MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Formula Passive Income RM4,000 Sebulan

February 21, 2016

Formula yang telah lama saya pakai ini telah diterima sebagai standard dalam PG One System Training iaitu, untuk menjana passive income RM4,000 sebulan, kita perlu melahirkan 1,000 pelabur emas ‘merdeka’ yang menjadi REGISTERED CUSTOMER.

(RM200 sebulan X 1,000 customer) x 2% = RM4,000 sebulan

Formula ini dengan andaian;

(a) secara purata, setiap registered customer membeli emas Public Gold bernilai RM200 sebulan. Tapi realitinya, ada yang beli lebih, dan ada yang tak membeli pada sesuatu bulan.

(b) setiap customer adalah pelabur merdeka. Mereka tahu uruskan pembelian mereka. Order sendiri, bayar sendiri, dan ambil sendiri emas di office PG.

(c) setiap dealer yang berjaya melahirkan 1,000 customer, dia telahpun mencapai tahap Master Dealer dengan komisyen 2% atas belian setiap customer.

Komisyen Bersifat Passive

Komisyen bersifat PASSIVE dapat dijana sekitar RM4,000 sebulan samada musim orang membeli emas atau tidak. Ia belum lagi dikira komisyen bersifat aktif yang selalunya akan jadi 2 – 3 kali ganda bila musim orang membeli emas.

Bagi sesiapa yang FOKUS membina bisnes, 1,000 customer itu boleh dicapai dalam tempoh 3 tahun, dengan andaian tahun pertama 100 – 150 customer, tahun kedua 300 – 400, dan ketiga 800 – 1000 customer.

Jumlah customer akan berganda setiap tahun jika ia DIBINA DENGAN BETUL atas faktor, seorang customer akan membawa at least 1 customer baru kepada kita pada setiap tahun. Ia kuasa word-of-mouth marketing.

Bagi saya ia satu plan yang realistik dan saya percaya, sesiapa pun boleh mencapai dengan syarat dia FOKUS DAN RAJIN BELAJAR. InsyaAllah.

Zulkifli
Damansara Damai
20 Februari 2016
12 Jamadil Awal 1437H

[Kredit foto : gofireyourself]

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>