MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Ramai Yang Jahil, Bukan Degil

October 1, 2009

Jahil
Bila duduk di KL ni, baru saya tahu rupa-rupanya kerosakan dan pelbagai gejala sosial yang berlaku dalam masyarakat rupa-rupanya sebab mereka jahil. Tak tutup aurat sebab jahil. Tak ikut Tuhan sebab jahil. Teringat satu soalan dari seorang pakcik, "Ustaz, orang hok tak korban boleh solat (hari raya korban) juga ker?" Saya perhati di syarikat kami, bila majlis ilmu/ tazkirah di hidupkan secara konsisten, alhamdulillah... banyak perubahan pada staff di sini.

Ramai yang mula mengenakan tudung (tutup aurat). Ramai yang jadi pemurah hinggakan kutipan sumbangan peribadi staff sepanjang Ramadhan 1430 dianggarkan RM20,000! Oh, begitu pemurah staff di sini. Hasil kutipan itu kami disalurkan kepada golangan yang memerlukan seperti fakir miskin, anak yatim, dan sekolah tahfiz dan badan-badan dakwah.

Jadi saya cadangkan pada sahabat, hidupkanlah majlis-majlis ilmu di tempat kalian. Samada di surau-surau dan masjid berhampiran, ataupun surau-surau perjabat. InsyaAllah, kalau masyarakat kita celik (berilmu), insyaAllah hatinya akan celik. Kita akan lebih seronok dan amat untuk tinggal dalam komuniti yang tuduk dan patuh pada Tuhan.

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>