MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Salam Idul Fitri 1429

September 28, 2008

Alhamdulillah, kami sekeluarga selamat tiba di kampung, Pasir Mas, Kelantan hari Sabtu 27 September, 10.10 pagi. Bertolak dari Damansara Damai jam 2.15 pagi. Rasa seronok, tenang dan damai bila tiba di kampung. Suasana yang serba menghijau dan agak sunyi, dapat meredakan kepenatan hidup di kota.

Dikesempatan ini, kami sekeluarga mengucapkan Salam Idul Fitri kepada semua sahabat-sahabat. Moga Idul Fitri kali ini benar-benar mengembalikan kita kepada fitrah yang suci bersih setelah melalui Akademi Ramadhan yang sangat menyeronokkan. Moga Ramadhan ini juga dapat meningkatkan taqwa kita kepada Allah.

Kalau tersalah silap, kami sekeluarga memohon jutaan kemaafan. Sebarang komen, dan teguran, boleh terus menghubungi kami, ataupun emailkan ke ibnushafie@gmail.com (“,). Kalau ada yang terhutang, jangan segan silu ingatkan kami.

Akhir sekali, salam Idul Fitri dari kami sekeluarga.

Zulkifli & Najdah

Pasir Tumboh, Kelantan
29 September 2008

Kami akan balik ke Kuala Terengganu pada pagi raya kedua, insyaAllah. Dan kembali ke Damansara Damai pada hari Ahad, insyaAllah.

Kami mohon maaf kepada Ukhti Hajar dan Suami kerana tak dapat hadir ke majlis perkahwinan. Doa kami, moga Allah mengurniakan kebahagiaan pada kalian sekeluarga hingga ke Syurga, insyaAllah.

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>