“I-Allah kul 6 petang ni nak gi ‘tengok’ baby Ayu, yang khabarnya diberi nama Muhammad Hanif. Salam.”
Alhamdulillah, bagus benar amalan berziarah ni. Kerana itu salah satu amalan supaya kita saling menyayangi.
Sekadar berkongsi dengan sahabat tentang ziarah kelahiran baru ni. Pada saya, waktu sesuai untuk ziarah orang yang baru bersalin ialah lepas seminggu. Kerana minggu pertama, waktu yang amat kritikal untuk bayi, dan amat meletihkan serta ‘tak stabil’ bagi kedua-dua ibu dan bapa bayi.
Bayi pada Minggu Pertama
Apa yang saya tahu, bayi yang banyak terdedah pada orang ramai mudah terkena “sakit kuning”. Bayi perlu diberi penjagaan rapi, diberi susu dengan kerap, dan dibuat pemeriksaan oleh “nurse” (jururawat Klinik Desa kalau di kampung) sekurang-kurangnya dua hari sekali. Jika kritikal, mesti dibawa “check-up” dengan doktor. Kalau minggu pertama ‘okay’, insyallah ‘selamat’.
Ibu pada Minggu Pertama
Bagi ibu yang dapat anak pertama pula, mereka belum biasa mengendalikan bayi. Semuanya jadi “kekok”. Perlu nasihat dan bantuan dari orang berpengalaman (ibu, ibu mertua, atau kakak). Nak pengang bayi, nak susukan bayi, nak mandikan, nak basuh kencing berak bayi dan sebagainya semuanya rasa susah. Menguruskan bayi itu satu hal, satu lagi, ibu baru bersalin biasanya sangat letih, lemah dan perlu banyak berehat.
Bapa pada Minggu Pertama
Bagi bapa pun sama. Minggu pertama amat sibuk sama ada membantu uruskan bayi, mahupun urusan di luar seperti pendaftara di JPN, pendaftaran di Klinik Desa serta uruskan rumah menggantikan isteri; memasak, mengemas rumah, mencuci pakaian, dan membantu apa sahaja yang patut bagi memudahkan isteri yang sedang ‘sakit’.
Pendek kata, minggu pertama adalah hari-hari yang agak meletihkan bagi bayi, dan kedua ibubapanya. Tidur dan rehatnya tak menentu. Ibu dan bapa memang ‘berqiamullai’ sekurang-kurangnya 2 atau 3 kali setiap malam pada minggu pertama. (Terpaksa bangun malam 2-3 kali dikira cukup bernasib baik, kerana biasanya lebih kerap daripada itu).
Kalau ‘terpaksa’ ziarah pada minggu pertama, ziarahlah sekejap sahaja sebab mereka semua perlukan “privacy”, dan perlukan waktu yang cukup untuk berehat. Melayan tetamu, memang agak berat pada saat kritikal sebegitu.
Wallahu ‘alam. Sekadar berkongsi.
Wassalamu a’laikum.
Zulkifli
Damansara Damai
13 November 2007
Isteri saya selalu “excited” nak ziarah mana-mana kenalan yang baru bersalin tetapi kami sedaya upaya elakkan ziarah pada minggu pertama. Kalau nak beri panduan atau nasihat pada ibu dan bapa baru, cukuplah sekadar menelefon atau bersms saja.
Bukan salah berziarah di waktu begitu, tetapi berdasarkan pengalaman, itulah yang kami faham situasi keluarga yang menyambut kelahiran baru.