"Nanny 911" memang bagus. Saya rasa, setiap ibubapa kena belajar sunnatullah dalam mendidik anak-anak daripada Nanny 911.
Bulan lepas, Rahim (kawan) pejabat minta pandangan saya pasal masalah anak sulong dia. Cerdik, tapi tak jujur. Saya serba salah nak bagi opinion sebab anak dia dah besar (sekolah menengah), tapi anak saya kecik-kecik lagi.
Koreksi Diri dan Isteri
Saya, bila ada masalah pada anak-anak, pertama saya cek ialah diri saya, dan keduanya adalah isteri. Antara benda penting yang kena cek ialah hubungan kami dengan Tuhan. Kalau ada problem, maka tak peliklah anak-anak juga problem.
Kami sama-sama bincang pasal masalah anak dia masa makan tengahari, masa training dekat Hann Consulting di The Curve, Mutiara Damansara. Macam-macam kami cuba cari jalan, tapi semuanya rasa macam tak jalan. Katanya, kalau cerita pasal agama dekat anak dia, anak dia lagi pandai dari kita untuk jawab. Dia TAHU, tapi mungkin tak ada MAHU.
Buntu Dengan Masalah Anak
Dia ada juga fikir nak hantar anak dia ke rumah anak yatim dan miskin tiap-tiap hujung minggu, biar anak dia insaf dan bersyukur. Tapi idea tu macam tak pernah dibuat orang. Kami buntu...
Minggu lepas, masa training kali kedua, Rahim cakap anak dia yang kecik ada bagi suggestion! Anak dia belajar dari cerita Nanny 911! Oh, saya tak pernah tengok cerita tu. Dan saya memang tak tahu apa rancangan yang ada di TV sebab saya tak tengok TV. Saya cuma pandang TV.
Dulu isteri ada bagi tahu ada program realiti TV bagus untuk ibubapa. Ia sentuh pasal parenting. Kata Rahim, dia cuba amalkan apa yang dibuat Nanny 911, kata ada peningkatan.
Belajarlah Dari Nanny 911
Hujung minggu lepas, saya search cerita tu di Youtube! Alhamdulillah... memang bagus.... memang dah lama saya nak belajar ilmu parenting begini, tapi kebanyakkannya dalam bentuk bacaan dan dengar ceramah. Tapi Nanny 911 dia boleh belajar case-by-case basis.
Kita boleh belajar macam mana nak handle anak-anak yang degil, suka merengek, suka menjerit, suka buli adik-beradik. Boleh belajar macam mana nak improve hubungan suami isteri supaya sama-sama dapat bantu improve suasana dalam rumah. Memang best.
Rancangan Nanny 911 fokus pada cara nak handle anak umur 9 tahun ke bawah. Ia memang penting, sebab ni peringkat kita menyemai dan menyuburkan benih. Mudah-mudahan, bila besar nanti dia akan tumbuh jadi pokok yang baik, insyaAllah.
Wallahu a'lam.
Zulkifli
Damansara Heights
12 Oktober 2010
4 Zulkaedah 1431
Saya tak pasti bila siaran cerita ni. Yang saya dengar, dia siar di NTV7. Entahlah... download jer dari Youtube lagi senang.
salam..
nak respon jugak ttg nanny 911 nih, ye.. memang ditayangkan di ntv7, ana pernah tgk sekali je after borak2 dgn member ofis citer nih.. mmg ada perkara yang boleh dipelajari.. pastu trus tak tgk dah, kekangan masa n berebut cenel ngan anak.. huhuhu.. .. betul, dload jer dari youtube lebih mudah kan.. herm, btw, tq 4 sharing.. 🙂
Memang bagus…
both husband & wife kena tengok.. tak sama belajar dengan cara tengok, berbanding kita baca atau dengar ceramah pasal parenting… belajar denga cara tengok jauh lebih berkesan..
War-warkan pada semua ibubapa..
Moga bermanfaat, insyaAllah..