Setiap permulaan, mesti bermula dengan ilmu. Untuk mencapai kedudukan kewangan yang baik juga mesti bermula dengan ilmu. Tetapi malangnya, ilmu kewangan peribadi tak diajar di sekolah dan di universiti (menyebab ramai orang yang bekerja akhirnya terbelengu dengan masalah hutang). Ia ilmu yang diajarkan oleh guru-guru kewangan yang biasanya berlatarbelakangkan ahli perniagaan berjaya.
Jadi, satu seminar akan diadakan di Kuantan dengan objektif memberikan kefahaman asas kewangan yang betul, bermula dari kosong hingga bebas kewangan.
Sebagai memenuhi hasrat penganjur, saya akan berkongsi ilmu dalam seminar “Ke Arah Bebas Kewangan” di Kuantan seperti dalam poster di atas. Topik yang akan saya kongsikan;
SLOT KEWANGAN (PAGI)
1. Kekayaan dari perspektif Allah dan Rasul
2. Strategi bebas dari hutang
3. Cara mendisiplinkan diri menyimpan wang
4. Cara menggandakan kekayaan dengan hutang
5. Strategi memulakan bisnes modal kecil tanpa hutang
6. Amalan mengekalkan kekayaan
SLOT PEMASARAN (PETANG)
1. Cara upgrade bisnes menjadi harta
2. Blog sebagai mesin jualan 24 jam sehari, 7 hari seminggu
3. Cara membuat jualan yang betul dengan facebook
Seminar ini bukan saya yang anjurkan dan saya tak menetapkan sebarang syarat bayaran daripada pihak penganjur. Niat saya cuma kongsikan ilmu dan pengalaman sebenar cara pertingkatkan kedudukan kewangan dan hidup bebas tanpa hutang, dan pengalaman saya hidup sebagai usahawan bebas.
Sebarang urusan pendaftaran, terus contact penganjur sebagaimana dalam poster di atas. Pn Nora 010-776 9976 atau En. Wan 019-988 6045. JANGAN contact saya untuk urusan pendaftaran.
Session expired
Please log in again.
The login page will open in a new tab. After logging in you can close it and return to this page.