MohdZulkifli.Com


Motivasi Kewangan dan Pelaburan Emas

ARBA: Idola Usahawan Muslim

May 19, 2011

Abdul Rahman b. Auf.

Saya hampir lupa pada idola usahawan muslim yang bernama Abdul Rahman b. Auf sehinggalah Ustaz Ghazali Ibrahim ingatkannya masa kuliah tengah hari tadi.

Kata Ustaz Ghazali, sesiapa yang terlibat dengan perniagaan, mesti kenal siapa Abdul Rahman b. Auf.

Saya terus buka buku catatan kuliah saya, dan catit beberapa info tentang Abdul Rahman b. Auf. Azam saya lepas ni, saya nak bongkar siapa dia usahawan muslim terulung itu.

Billionnaire Yang Dijamin Masuk Syurga!

Menurut En. Zul Razak, sahabat saya sepejabat katanya, majoriti daripada 10 orang yang dijamin masuk Syurga ialah billioinnaire! Billionnaire! Bukan millionnaire… Eh, betul ke ni? Saya tak pernah selidik pulak sampai macam tu… Menarik ni… nanti nak kena bongkar siapa 10 sahabat yang dijamin masuk Syurga tu…

Berbalik pada Abdul Rahman bin Auf.

Menurut Ustaz, beliau seorang yang kaya sebelum Islam lagi. Dan beliau adalah antara 8 orang pertama yang memeluk Islam. Lepas Islam, beliau bertambah kaya. Masa hijrah, beliau tinggalkan semua hartanya di Mekah. Zaman dulu bukan macam sekarang. Mana ada bank akaun, saham dan berbagai. Semuanya harta berbentuk fizikal.

Kaya Bukan Pada Harta, Tapi Nilai Dirinya

Masa samapi di Madinah, Nabi S.A.W. mempersaudarakan dengan kaum Ansor yang paling kaya. Sahabat Ansor offer dia harta dan isteri. Tapi beliau tolak. Beliau tanya, tunjukkan padanya pasar dan dia memulakan perniagaannya di Madinah.

Bisnesnya berkembang maju. Menewaskan bisnes-bisnes orang Yahudi di Madinah!

Hebatnya Abdul Rahman bin Auf… Beliau bukan sahaja kaya, tapi beriman. Hartanya yang banyak tak pernah menenggelamkannya dalam kekayaan. Beliau tak pernah tertipu dengan dunia.

Kerja-kerjanya di tengah malam ialah pergi cari peniaga-peniaga. Dia tanya setiap peniaga, ada tak sesiapa yang berhutang dengan setiap peniaga semalam. Kalau ada, dia akan langsaikan hutang bagi pihak orang yang berhutang tanpa diberitahu bahawa Abdul Rahman lah yang langsaikan hutang… MasyaAllah…

Memiliki 700 Buah ‘Mercz’?
Berapakah kekayaan beliau? Ada diberitakan, pernah beliau berdagang di Syam (Syiria), dan bawa balik hasil-hasil dagangannya dengan 700 ekor unta. Setiap unta bawa penuh makanan dan harta hasil perniagaan. Unta pertama beliau sampai di Kota Madinah, unta terakhir baru sahaja keluar dari Kota Syam! MasyaAllah… banyaknya harta beliau…

Unta kalau nak dinisbahkan zaman sekarang ialah kereta Mercedes! Itulah dia nilai unta!

Yang saya rasa sangat kagum, walaupun sibuk dengan bisnes, Abdul Rahman bin Auf sentiasa solat 5 waktu dibelakang Rasulullah!… Aduh… terfikir juga… besar sangatkah bisnes aku ni sampai solat berjemaah pun tak cukup 5 waktu?!

Kekayaan Di Tangannya, Bukan Di Hati
Menurut Ustaz lagi, Abdul Rahman bukan sahaja infaqkan banyak hartanya untuk jihad, tetapi beliau sendiri turut sama ke medan perang! Uh… malunya rasa kalau kita ni, dah lah harta tak sebanyak mana, infaq pun tak seberapa, kerja dakwah dan jihad pun rasa tak sempat!… Malunya pada Abdul Rahman bin Auf…

Lepas kuliah tadi, saya fikir sesiapa yang terlibat dengan bisnes perlu bongkar rahsia, siapakah dia Abdul Rahman bin Auf. Seorang usahawan muslim terulung di zaman Nabi.

Moga Allah kurniakan kita semua kekayaan, dan kekayaan itu tak lain dan tak bukan, hanyalah untuk memperhambakan kita kepada Pemilik Segala Kekayaan! InsyaAllah.

Zulkifli
Damansara Heights
11 Mei 2011
8 Jamadil Akhir 1432

Pautan tentang Abdul Rahman bin Auf

About the author 

  • sgt tersentuh dgn artikel ini…hebatnya sahabat RASULULLAH S.A.W… bukan sahaja hebat hartanya tapi hebat keimanannya…

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

    Subscribe to our newsletter now!

    >

    Sertai bersama lebih 4073 subcriber Telegram saya (di SINI), untuk sentiasa mendapat update dari saya, ilmu tentang emas dan kewangan.