
Peringatan Nabi S.A.W.
Siapa mampu, dia kena buat ibadah Qurban. Hukumnya sunat muakkad. Sunat yang dituntut. Sunat yang hampir pada wajib.
Tahun lepas, saya buat Qurban melalui EZQurban. Tahun ni belum decide lagi, tapi cadangannya nak buat dengan Ustaz Riduan Mohamad Nor, di bawah program Qurban di Peta Luka Umat Islam.
Kepada kawan-kawan yang ada kemampuan, jangan lupa dengan ibadah Qurban. Ia memang optional, tapi ia dekat kepada WAJIB, hinggakan Nabi S.A.W tak bagi datang dekat dengan masjid baginda bagi sesiapa yang buat sambil lewa dengan ibadah Qurban.
Moga dengan ibadah Qurban tahun ni, Allah memberikan keampunan dan kebajikan kepada kita semua. Amin…
Zulkifli
Damansara Heights
8 November 2010
2 Dzulhijjah 1431
Artikel lalu yang berkaitan:
1. Aqiqah & Qurban Bukan Hal Remeh
2. Qurban: Ibadah Gotong-Royong – pengalaman qurban tahun lepas.
Harga seekor/sepanggu lembu thn ni maybe naik. Pasai lembu2 di Kedah byk mati kerana banjir.
Kalu nak buat korban kat Kedah pun ok gak…
Joe, t.kasih atas cadangan.