Assalamualaikum w.b.t.
Ringkasan.
Nama Pesakit : Adik Nur Farha Afifah bt. Mohd Dawami (8 bulan)
Sakit : Jantung Berlubang (4 injap) dan Sindrom Down
Kos Pembedahan : RM45,000 di Hospital Gleanegal Pulau
Sumbangan Diterima : RM20,000
Perlu Lagi : RM25,000
Cara Sumbangan :
0301 8020 7244 10 (Bank Islam) atau
0301 0086 0195 27 (CIMB)
atas nama Mohd Dawami b. Awang Senik
- Mohon jasa baik dari semua untuk menghulurkan sumbangan untuk meringankan beban sahabat saya Mohd Dawami B. Awang Senik untuk pembedahan anaknya yang menelan kos RM45,000. Collection yang beliau dapat setakat ini baru dalam RM20,000. Dia perlukan lagi RM25,000 untuk pembedahan jantung anak kedua beliau.
- Beliau adalah antara sahabat baik saya masa di UiTM Kelantan. Sekarang bekerja sebagai Setiausaha Kerja di Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan dengan pendapatan yang tak seberapa.
- Anak beliau sekarang ni dimasukkan ke Wad Hospital USM Kubang Kerian. Apa yang saya faham dari perbualan telefon sebentar tadi, HUSM tak ada kepakaran pembedahan jantung yang melibatkan 4 injap. IJN pun tak terima sebab anak beliau mengidap down sindrom.
Kos dan penjagaan pesakit jantung down sindrom sama seperti menjaga dan merawat 3 orang pesakit jantung biasa.
- Pembedahan akan dibuat pada akhir bulan Disember 2010 ini di Hospital Gleanegal Pulau Pinang, jika beliau dapat melunaskan deposit, dan bersedia dengan kos pembedahan yang dianggarkan sekitar RM45,000.
- Sumbangan boleh dibuat terus ke akaun beliau, ataupun melalui saya. Moga sumbangan anda walaupun bernilai RM1 mempunyai nilaian yang besar di sisi Allah.
No. Telefon beliau 013-930 1559 (Dawami)
Wassalam.
Zulkifli
3 Disember 2010
26 Dzulhijjah 1431
Insya Allah… telah saya paparkan sama dalam blog saya dengan kredit sumbernya di sini…
T.kasih Abang. Moga Allah merahmati Abang kerana turut sama memanjangkan pungutan derma ini. Jazakallah.