MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Seronok Bertalaqqi Al-Quran

Al quran (1)
Alhamdulillah... puji-pujian bagi Allah... hari ni dapat bertalaqqi Al-Quran bersama Ustaz Shukri Al-Hafiz, Imam Masjid Saidina Umar Bukit Damansara.

Dah lama teringin nak berguru Al-Quran sebab dah lama benar bacaan saya tak disemak oleh orang yang lebih alim. Kali terakhir adalah zaman kanak-kanak.

Bila dah dewasa ni, selalu terfikir-fikir yang bacaan Quran saya perlu semak semula. Ilmu yang saya belajar zaman kanak-kanak mungkin diajar sesuai dengan umur ketika kanak-kanak. Tapi bila dewasa, rasanya ia perlu disemak balik supaya ilmu sesuai dengan umur dewasa. Tapi masalahnya sebelum ni, payah nak jumpa guru, ataupun payah nak cari guru yang sesuai dengan masa saya.

Ilmu Zaman Kanak-kanak Perlu Di Semak Semula

Sekarang ni dah mudah. Dua kali sebulan Ustaz Shukri Al-Hafiz datang ke syarikat kami waktu rehat tengahari untuk bertalaqqi Al-Quran. Program anjuran surau syarikat yang begitu mendapat sambutan dari kakitangan. Banyak aspek yang saya dapat belajar dan pertingkatkan bacaan saya. Memang sungguh berkesan belajar Al-Quran cara bertalaqqi ni.

Dulu rasa macam dah betul dan cukup bagus baca Quran. Tapi bila mengadap guru, aduh... banyak lagi nak kena pertingkat. Mana tempat nak kena tebal, mana tempat nak kena nipis. Macam mana sebutan lebih betul mengikut lahjah Arab. Tajwid itu dan ini... Wah... halusnya seni Al-Quran...

Nyanyian Dari Syurga

Betapa agungnya kalamullah ni... Seronok membacanya, terhibur mendengarnya... Syahdunya jiwa bila bertadabburnya... Mendengarnya lebih seronok dan lebih mendamai jiwa dari melayan lagu... Terasa kagum... Bacaannya yang berlagu dah cukup-cukup terhibur, mengalahkan lagu-lagu ciptaan manusia walaupun yang cukup lengkap dengan pelbagai iringan instrumen muzik... Subhanallah... benar-benar sebuah nyanyian dari Syurga...

Beleklah Quran setiap hari. Jadikan rutin setiap hari. Bukan lama pun. Sekadar beberapa minit lepas subuh ataupun asar setiap hari. Lebih singkat waktunya berbanding kita membelak akhbar, melayan internet dan facebook. Moga dengan sedikit bacaan, Allah menyuburkan iman kita, dan dicampakkan rasa tenang dan damai yang dicari oleh semua ummat manusia...

Wallahu a'lam.

 

Zulkifli

Damansara Heights

18 Mei 2010

4 Jamadil Akhir 1431

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >