Atas permintaan sahabat untuk mengadakan reunion, saya pergi survey tempat cadangan untuk program Perkelahan Warga Cinta Alam SeMalaysia pada Ahad, 14 Disember 2008 yang lalu. Beberapa foto sempat saya ambil sebelum hujan lebat.
Teratak Hijjaz Putrajaya, resort yang sederhana, tetapi menarik untuk bersantai. Amat sesuai untuk Hari Keluarga. Kosnya agak sederhana berbanding resort-resort yang sama taraf dengannya. Saya difahamkan, Hijjaz baru ambil alih resort ini pada Oktober 2008 daripada pengurusan lama.Resort ini katanya dimiliki oleh Dato’ Osman (Dubai) dengan kos pembinaan lebih kurang RM5 juta.
Sempat saya berbincang dengan En. Mazlan (013-385 2895), iaitu Pengurus Teratak Hijjaz itu untuk program yang bakal dilaksanakan dalam masa terdekat. En. Mazlan dan kakitangannya kelihatan agak peramah dan mesra orangnya. Agak selesa rasanya untuk berurusan dengan mereka.
Zulkifli
Putrajaya
14 Disember 2008
hem menarik tempatnya
Boleh saya dapatkan alamat tempat ini?? Saya berminat nak buat hari keluarga di situ
mardiya116,
Try cek no. dia di http://www.astanadugang.com. Saya dah hilang dah no. h/p pengurus di En. Mazlan. Peramah orangnya.
Sesuai la kalau nak buat family day kat situ.
rugi gile sape yang belum datang tempat ni
Slm…saya pernah datang tempat ni…sampai sesat saya dibuatnya…tapi kalau dari Pusat Konvensyen Putrajaya…dah tak jauh…!!5-10 minit je…!!Memang cantik kalau nak buat hari keluarga..!!
pastu datang lawat site saya plak…www.perniagaaninternet.myportal.my
as’kum sedara…
TH ni on lagi kah di ADCR?
web dia off lah!
hmm…teratak hijjaz ni mmg kwsn terpencil dkt ngan kwsn perumahan org asli..baru je g sana c0z ade kenduri kwen..masuk shj pintu gerbang..dalam ati ucap MASYAALLAH..!!mmg kwsn sgt sesuai utk aktvti bersama fmli…ley tenangkan fkrn bg yg ingin kuar dr bandar…& tmptnye juga ley wat org yg xtau sesat jln cm sy sndr..hehe
20.12.12 kami telah ke tempat ini, sangat2 mengejutkan . Rupa2nya ianya telah ditutup . Indah khabar dari rupa, tersangat kotor semuanya telah rosak.Kem yg sepatutnya diadakn disitu pada tarikh tersebut terpaksa di batalkan.Pihak pengajur kem pun tak tahu yang tempat ini sudah lama tidak digunakan.Sangat mengecewakan
Saya pernah pergi sekali jer ke tempat ni pada tahun 2008. Masa tu memang ok. Semua foto tu saya ambil sendiri masa kami ke sana.
Resort tersebut akan dibuka semula dengan pengurusan baru dikenali Le Cormen bermula 1 Februari 2013. Saya dapati banner pembukaan semula resort tersebut di beberapa lokasi strategik seperti di bulatan di Desa Pinggiran Putra dan persimpangan di sebelah Coffe Village.
Boleh bagi contact no terkini untuk Astana Dugang? Terimakasih.
Salam Pn. Salmey,
Saya dapat tahu tempat tu dah ditutup.
Alhamdulillah… Terima kasih En. Rosdi atas perkongsian tentang resort ni. Moga Allah merahmati tuan, amiin…
http://bukunotasutera.blogspot.com boleh baca, sekadar untuk berkongsi..
Terima kasih.