RM3,000 Dikira Miskin

by on August 30, 2009

Semalam, terbaca akhbar tentang rancangan kerajaan untuk membantu keluarga yang berpendapatan kurang RM3,000, terutamanya warga kota.

Bagus tu cadangan tu. Saya fikir, kalau di Kota Bharu, pendapatan RM3 ribu sebulan dah kira golongan sederhana. Tapi di KL, itu dikira paras kemiskinan!

Ikut kiraan saya 5 tahun lepas, pendapatan purata yang diperlukan untuk sebuah keluarga di KL untuk hidup sederhana ialah RM2,800. Tapi, lepas kadar inflasi meletup-letup tahun lalu, saya kira RM3 ribu tu mungkin terlalu ‘prudent’.

Mereka di luar KL, mungkin rasa paras tersebut adalah agak tinggi untuk dibantu. Tapi mereka yang hidup di KL ni memahami dan sangat setuju dengan ‘statement’ TPM tu. Kos sara hidup agak tinggi. Terlalu banyak kos. Kos nak pergi kerja pun dah menghakis sebahagian besar pendapatan! Kos nuseri, tol, petrol (yang banyak dibazirkan dalam kesesakan lalulintas), dan parking.

Kalau di Damansara Heights, kos parking saja dah cukup menyakitkan. Secara purata, kos parking ialah RM15 sehari! Maknanya, RM300 sebulan dah habis hanya untuk parking! Uh… sebab tu sampai hari ni saya belum berani berkereta ke pejabat… Kerana nilai parking itu menghilangkan reserve kami setiap bulan untuk waktu-waktu kecemasan.

Antara bantuan yang bakal disediakan kerajaan ialah peluang mengusahakan bisnes kecil-kecilan sebagai pendapatan kedua – dengan mempermudahkan lesen dan mengurangkan halangan dari PBT untuk bisnes.

…Yang penting untuk mula buat bisnes ni ialah tukar mentaliti. Daripada mentaliti orang makan gaji kepada orang berniaga.

Sebenarnya, saranan TPM tu selari dengan saranan pakar-pakar kewangan. Antara saranan Azizi Ali (Pakar Kewangan Peribadi) ialah setiap orang mesti ada pendapatan kedua. Terutamanya untuk mencukupkan dana persaraan. (Antara fakta yang agak mengejutkan saya bila baca buku Pesara Jutawan tulisan beliau ialah setiap orang yang bersara memerlukan pendapatan bulanan at least 80% daripada nilai pendapatan terakhir!) Pendapatan kedua tak semestinya dengan kerja part-time.

Zulkifli

Damansara Damai
31 Ogos 2009

{ 2 comments… read them below or add one }

1 rohaizah khamis April 14, 2017 at 11:39 am

Assalamualaikum Encik Zul ,

Tiba juga tahun 2017 . RM3000 lagi bertambah tidak cukup jika kekal hidup atas kemampuan.

Reply

2 Mohd Zulkifli Shafie April 17, 2017 at 6:40 pm

Wslm.

Betul Pn. Rohaizah.

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: