Isu Yang Merugikan Rakyat
Siapa benar, siapa bohong. Kalaupun mendapat jawapan yang pasti, ia tak dapat keluarkan rakyat dari kesempitan hidup – isu sebenar rakyat. Ish, rimas dan bosan… bila manusia tak takut pada Tuhan dan Hari Pembalasan, maka rosaklah hidup manusia.
Dipaksa atau Sukarela?
Dalam isu tuduhan liwat terhadap Dato’ Sri Anwar Ibrahim, entah siapa yang betul, dan siapa yang berbohong. Kedua-dua pihak menunjukkan berani menggunakan nama Tuhan untuk membersihkan nama masing-masing.
Tetapi logiknya, stragedi liwat bukan mudah berlaku. Melainkan suka sama suka. Atau dipaksa secara beramai-ramai. Liwat bukan seperti kes rogol yang menggunakan kekerasan kepada kaum yang lemah (wanita). Ini lelaki sama lelaki.
Diliwat Secara Paksa?
Lelaki tua di tuduh ‘merogol’ lelaki muda yang masih gagah perkasa. Kalau yang diliwat itu kanak-kanak, mungkin ada logiknya. Tapi… ish… entahlah… kalau benar berlaku, maksudnya si Saiful Bukhari telahpun dibelasah oleh Anwar hingga tak mampu lagi menghalang dari diliwat – ditanggalkan dua lapis seluarnya sebelum diliwat secara paksa.
Siapa Yang Munafiq?
Antara dua, pastinya ada seorang yang MUNAFIQ. Jangan pelik dengan orang yang bersumpah ini. Tuhan telah lama ingatkan kita tentang fenomena sumpah ini. Sebagai mukmin, marilah sama-sama kita merenung kata-kata Tuhan di bawah ini sebagai iktibar dalam menilai isu ini.
“Mereka itu menjadikan sumpah mereka sebagai perisai, lalu mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah. Sesungguhnya amat buruklah apa yang telah mereka kerjakan.” [Al-Munaafiquun 63: 2]
“Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.” [Al-Hujuraat 49: 6]
Wallahu ‘alam.
ZulkifliDamansara Heights
9 Julai 2008