
Walaupun sepatutnya kami menghantar 10 pemain bola sepak yang terdiri daripada 7 pemain utama dan 3 simpanan, namun hanya 7 pelajar yang dapat sertai. Yang agak kurang bernasib baik, 3 daripada 4 pelajar yang menyertai sessi latihan minggu sebelumnya tak dapat hadir kerana hal kesihatan. Apapun, kami masih beruntung kerana dapat memenuhi kuota minimum perlawanan, iaitu 7 sebelah.
Keputusannya, kami mendapat tempat ke-3 daripada 5 PASTI yang menyertainya. Alhamdulillah, keputusan yang agak baik bagi sebuah PASTI yang baru tahun pertama beroperasi.
Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada semua ibubapa, guru dan AJK yang memberi kerjasama untuk menjayakannya. Moga segala usaha untuk menghidup dan menyuburkan tunas-tunas Islam ini dinilai oleh Allah sebagai amal soleh. Insyaallah.
Zulkifli
Damansara Damai
10 Mei 2008
Dirasmikan oleh Hj Arif, YDP Subang
Perlawanan pertama bola sepak antara An-Nur dan Little Mukmin Kota Damansara
Perlawanan bola sepak antara An-Nur dan At-Tauhid, Taman Ehsan (Kepong)