Senang cerita, ikut saja apa yang Tuhan kata. InsyaAllah selamat dunia, selamat akhirat…
27 Rejab 1431
Oleh Ahmad Shahrul Nizam Muhammad
PUTRAJAYA: Pil dan cecair yang biasanya digunakan untuk menggalakkan babi mengawan kini menjadi senjata utama segelintir lelaki kasanova untuk memerangkap wanita sehingga boleh dibawa ke bilik tidur. Lelaki hidung belang terbabit biasanya memasukkan bahan perangsang seks itu ke dalam minuman kotak tanpa disedari gadis yang menjadi sasaran dan selepas mangsa meneguk air berkenaan, mereka tiba-tiba terangsang untuk melakukan hubungan jenis, sekali gus memudahkan jantan buas itu memuaskan nafsu.
Lebih menakutkan, wanita yang pernah tertelan pil atau cecair babi mengawan akan menjadi ketagih untuk mengambil bahan itu dan seterusnya melakukan hubungan seks. Demi memenuhi nafsu mereka, wanita terbabit sanggup menggadai maruah dengan mencari semula lelaki kasanova yang menganiayai mereka atau mana-mana lelaki yang mampu menyediakan pil babi mengawan itu.
Perkara ini didedahkan Pengetua Rumah Pengasih, Mohd Yunos Pathi, berdasarkan maklumat diberikan lima penghuni wanita rumah pemulihan diuruskannya yang berusia 25 hingga 30 tahun. Beliau berkata, penghuni wanita terbabit memaklumkan selepas minum air kotak dicampur dengan pil atau cecair babi mengawan, mereka menjadi khayal, terangsang dan sanggup melakukan hubungan seks untuk tempoh beberapa jam.
Menurut Mohd Yunos, beliau sentiasa memberi peringatan mengenai taktik kasanova dan penyalahgunaan pil serta cecair babi mengawan itu dalam setiap program kesedaran dadah di beberapa IPT awam dan swasta yang dikendalikannya dari semasa ke semasa.
Beliau turut menasihatkan gadis remaja supaya berwaspada terhadap pasangan masing-masing atau mereka yang tiba-tiba memberikan minuman kerana ia selalunya mempunyai agenda jahat yang boleh memerangkap mereka. “Ramai wanita ‘rosak’ disebabkan terlalu percaya terhadap kekasih yang merancang jerat bagi merosakkan mereka dengan apa cara sekali pun. Jika mereka tidak dapat meniduri kekasih mereka secara rela, mereka akan menggunakan pelbagai cara termasuk memasukkan dadah dalam minuman. “Akibatnya, masa depan mangsa menjadi gelap. Bukan saja maruah mereka tergadai, tapi mereka pula terpaksa mendapatkan rawatan apabila ketagih bahan pelik yang diberikan teman lelaki mereka,” katanya.
ya Allah…agaknya.. pasal ni lah ramai wanita2 yang membuang bayi merata-rata tanpa belas kasihan.. macam sampah jer.. statistik pembuangan bayi pulak boleh mencecah puluhan ribu orang..
assalamualaikum..kelemahan imanlah yang menyebabkan para gadis mudah terpedaya dengan helah-helah lelaki yang disayanginya..Andai dia tahu malaikat tengah memperhatikannya,andai dia sedar balasan yang akan diterima daripada apa yang dibuatnya maka wanita dan siapa sahaja akan takut untuk melakukan dosa..
awaslah terhadap lelaki yang sebaik manapun pada pandangan mata anda,sebesar manapun serban yang diikat di kepala,sedarlah mereka itu juga manusia seperti anda..dianugerahkan nafsu seperti anda…kuat iman anda,syaitan berpangkat jeneral akan cuba merosakan anda
Pasal zina dan pembuangan bayi sangat2 membimbangkan.. hari ni dah kronik, tak tahu apa akan jadi masa depan. Kita semua kena buat sesuatu.. paling tidak jaga perempuan2 sekeliling kita.. insyaAllah.
Cakap memang senang.. Bila suruh bertindak, sapa yang sukarela nk bertindak.. Pemuda kampung, semua orang buat dosa kecuali nabi.. Tugas kita bukan perlekeh orang yang buat dosa tapi bimbing mereka sambil kita pun bertaubat.. Salah satu sebab mengapa pembuangan bayi meningkat datang daripada masyarakat sendiri.. Bila orang yang terlanjur bela anak haram dia, masyarakat sekeliling dia hina dia, pulaukan dia smpai susah hdp dia..
Yang paling bodoh pulak, bila tengok orang tua yang esok lusa dah nak masuk kubur terhegeh-hegeh dok mengumpat orang kar kaki lima masjid.. Bila anak haram lalu, buat muka meluat, muka berlagak.. Baik yang lelaki mahupun perempuan.. Sama jea.. Inilah dia yang penyebab utama kes buang bayi kalau nak taw.. Sapa yang buang bayi bila kena tangkap mesti alasan depa malu nak jaga anak tu.. Fikirkan lah.. Kita pun kebanyakan masa taw kutuk orang jea, diri sendiri x reti cermin..
Cakap memang senang.. Bila suruh bertindak, sapa yang sukarela nk bertindak.. Pemuda kampung, semua orang buat dosa kecuali nabi.. Tugas kita bukan perlekeh orang yang buat dosa tapi bimbing mereka sambil kita pun bertaubat.. Salah satu sebab mengapa pembuangan bayi meningkat datang daripada masyarakat sendiri.. Bila orang yang terlanjur bela anak haram dia, masyarakat sekeliling dia hina dia, pulaukan dia smpai susah hdp dia..
Masing-masing fokus kepada peranan “apa yang kita perlu buat” sebab itu cara Nabi i.e. pro-aktif. Orang lain tak buat tu, itu bukan hal kita. Kerja kita cuma penyampai jer, macam kerja Nabi…
Memang buruk pada “perbuatan” zina tu perlu, bukan pada “individu” yang berzina. Tapi nak mendidik masyarakat memisahkan antara keduanya bukan sesuatu yang mudah. Kalau sampai masyarat rasa fenomena zina & kelahiran anak luar nikah sesuatu yang “ok”, itu timbul masalah lain pulak.
Saya setuju pandangan tuan, kenapa banyak kes buang bayi dari kalangan orang Melayu adalah juga disebabkan oleh persepsi masyarakat Melayu memandang hina isu zina. Tapi kalau sampai masyarakat Melayu lihat kelahiran anak luar nikah sesuatu yang boleh diterima macam masyarakat non-muslim, itu satu lagi masalah yang juga parah. So, nak mengimbangkan antara kedua-duanya, itu satu cabaran…
Wallahu a’lam.