Ar-Rahnu Terbaik Pajak Emas Public Gold

by on June 13, 2017

Post image for Ar-Rahnu Terbaik Pajak Emas Public Gold

Emas adalah “duit tunai” juga, tetapi dalam bentuk yang lebih kukuh nilainya. Bila nak pakai duit, kita boleh jual emas tu untuk dapat duit on the spot atau gadai sahaja di mana-mana ar-rahnu untuk dapatkan pinjaman tunai segera. Bila dah ada duit nanti, kita boleh tebus balik emas dari ar-rahnu. Emas tu masih lagi milik kita. Kalau harga emas naik, kita masih menikmati keuntungan atas kenaikan harga emas tu.

Hari ini, emas pelaburan yang paling banyak dijual beli dan disimpan oleh pelabur runcit di Malaysia ialah emas jenama Public Gold. Ini disebabkan reputasinya hari ini sangat kukuh sehingga pakar kewangan berpengalaman iaitu Tuan Azizi Ali sendiri pun syorkan beli emas Public Gold. Beliau pesan kepada seorang anak murid beliau bernama Tuan Sabri Yaacob yang juga dealer Public Gold di bawah bimbingan saya katanya “no other gold company give good deal as Public Gold in Malaysia”.

Ar-Rahnu Mesra Emas Public Gold

Apa yang saya perhati, penyimpan emas jenama Public Gold mempunyai banyak kelebihan berbanding mereka yang simpan emas jenama lain di Malaysia. Reputasinya yang kukuh hinggakan sekarang ini, 4 institusi ar-rahnu yang terima emas tanpa perlu buka sarung plastik (yang bermaksud tanpa perlu uji ketulenan)!

jongkong emas gold bar 5 gram public goldGold bar 5 gram Public Gold. Semua dinar dan gold bar Public Gold versi LBMA untuk item 100 gram ke bawah, semuanya berseal begini. Maksudnya kalau nak keluarkan emasnya, kena potong sarung plastik tu dulu. Foto-foto emas Public Gold boleh lihat DI SINI.

Ar-rahnu yang menerima gadaian emas Public Gold tanpa perlu buka sarung plastik seal buat masa ini ialah:

Bermula dengan Pos Ar-Rahnu yang terima emas Public Gold tanpa perlu test ketulenan, hari ini sudah 4 ar-rahnu yang mesra emas Public Gold. Saya percaya, senarai ini akan bertambah pada masa akan datang disebabkan reputasi emas Public Gold yang semakin kukuh dan persaingan antara ar-rahnu untuk dapatkan bisnes. Bayangkan, betapa ruginya ar-rahnu lain dari sudut peluang bisnes disebabkan kebanyakkan penyimpan emas di Malaysia lebih suka simpan emas jenama Public Gold.

Kalau ada pilihan, semestinya pemilik emas Public Gold akan pajak emas di ar-rahnu yang terima tanpa perlu buka sarung plastik seal.

jongkong gold bar emas public gold 100 gram lbma cropGold bar 100 gram Public Gold keluarkan dalam dua versi iaitu casted bar (kiri) dan minted bar (kanan). Ketulenan sama, harga pun sama. Cuma yang casted bar (tiada sarung plastik) lebih mudah untuk tujuan gadaian.

Ar-Rahnu Meletakkan Syarat Buka Seal

Disamping 4 ar-rahnu tersebut, banyak lagi ar-rahnu yang terima gadaian emas Public Gold, tetapi mereka meletakkan syarat untuk membuka sarung plastik seal untuk test ketulenan, antaranya:

Bagi saya, kalau gadai emas Public Gold di ar-rahnu yang kena buka seal pun jauh lebih baik berbanding beli barang kemas semata-masa untuk memudahkan gadaian. Barang kemas spreadnya 25%, sedangkan Public Gold hanya mengenakan spread 10% bagi emas yang telahpun dibuka atau dipotong sarung plastiknya.

emas public gold lbma 20 gram buka sarung plastik seal cropIni contoh gold bar Public Gold 20 gram yang telahpun dipotong sarung plastiknya semasa proses gadaian. Public Gold jamin membelinya dengan harga tinggi, iaitu pada kadar spread hanya 10%.

dinar emas public gold 24k buka seal rosakIni contoh syiling emas 1 dinar Public Gold yang telah dibuka sarung plastiknya untuk menguji ketulenan emas semasa proses gadaian di ar-rahnu.

Ini sebenarnya ‘deal’ paling baik di pasaran sebab kebanyakkan syarikat emas akan kenakan spread 25% sebab ia dianggap “emas terpakai”. Bahkan kalau jenama emas yang dijual bank, pihak bank langsung tak akan beli balik emas tu!

Ar-Rahnu Tak Terima Gold Bar & Dinar

Akhir sekali, ada satu ar-rahnu yang tak terima gadaian emas Public Gold dan semua jenis gold bar dan dinar (apa jenama sekalipun), iaitu Ar-Rahnu Yapiem. Mereka hanya terima gadaian semua jenis barang kemas. Untuk gold bar dan dinar, mereka hanya terima gold bar dan dinar keluaran Yapiem sahaja. Jadi jangan terkejut kalau mereka tak terima emas Public Gold. Ia tak ada kena mengena dengan isu ketulenan ataupun reputasi Public Gold. Itu hanyalah disebabkan polisi mereka sahaja.

Setiap ar-rahnu, polisinya berbeza-beza dan boleh berubah dari semasa ke semasa. Jadi kita perlu semak polisi ar-rahnu dari semasa ke semasa untuk kepastinya. Cara paling mudah buat semakan ialah dapatkan nombor telefon mereka daripada pakcik Google, lepas tu telefon sahaja. Semudah itu…

Zulkifli
Damansara Damai
13 Jun 2017
19 Ramadhan 1428H

{ 20 comments… read them below or add one }

1 azrinros June 13, 2017 at 10:36 pm

Tempoh hari uji gadai emas Public Gold di POS Arrahny. Syukur Alhamdulillah diterima tanpa buka seal dan urusan pun cepat. :)

Reply

2 Mohd Zulkifli Shafie June 13, 2017 at 11:34 pm

Alhamdulillah.

Reply

3 Emellia Maskor June 14, 2017 at 10:43 am

Saya tak pernah gadai emas LBMA PG di ar rahnu bank. Jadi tak tahu prosedur. Cuma baru-baru ni ada sorang customer saya beritahu, dia nak buat gadaian di ar rahnu sebuah bank yang perlukan dia sendiri buka seal LBMA.

Sebelum nak gadai pun dia dah fikir banyak kali, ni kan pulak kena buka seal tu sendiri. Disebabkan sayang nak buka seal (plastik cover tu tebal), dia putuskan tak jadi pajak.

Reply

4 Mohd Zulkifli Shafie June 14, 2017 at 11:17 am

Terima kasih Pn. Emellia atas sharing. Kekurangan Ar-Rahnu di bawah bank ialah ia akan masuk rekod CCRIS.

Terima kasih atas foto gold bar 20 gram yang buka seal tu.

Reply

5 mohd azinuddin June 14, 2017 at 11:14 am

Alhamdulillah, info bermanfaat tuan mentor

Reply

6 Mohd Zulkifli Shafie June 14, 2017 at 11:16 am

Alhamdulillah.

Reply

7 Hanisah June 14, 2017 at 12:03 pm

Assalamualaikum Tuan,

Memang betul. emas merupakan asset yang mudah cair, saya baru bermula beli Emas PG tahun lepas dan dah pernah pajak di Ar Rahnu Agro bank (tak ada Ar Rahnu yang tak bukak seal di tempat saya). Mudah dan cepat, tapi tulah mesti bukak seal untuk uji ketulenan. Cara menyimpan wang yang paling baik adalah melalui emas PG ni dan jika nak guna tunai pajak jer, tapi pastikan tunai tu digunakan dengan sebaiknya( sy gadai time nak traveling dan once claim masuk saya tebus balik )

Reply

8 Mohd Zulkifli Shafie June 14, 2017 at 12:31 pm

Wslm Pn. Hanisah.

Alhamdulillah.

Terima kasih atas perkongsian pengalaman. Menarik pengalaman tu.

Reply

9 Airul Ezri June 14, 2017 at 7:14 pm

Terima kasih tuan mentor atas perkongsian ini. Barakallah Tuan

Reply

10 Mohd Zulkifli Shafie June 14, 2017 at 10:20 pm

Sama-sama En. Airul.

Terima kasih juga kerana berziarah ke blog ni. Mudah-mudahan bermanfaat, insyaAllah.

Reply

11 Adam Danial June 17, 2017 at 7:26 am

Salam Tuan Zul,
Apa maksudnya Public Gold jamin membeli gold bar yang telah dibuka sarung plastiknya semasa proses gadaian dengan kadar spread 10%? Harap Tuan dapat berikan contoh mengikut kadar harga jualan semasa ya…terima kasih.

Reply

12 Mohd Zulkifli Shafie June 17, 2017 at 7:31 pm

Wslm. Betul En Adam.

Harga semasa refer terus di web http://www.publicgold.com.my .

Reply

13 siti hazreen June 17, 2017 at 11:25 am

saya dah banyak kali masuk pajak gadai…
alhamdulillah setakat ini boleh tebus balik
untuk jenis gold bar public gold, sy cdgkan pajak di arrahnu pos, urusa cepat, tak perlu buka seal pun

Reply

14 Mohd Zulkifli Shafie June 17, 2017 at 7:32 pm

Terima kasih Pn Hazreen atas perkongsian pengalaman bermanfaat.

Reply

15 Abd Hadi Abd Halim June 18, 2017 at 6:18 am

Terima kasih tuan atas perkongsian ini. Baru saya tahu berkenaan Ar-rahnu Yapiem. Pada saya spread 10% untuk item yang telah di buka seal adalah berpatutan terutama untuk item kecil seperti 10 gram ke bawah. Ia adalah hanya tambahan 1% dari spread asal yang membawa nilai pada masa ini RM1.88 /gram. Terbaik emas public gold.

Reply

16 Mohd Zulkifli Shafie June 18, 2017 at 9:51 am

Sama-sama En. Abd Hadi.

Alhamdulilah.

Reply

17 Hafiz Hadri July 13, 2017 at 10:43 am

Baru pergi kat ar-rahnu yapeim hari ni… hahaha dy suruh pergi dekat bank rakyat ataupun agro bank 😅😅😅.. info yg sangat berguna

Reply

18 Mohd Zulkifli Shafie July 18, 2017 at 8:20 am

Alhamdulillah. Mudah-mudahan info ni dapat membantu, insyaAllah.

Reply

19 Fieza August 14, 2017 at 12:56 pm

Sangat rugi bagi ar rahnu jika masih menetapkan syarat yang menyusahkan orang lain.saya sebagai pekerja ar rahnu xchange terpaksa suruh customer pergi ke tempat yang tidak perlubuka seal. cara mcm ni seperti melepaskan peluang ke tangan orang lain.mungkin saya akan usulkan perkara ini di mesyuarat Pengurus akan datang. tq en Zul for sharing

Reply

20 Mohd Zulkifli Shafie August 14, 2017 at 10:29 pm

Betul Pn. Fieza.

Alhamdulillah, satu usaha yang baik.

Reply

Leave a Comment

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: