Terdapat dua jenis gold bar Public Gold iaitu gold bar 100 gram LBMA, iaitu berbentuk “minted bar” dan “cast bar”. Persoalannya, apakah perbezaan kedua-duanya, dan yang mana patut kita pilih?
Apa yang patut diketahui, kedua-dua gold bar itu sama dari sudut ketulenannya, beratnya, dan harganya juga sama. Kedua-duanya berketulenan 999.9 (24 karat), beratnya sama-sama 100 gram, dan harga yang dipaparkan di website www.publicgold.com.my juga sama. Maka dari sudut nilai, kedua-duanya adalah sama.
Persoalannya, apakah perbezaan antara kedua-duanya?
Sebelah kiri, itu dinamakan cast bar. Sebelah kanan dalam sarung plastik (merah), itu dinamakan minted bar. Cast bar lebih gemuk, minted bar lebih nipis dan lebih lebar. Beratnya sama-sama 100 gram.
#1 – Sarung Plastik & Kemasan Untuk Gold Bar Public Gold
Perbezaan pertama ialah, gold bar minted bar disimpan di dalam sarung plastik (seal) yang kelihatan lebih high-class dan eksklusif. Beberapa feedback yang saya terima dari sebahagian penyimpan emas, mereka pilih minted bar disebabkan ianya nampak lebih eksklusif.
Gold bar 100 gram minted bar boleh disimpan dalam folder begini. Ia sesuai disebabkan bentuknya lebih nipis.
Satu kekurangan sarung plastik ialah ia tidak boleh dibuka. Kalau nak buka sarung plastik itu, kita kena potong plastik itu. Sesetengah ar-rahnu mensyaratkan, sarung plastik itu perlu dibuka bagi tujuan menguji ketulenan emas tersebut sebelum mereka memberikan pinjaman. Bila dah potong, Public Gold akan membelinya pada kadar 10% walaupun kadar spread asal sebanyak 7.0%! Rugi sebanyak 3%.
Ini contoh gold bar 20 gram LBMA Public Gold yang dibuka sarung plastik. Spreadnya akan jadi 10% kalau jualnya semula kepada Public Gold.
Walaupun begitu, kadar spread 10% itu sebenarnya masih rendah berbanding kadar spread gold bar di kedai emas sebanyak 13% – 15% walaupun sarung plastik tidak dibuka.
Untuk cast bar pula, ia tidak berseal. Kita boleh boleh pegang emas itu dan sentuh emas itu terus dengan kulit kita. Feel dia semestinya berbeza! Aura emas itu lebih terasa bila kita dapat sentuhnya berbanding hanya lihat dalam sarung plastik.
Ada feedback yang saya terima dari sebahagian penyimpan emas, mereka beli cast bar sebab mereka nak pegang emas itu supaya dapat “feel” dan aura lebih kuat untuk simpan emas itu.
#2 – Saiz Berbeza
Perbezaan kedua ialah saiz.
Gold bar yang “minted bar”, saiznya nampak lebih besar disebabkan bentuknya lebih lebar dan panjang, tetapi sebenarnya ia lebih nipis. Sedangkan “cast bar” nampak lebih kecil disebabkan bentuk lebih gemuk berbanding minted bar. Walaupun begitu, beratnya sama sahaja. Ia tetap 100 gram.
Beberapa feedback yang saya terima, ada sebahagian penyimpan emas pilih minted bar berbanding cast bar disebabkan saiznya kelihatan lebih besar berbanding cast bar. Dia rasa emasnya lebih banyak, walaupun hakikatnya sama sahaja.
Video ini menunjukkan proses daripada gold bar yang dibeli daripada pelombong emas untuk menghasilkan emas 999.9, kemudian dibentuk menjadi minted bar dan cast bar. Proses pembuatan minted bar dan cast bar berbeza.
3. Penerimaan Gadaian Ar-Rahnu Terhadap Gold Bar Public Gold
Samada gold bar public gold minted bar atau cast bar, kedua-duanya diterima oleh ar-rahnu. Berbezanya ialah pada polisi ar-rahnu tersebut.
Ada ar-rahnu mensyaratkan sarung plastik minted bar itu perlu dipotong untuk diuji ketulenan emas itu sebelum diberikan pinjaman, dan ada juga ar-rahnu terima minted bar itu tanpa perlu dibuka sarung plastiknya dan tanpa perlu diuji ketulenan terlebih dahulu!
Ketika saya menulis artikel ini, ar-rahnu yang terima minted bar Public Gold tanpa perlu dibuka sarung plastik ialah:
- Pos Ar-Rahnu (anak syarikat Pos Malaysia)
- Ar-Rahn Permodalan Kelantan Berhad (PKB)
- Ar-Rahnu Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor (KPMNJ)
- Ar-Rahnu Koperasi Dagang Emas (KDE)
- Ar-Rahnu Co-opbank Persatuan
Cuba semak, mana ar-rahnu di atas yang dekat dengan rumah anda? Kalau ada, boleh pertimbangkan beli minted bar.
Selain ar-rahnu di atas, semuanya disyaratkan perlu dibuka seal. Jadi siapa nak lebih mudah urusan pajakan, beli sahaja yang cast bar. Tetapi kalau ar-rahnu yang saya senaraikan di atas ada berhampiran rumah dan pejabat anda, tidak ada masalah untuk pilih yang minted bar.
Pengalaman Saya Gadai Emas
Pengalaman saya pajak emas di Pos Ar-Rahnu, saya lebih suka pajak yang minted bar sebab prosesnya lebih cepat disebabkan mereka terima emas Public Gold yang dalam sarung plastik tanpa perlu potong sarung tersebut dan tanpa perlu diuji ketulenannya. Prosesnya lebih cepat.
Pengalaman pajak emas Public Gold di Pos Ar-Rahnu Dengkil
Yang kedua, saya tak suka pajak emas yang tiada sarung plastik seperti cast bar disebabkan dalam proses menguji ketulenan, mereka akan kepit emas tersebut menggunakan spatula. Ia boleh menyebabkan emas tersebut tercalar! Walaupun kesan cara itu tidak menjejaskan nilainya, tetapi kalau tercalar emas saya itu, tercalarlah hati saya melihatnya… Haha… Hanya peminat emas tegar sahaja memahaminya… 🙂
Jadi itulah berbezaan antara minted bar dan cast bar.
Siapa nak nampak emas itu lebih eksklusif, lebih high-class, saya cadangkan pilih minted bar. Siapa yang nak pajak emas itu dengan lebih mudah, saya cadangkan pilih cast bar. Kedua-duanya ada kelebihan dan kekurangan tersendiri.
Zulkifli
Cyberjaya
13 Julai 2018
29 Syawal 1439H
Artikle ini di update pada 27 Mei 2021, buat masa sekarang, tiada lagi stock baru untuk produk gold bar 100 gram LBMA seperti ini. Hanya 100gram Bungamas yang terdapat di pasaran sekarang

Yang kedua, saya tak suka pajak emas yang tiada sarung plastik seperti cast bar disebabkan dalam proses menguji ketulenan, mereka akan kepit emas tersebut menggunakan spatula. Ia boleh menyebabkan emas tersebut tercalar! Walaupun kesan cara itu tidak menjejaskan nilainya, tetapi kalau tercalar emas saya itu, tercalarlah hati saya melihatnya… Haha… Hanya peminat emas tegar sahaja memahaminya…
Jadi itulah berbezaan antara minted bar dan cast bar.
Siapa nak nampak emas itu lebih eksklusif, lebih high-class, saya cadangkan pilih minted bar. Siapa yang nak pajak emas itu dengan lebih mudah, saya cadangkan pilih cast bar. Kedua-duanya ada kelebihan dan kekurangan tersendiri.
Zulkifli
Cyberjaya
13 Julai 2018
29 Syawal 1439H
Artikle ini di update pada 27 Mei 2021, buat masa sekarang, tiada lagi stock baru untuk produk gold bar 100 gram LBMA seperti ini. Hanya 100gram Bungamas yang terdapat di pasaran sekarang
Bagi saya cast bar lebih mesra ar rahnu tuan hehe
Betul.
Bagi yang tinggal atau bekerja di area yang ada ar-rahnu mesra emas Public Gold, minted bar juga bagus. Proses gadaian lebih cepat, bahkan emas kita tak disentuh langsung untuk proses ujian ketulenan.
Salam Tuan,
Tksh atas perkongsian.
Saya nak bertanya untuk cast bar, berapa kadar spread (%) yang diterima oleh Public Gold sekiranya kita ingin menjualnya semula?
SK, Bdr Tun Hussein Onn
Wslm En. Suhaini,
Kadar spread kedua-duanya sama samada cast bar atau minted bar.
Yang part calar tu betul En Zul. Kalau minted bar yang seal nya calar balar (bukan tercalar sikit je), Pos Arrahnu masih terima emas tu TANPA soal.
Masa first time bawak yang calar balar tu ke Pos, takut jugak staff dia reject. Tapi Alhamdulillah, staff terima aje.
Jadi sebagai dealer yang simpan ready stok sikit-sikit, saya asingkan seal yang dah calar balar tu khas untuk rolling pajak.
Ok. Terima kasih Pn. Emellia. Informasi yang bagus.
terima kasih kongsi ilmu yang bermanfaat ni en zulkifli
Sama-sama. Mudah-mudahan bermanfaat, insyaAllah.
Panduan berguna, ada juga perbezaan pro cons antara cast dengan minted bar. Terfikir idea, beli cast bar buat simpan dalam wallet, minted bar khusus dalam safe box 😀
Bagus juga idea tu.
Assalam Tuan,
Terima kasih atas perkongsian ilmu.
Saya ada persoalan. Boleh atau tidak jika 10 keping gold bar seberat 1 gram setiap satunya ditukar kepada satu keping gold bar (10 gram) di PG?
Wslm En. Alif,
Sama-sama. Mudah-mudahan bermanfaat, insyaAllah.
Public Gold tak ada sistem tukar macam tu. Public Gold hanya terima jual atau beli je.