MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Public Gold Tokyo Trip – Hari Kedua (Osaka)

March 24, 2014

Walaupun set jam pukul 5.45 pagi, tapi saya terbagun seawal 4.15 pagi sebab entah macam mana handphone Zam (Hasnizam) dah bunyi zikir yang menusuk ke kalbu. Tuhan dah kejut awal pagi, rasa bersalah pulak kalau tak ambil kesempatan tahajjud sekejap dan buat apa yang patut sementara tunggu masuk subuh pukul 4.57 pagi. Walaupun tidur cuma dalam 4 jam, badan rasa segar sebab sebelum tidur, saya dah terlan 2 bji calcium dan 2 biji vitamin b complex yang isteri saya bekalkan. Dua supplement ni penting untuk saraf, especially untuk orang yang tak cukup rehat atau tak cukup tidur. Walaupun tak cukup rehat, tapi badan rasa macam dah fully-recharged, alhamdulillah.

6.30 dah boleh breakfast. Kami kena naik bas tepat 8.30 pagi. Tak boleh lewat sebab katanya polisi di Jepun, driver cuma boleh bekerja 10 jam sahaja. Kalau lewat, kami akan terlepas trip yang dijadualkan. Tak boleh extend.

Public Gold Tokyo - Hari 02 (00)Sekitar 6.30 pagi Bandaraya Osaka. Waktu subuh habis dalam pukul 6.20 pagi.

Public Gold Tokyo - Hari 02 (02)Di Jepun, adat mereka makan dalam tray. Jangan letak pinggan tu luar tray, nanti waiter datang letakkan pinggan tu dalam tray balik kata Mr. Danny (tour guide). Dah habis makan, minta waiter ambil tray tu dan ambik la berapa tray sekali pun kalau nak makan lagi.

Public Gold Tokyo - Hari 02 (03)Oh, ya. Driver bas dipanggil “Bus Captain”. Pakai smart kemeja dan neck tie skali. Mereka ada ‘harga diri’ sebagai driver bas. Mereka bangga dengan kerja mereka. Bukan macam kita di Malaysia yang melihat driver bas sebagai kelas bawahan.

Public Gold Tokyo - Hari 02 (04)Tempat pertama kami singgah di Osakajo Park. Kalau ikut sejarah, kat belakang tu tempat General Tentera bagi duduk dan bagi arahan zaman perang dalaman dulu.

Public Gold Tokyo - Hari 02 (05) Dekat Osakajo Park ni sebenarnya tempat tengok bunga Sakura. Tapi sekarang masih belum berbunga. Mungkin seminggu lagi baru keluar bunga. Bila keluar bunga, orang Jepun akan bawa keluarga berkelah bawah pokok tu dan mainkan muzik dsb kata Mr. Danny. Tak sempat juga petik bawa balik untuk isteri… (“,)

Public Gold Tokyo - Hari 02 (06)Lepas tu kami terus gerak ke USJ. Bukan Subang Jaya, tapi Universal Studio of Japan. Sempat snap foto kapal navy Jepun.

Public Gold Tokyo - Hari 02 (07)Universal Studio of Japan. Saya sebenarnya tak berapa tahu apa tu Universal Studio. Ingatkan tempat pengambaran filem. Datang sini baru tahu. (“,) Konsepnya dia nak promosikan filem dari barat dalam bentuk taman tema. Ala-ala Genting Highlands. Kalau kena bayar sendiri, memang saya tak masuk kecuali untuk bawa anak-anak. Bila melancong, saya lebih suka kenal adat, budaya, dan sejarah sesuatu tempat. Dan melihat keindahan alam semula jadi ciptaan Tuhan yang tak ada di tempat kita.

Public Gold Tokyo - Hari 02 (08)Orang punya la ramai. Berapa juta la agaknya orang berbelanja di USJ ni sehari. Memang untung besar Universal Studio. Satu ride pun saya tak naik sebab waiting time terlalu lama. Sekitar sejam ke 2 jam untuk ride yang cuma 10 minit! Saya cuma jalan-jalan tengok kawasan dan gelagat manusia. Susah nak bezakan samada mereka ni Japanese atau pelancong dari China melainkan bila dengar mereka bercakap. Tapi saya yakin, majoriti yang datang sini adalah Japanese.

Public Gold Tokyo - Hari 02 (09)Masa matahari terik, kami pergi duduk tempat teduh tapi majoriti Japanese duduk berjemur. Siap baring dan tidur bawah matahari. Walaupun matahari terik, tapi sejuk. Suhu sekitar 5 darjah celcius! Sebab tu duduk bawah matahari lagi selesa dari tempat teduh… (“,)

Public Gold Tokyo - Hari 02 (10)Macam-macam persembahan ada dalam ni. Ini antara persembahan terbuka. Tengok yang ni tak perlu beratur.

Public Gold Tokyo - Hari 02 (11)Macam-macam maskot kartun ada dalam ni. Tapi ini yang menarik perhatian saya untuk berfoto sebab Shreak ni seorang bapa yang ada ramai anak. Macam saya… (“,) Dan Shreak adalah hero bagi isteri dan anak-anak dia.

Public Gold Tokyo - Hari 02 (12)Seronok betul kanak-kanak tengok maskot kartun kat sini. Kalau bawa anak-anak baru best rasanya.

Public Gold Tokyo - Hari 02 (13)Banyak movie 4D kat dalam ni tapi satu pun saya tak masuk. Waiting time 40 minit ni untuk show yang tak best. Kalau yang best, sampai 2 jam beratur baru boleh tengok movie untuk 10 minit! Aduh… Tak sanggup. Ustaz Khairul Anuar dan isteri beratur 2 jam untuk tengok Spider Man! Saya memang alergik dengan jem dan que panjang. Lagi satu saya tak minat tengok movie. Masa kecik-kecik dulu Abah selalu cakap “habis semua kena bohong…” (“,). Maksudnya tengok movie tu adalah benda yang memang tak wujud. Ia bukan dunia realiti. Ia cuma khalayan… (“,)

Public Gold Tokyo - Hari 02 (14)Dalam pukul 3.00 petang, kami keluar dari Universal Studio of Japan dan lepak depan Hard Rock Cafe. Betul-betul sebelah USJ. Saya tak faham apa itu Hard Rock Cafe. Saya naif bab ni. Lepas sembang dengan Faizan, baru saya faham. Dari satu sudut, ianya negatif. Pub, arak, dan gaya hidup barat yang tak senonoh. Dari satu sudut, ia satu brand hebat yang ada peminatnya tersendiri.

Public Gold Tokyo - Hari 02 (15)Bagi peminat Hard Rock, baju ni ada sentimental value. Patut pun masa kami di Cape Town, mereka pergi cari Hard Rock Cafe. Saya fikir mereka nak pegi minum-minum macam Star Buck, tapi silap. Mereka cari t-shirt. Baju “Hard Rock Cafe Osaka” adalah BUKTI mereka telah sampai di Osaka. Ia ekslusif hanya di Osaka. Seolah-oleh Hard Rock Cafe tu adalah CHECKPOINT bila mereka pergi ke sesuatu tempat. Harga sehelai tu 2,300 yen (sekitar RM75).

Public Gold Tokyo - Hari 02 (16)Bahagian bawah jual pakaian dan cenderamata. Bahagian atas ada Pub.

Public Gold Tokyo - Hari 02 (17)Baju lusuh dan buruk Hard Rock Osaka ni dijual pada harga 3,200 yen (sekitar RM100). Macam mana kekuatan JENAMA dan PEMINAT hingga dia boleh jual “baju buruk” semahal itu. Orang secara sukarela bayar untuk promosikan jenama Hard Rock! Wah… Hebat betul jenama bisnes dia.

Public Gold Tokyo - Hari 02 (19)Kami makan malam di kedai Turki.

Public Gold Tokyo - Hari 02 (1)Lepas makan malam, kami ke Shin Sai Bashi. Kawasan ni ala-ala Bukit Bintang di Osaka. Datang shopping dan ronda-ronda.

Public Gold Tokyo - Hari 02 (18)Ini antara lorong di Shin Sai Bashi. Kawasan ni banyak pusat-pusat pelacuran berlesen. Ramai bapak ayam tunggu di luar tapi mereka tak ganggu sesiapa especially pelancong. Sebab mereka tak faham English. Kami tanya nak cari toilet pun mereka tak faham.

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • Salam kami di kampung ikuti laporan setiap hari seronok baca rasa gelak pun ada, t.kasih teruskan bersiaran dan jaga keselamatan.

  • Tahniah tuan zul.. suami dan ayah mishali.. sentiasa ingat isteri dan anak2 walau jauh dari mata kasar.. Allah sentiasa di hati… tahniah.. moga terus berjaya dunia akhirat…amin

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >