnes kita.

Bagi yang dah mempunyai progress bisnes yang bagus, datang jumpa Mentor untuk 1-on-1 hanya kalau ada perkara khusus yang perlu diperbincangkan sahaja. Mempunyai progress bisnes yang bagus maksudnya konsisten rekrut 30 new frontlines (direct customer) setiap bulan.

Apakah tujuan sebenar Monthly Consultation?

(1) Supaya Mentor dapat bagi guidance secara PERSONAL mengikut kelebihan, kekurangan dan situasi masing-masing. Ada ketikanya, mentor akan bagi panduan berdasarkan pengalaman sendiri membina bisnes, dan ada ketikanya pengalaman dealer lain yang mentor pernah consult dengan Mentor dapat membantu bisnes kita.

(2) Untuk beritahu secara tak langsung kepada Mentor, kita adalah seorang yang TEACHABLE (boleh dibentuk dan dididik), dan bersedia terima apa-apa nasihat untuk kemajuan bisnes kita sendiri.

(3) Supaya group dan network kita rasa SECURE sebab kita dibimbing oleh mentor yang proven, dan mereka akan TIRU perkara yang sama. Kesannya, mereka juga akan sama-sama maju dalam bisnes. Pengalaman menunjukkan, dealer yang suka buat hal sendiri dan bergerak secara sendirian, networknya tak grow sebab group mereka buat perkara yang sama i.e. buat hal sendiri. Mentor selalunya dapat lihat trend ini daripada sistem web Public Gold i.e. jumlah frontlines dan saiz empire.

(4) Supaya kita TERPAKSA GROW sebab kita ada Mentor yang monitor. Cabaran bisnes sendiri ialah kita tak ada boss yang paksa kita buat itu dan ini untuk berjaya. Maka kalau kita buat bisnes ikut suka hati tanpa disiplin, maka bisnes tak akan menjadi. Bila selalu consult dengan Mentor, sekurang-kurangnya kita rasa malu dengan Mentor kalau bisnes tak grow yang akhirnya bisnes itu adalah milik kita sendiri juga.

Jadi inilah panduan ringkas tentang “Montly Consultation” yang diajar dalam PG1S Education System.

Zulkifli
Cyberjaya
7 Januari 2018
20 Rabiul Akhir 1439H

>