Raya kali ini kami lebihkan masa bersama keluarga sahaja. (Foto Keluarga Hj. Shafie)
Tak Berziarah Sangat
Raya kali ini tak berziarah sangat. Sekadar ziarah keluarga sahaja. Sahabat-sahabat bukan tak sempat, tapi rasa kurang bersemangat. Hajatnya nak berziarah habis, tapi saya dan isteri tak larat nak membawa anak-anak. Pergi rumah orang, kekadang rasa letih terutamanya menjaga Anis (anak ketiga). Tambah pula cuaca yang agak panas, huh memang cepat betul anak-anak meragam sebab tak selesa.
Ada juga terfikir tinggalkan isteri bersama anak-anak, kemudian saya pergi round beraya rumah sahabat-sahabat terutamanya yang lama tak jumpa. Tapi beraya begitu rasa tak seronok. Pertamanya, tak capai objektif untuk bertemu sesama keluarga sahabat. Keduanya, kesian pula isteri yang sedang mengandung melayan tiga orang anak yang kecil-kecil belaka.
Anak-anak kami lebih selesa di rumah neneknya saja kali ini. Beraya sekejap, mesti ajak balik.
Mohon Maaf Tak Sempat Berziarah
Coretan ini sekadar makluman pada sahabat di Kelantan dan Terengganu. Takut ada yang terasa hati kerana tak sempat berjumpa dan berziarah. Di Kelantan biasanya kami berziarah pada hari pertama sahaja. Hari kedua tak sanggup sebab jalannya terlalu sesak. Jadi, kami terus ‘cabut’ ke Terengganu pada raya kedua.
Perjalanan balik ke Terengganu hari tu, jalan sesak teruk kerana terlalu banyak kenderaan menghala ke Kota Bharu dari Pasir Puteh. Nasib baik kami melawan arus, dari Kota Bharu ke Pasir Puteh untuk ke Terengganu.
Raya Dua Tahun Lepas – 2006
Em, pasal kesesakan jalan raya, kali ini kami terkena tetapi tak seteruk dua tahun lepas. Dua tahun lepas kami keluar rumah di Damansara Damai seawal 3.00 pagi. Ingatkan dah awal, rupa-rupanya, 2 kilometer nak exit ke Jalan Bentong, jalan dan sesak teruk. So, kami try redah lalu ikut Lanchang. Meredah kawasan hutan dan ladang akhirnya keluar atas pada Raub.
Sepanjang perjalanan ke Kota Bharu, kenderaan terlalu perlahan terutamanya tempat yang ada traffic light, pekan, dan tempat persinggahan. Akhirnya, kami tiba di Kota Bharu jam 3.00 petang. Cukup-cukup 12 jam.
Kami Terkena Raya Kali Ini
Kali ni kami terkena masa perjalanan dari Terengganu ke KL. 5 km sebelum exit tol LPT Karak jalan dan mula jem. Ingatkan ada kemalangan, rupa-rupanya tak ada apa-apa. Nak masuk tol Bentong pun sama. Jam lebih kurang 1.00 tgh ketika tu dan cuaca terlalu panas rasanya. Jalan yang berbukit, tetapi terpaksa bergerak kelajuan 15 – 30 km sejam dan tersangkut-sangkut menyebabkan banyak juga kereta yang berhenti menyejukkan enjin. Ada sebuah Proton Iswara depan kami yang tetiba berasap enjinnya dan kelam kabut susur ke lorong kecemasan.
Jalan sesak, enjin kereta cepat panas. Cuaca panas, anak-anak cepat meragam. Pemandu yang membuat dosa dengan memotong que (merampas hak orang lain) membuatkan hati saya juga cepat panas. Mungkin pada mereka tiada nilaian dosa pahala ketika di jalanraya.
Jalan Sesak, Cuaca Panas
Anak-anak kami meragam habis sebab kepanasan. Air-cond maksimum pun tak jalan. Aisyah beberapa kali suruh saya kuatkan air-cond kerana sangkanya saya perlahankan air-cond. Akhirnya kami tiba di Damansara Damai jam 3.30 petang. Keseluruhan perjalanan 7 jam 30 minit lebih kurang. Apapun syukur, kerana cuma lebih 1 jam setengah dari jangkaan perjalanan biasa.
Raya akan datang, nampaknya kami terpaksa rancang betul-betul perjalanan. Moga tak kena lagi di musim raya akan datang.
Sekadar bercerita. Wallahu ‘alam.
Zulkifli
Damansara Damai
10 September 2008, 8.22 malam