Maksud Caj “Gold Premium” Emas Public Gold

Setiap pembelian emas (dan silver) keluaran Public Gold, ada satu caj yang dinamakan "gold premium" dan "silver premium". Jadual premium di atas disemak bermula 1 Ogos 2017. Caj ini dikenakan untuk setiap pembelian samada pembelian Outright Purchase (non-GAP) atau pembeli melalui Akaun Emas GAP.

Apakah sebenarnya caj premium?

Caj 𝗽𝗿𝗲𝗺𝗶𝘂𝗺 tu kos terlibat untuk menghasilkan produk akhir (emas/ perak fizikal), termasuk menguruskan emas/perak bagi pihak customer dari mula order sampai customer terima itemnya. Itu bukan caj postage.

Bagi yang buat belian secara Easy Payment Purchase (EPP), iaitu 4x atau 10x bayaran (bila ada promosi), ada caj tambahan yang dinamakan 𝗘𝗣𝗣 𝗽𝗿𝗲𝗺𝗶𝘂𝗺.

Caj tu dikira atas 𝘀𝗲𝘁𝗶𝗮𝗽 𝗸𝗲𝗽𝗶𝗻𝗴 item emas / perak. Senarai caj boleh rujuk pada jadual.

Untuk makluman sahabat pembaca, emas Public Gold dijual berdasarkan harga emas dunia secara real time. Harga tersebut belum termasuk kos logistik (menggerakkan produk) ke cawangan berhampiran dengan kita dan kos berkaitan untuk menghasilkan produk akhir emas fizikal.

Ibarat kalau beli ayam, harga ayam di pasar tak sama dengan ayam goreng yang dijual oleh KFC. Kos tambahan untuk menghasilkan produk akhir itulah dinamakan "premium".

Bagaimana cara jimatkan kos caj "premium"?

Untuk jimat caj ini, beli (atau keluarkan dari Akaun Emas GAP) item yang lebih besar. Contohnya, caj Gold Premium untuk gold bar 1 gram ialah RM10 keping. Kalau keluarkan 5 keping, maksudnya kita perlu bayar RM50 (RM10 x 5 keping).

Untuk lebih jimat, keluarkan sahaja gold bar 5 gram x 1 keping. Cajnya hanya RM10 sekeping. Jimat RM40 (RM50 - RM10).

Lebih besar item emas yang dikeluarkan, lebih murah "kos per gram" untuk caj Gold Premium. Ini disebabkan caj premium dikenakan berdasarkan jenis ITEM, bukan caj "per gram".

Adakah ia caj penghantaran (pos) kepada pembeli?

Bukan. Caj Gold Premium bukanlah caj penghantaran kepada pembeli seperti caj poslaju.

Untuk penghantaran emas terus ke rumah melalui servis yang dinamakan GIT (Gold-In-Transit), ada caj lain di kenakan.

Adakah sama caj premium pembelian biasa dan pembelian secara EPP?

Berbeza. Untuk pembelian secara EPP (Easy Payment Purchase), ada caj tambahan dikenakan. Rujuk jadual di bawah.

Adakah Public Gold kenakan caj Gold Premium walaupun kita ambil sendiri emas di cawangan Public Gold terdekat?

Ya. Caj premium bukan semata-mata caj logistik, tetapi semua kos terlibat menghasilkan produk akhir.

Apa yang perlu diketahui, cawangan Public Gold tak simpan stok emas yang banyak. Stok emas Public Gold disimpan di Public Safe yang terletak di Bayan Lepas, Penang (Malaysia). Cawangan Public Gold hanyalah distribution centre untuk memudahkan urusan pembeli.

Stok yang disimpan di cawangan hanyalah dalam jumlah yang sesuai dengan jumlah jualan sesuatu branch.

Mudah-mudahan panduan ini dapat membantu sahabat pembaca faham maksud sebenar caj "gold premium" dan "silver premium".

Zulkifli
Public Gold Authorised Dealer
Kod : PG002369
+6019 336 8009

>