MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Tujuan Saya Membuka Blog

April 8, 2008

“Assalamualaikum Zul…Pertama…(deleted)Kedua…Bagi ana lah, nta boleh menulis dgn baik, ada gaya tersendirilah… tak mahu buat blog ke…. Onlinelah Zul internet di rumah, rasanya kosnya tak berapa mahal skang, rasanya banyak manfaat yang nta dapat sumbangkan dr penulisan nta…Sekadar cadangan…”


Itulah sebahagian email daripada sahabat saya Hafizi pada 31 Disember 2007 lalu.

Sahabat meyakinkan saya

Terima kasih Hafizi,

Kerana menyakinkan saya terhadap diri saya sendiri. Sebelum ni, saya memang tak tahu mengendalikan blog dan bagi saya ia melibatkan kos duit dan masa. Perlukan duit untuk online internet di rumah dan kos masa untuk “maintain” blog.

Respond saya ketika itu ialah, saya tak berhajat menjadi “blogger” kerana ia bukan suatu keperluan. Kerana skop penulisan (perkongsian) saya hanyalah kepada ahli keluarga dan sahabat terdekat terutamanya sahabat Cinta Alam. Saya cuma seorang penulis kerdil, yang tak ada apa-apa kredibiliti untuk menulis.

Kenapa saya membuka blog?

Namun, cadangan Hafizi sentiasa bermain difikiran saya kerana saya selalu merujuk balik perkongsian yang pernah saya buat melalui yahoogroups, yang saya simpan di dalam “archive folder”.

Membacanya semula sebagai tazkirah untuk diri kerana manusia ni memang mudah lupa diri. Iman yang sentiasa turun dan naik, dan hati yang sentiasa berbolak-balik.


Sekadar tempat simpanan artikel saya

Akhirnya, saya buat keputusan untuk pindahkan semua artikel lama saya ke dalam blog kerana ia lebih menarik dan lebih mudah untuk saya baca dan rujuk ketika lupa. Semua artikel lama saya buat “moderation” supaya ia sesuai dijadikan “tontonan umum”.

Moga ia juga bermanfaat untuk kenalan dan sahabat semua. Insyallah.

Wassalam.

(Saya dalam proses memindahkan artikel lama ke dalam blog ini. Penulisan saya yang akan datang, akan saya postkan dalam blog in dan tidak lagi memenuhkan mailbox sahabat-sahabat cintaalam@yahoogroup.com.)

Zulkifli
www.mohdzulkifli.blogspot.com
Damansara Damai
8 April 2008

Sekadar makluman untuk pembaca, saya bukanlah seorang blogger yang aktif, dan saya tak mempunyai banyak masa untuk akses internet. Jika ada perbincangan di dalam blog ini, saya mohon maaf kerana tak dapat beri respond secara aktif.

Terima kasih kerana memahami…

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>