MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Diari OBS – Hari Kedua

26 Ogos 2008 (Selasa)
5.50 pg – Subuh
Aku sedar pukul 5.30 pagi lagi, tapi layan tidur lagi sebab kawan-kawan lain belum bangun lagi. Terdengar bacaan Quraan Shukur yang jadi imam subuh, ah… aku kena bangun juga. Ambik wudhu’, nak join jemaah tak boleh sebab ruang solat sempit. Aku keluar dan solat di beranda, sambil menikmati kesejukkan dan panorama subuh dari puncak bukit.
6.30 pg – Riadhah dan Captain Ball
Kami beriadah. Warm-up dan stretching dikepalai oleh Saiful. Lepas tu, kami main Captain Ball. Aku tak pernah main game ni. Game ni ala-ala basket ball, tapi tak ada basket. Basket kita ialah goal keeper.
7.30 pg – Breakfast
Breakfast ala kadar. Try ambik sendiri, dan basuh sendiri. Lepas basuh, kena simpan elok-elok dalam almari berkunci, takut kena selongkar dek monyet-monyet liar.
8.30 pg – Belajar Baca Kompas
Sessi ni, kami belajar cara menggunakan kompas, dan baca grid peta. Mungkin ini pertama kali aku belajar cara menggunakan kompas untuk tentukan arah berdasarkan peta. Memang menarik.
9.00 pg – Belajar Berkayak
Ah… ini sessi yang best. Aku suka sessi belajar kayak ni. Aku ‘bercouple’ dengan Faizal. Cepat-cepat cari pasangan takut-takut ‘tercouple’ dengan perempuan.
Sessi ni bukan sahaja belajar teknik berkayak, tapi cara menggunakan isyarat-isyarat semasa berkayak dan macam-mana nak hadapi pebagai situasi macam kayak terbalik, nak tolong kawan yang terbalik dsb. Pengalaman baru bagi aku.
Ah ha… sebelum berkayak, diadakan sessi menghilangkan fobia pada air. Oh, memang betul, memang ada peserta yang takut air! Peserta perempuan la… Semua kena masuk dalam air dengan pakai lifejacket. Lepas dapat lifejacket, aku terus berenang-renang ke sana ke mari sampai ke tempat air dalam, dekat dengan boat.
Hah… tertiba life jacket aku koyak! Terkeluar pelampungnya… aku terkapai-kapai… nasib baik kawan-kawan penyelamat datang…
10.30 pg – Taklimat Ekspedisi Ke Pangkor
Inilah sessi yang ditunggu-tunggu. Nak tahu ke mana kami semua akan berekspidisi. Suspend! Akhirnya, En. Mukrim umumkan, kami semua akan ke Teluk Sekadih! Iaitu bahagian selatan Pulau Pangkor. Hati-hati katanya, tempat tu kawasan komando PASKAL berlatih. Wah…. menarik ni…
Untuk ekspidisi ni, semua perserta dinasihatkan bawa barang keperluan yang minium. Sekadar cukup untuk berkhemah 2 malam di sana. Semua peserta diberikan ‘magic bag’, iaitu beg plastik transparent untuk masukkan barang keperluan, dan mungkin untuk elak basah masa beg-beg dibawa masuk ke dalam mother boat.
12.45 tgh – Makan Tengahari dan Rehat
Lepas makan tengahari, aku berehat-rehat bawah pokok kelapa rendang sambil berbual-bual dengan Hafifi. Ah… macam-macam cerita. Sambil mengusik-ngusik Hafifi bujang senang – “bila nak kawin?”. Sambil memerhati beberapa mother boat kem OBS yang terhuyung-hayang.
Aku tengok, bot-bot yang tak berganjak jauh walaupun dipukul ombak sebab di bawahnya ada sauh. Macam tu jugalah dengan manusia. Manusia yang hidup bertuhan (beraqidah) ibarah hidup bersauh. Dia tak akan lari jauh. Dia tak akan hanyut sebab dia ada garis panduan yang tetap dalam hidup.
Tapi, kalau manusia yang cuma pakai fikiran tanpa bertuhan, dia akan hanyut. Dia akan hilang punca. Begitu jugalah dengan perjuangan. Pendakwah rujukannya adalah Tuhan, tapi pejuang nasionalis, rujukannya cuma fikirannya yang sentiasa berubah-rubah. Akhirnya, dia akan ‘mati kutu’.
Nak selesai masalah hidup tanpa rujuk pada Tuhan memang tak cerdik. Tuhan yang cipta manusia, mesti Dia juga yang tahu ‘penawar’ untuk manusia. Nak cegah kes zina dengan cara kondom percuma, pendidikan seks, dan buat tangkapan-tagkapan khalwat memang tak akan selesai masalah sedangkan program-program maksiat turut sama dipromosikan. Pintu-pintu zina masih terbuka luas… Manusia memang akan ‘mati kutu’ tanpa panduan Tuhan.
2.45 tghr – Loading Barang ke Mother Boat
Kami semua angkut barang-barang ke mother boat. Semua bekalan makanan dan keperluan untuk 3 hari disediakan oleh kem. Kami cuma angkut dari bilik store ke dalam bot. Buat kerja berjemaah, semua jadi mudah. Yang banyak pun tak terasa. Itulah untungnya berjemaah!
Masa ni juga, dia buat pembahagian tugas. Kami tak boleh berkayak secara berterabur begitu. Ada disiplinnya. Kami perlu bergerak dalam formasi Diamond! Kapten duduk paling depan – Saiful dan Maya. Ada yang duduk paling kiri, dan ada yang duduk paling kanan. Aku dan Faizal volunteer untuk jadi sweeper! Kami akan jadi kayak paling belakang. Kalau ada kayak yang slow, maksudnya, kami pun akan ketinggalan sama. Ush… macam nak pergi perang la pulak.
3.30 ptg – Mula Berkayak Ke Pangkor
Kami bertolak. Faizal duduk depan, aku kat belakang. Kami kena berpakat, “kiri, kanan, kiri, kanan”. Kalau tak, nanti berlaga pendayung tu. Bila berdayung ikut disiplin, barulah kayak meluncur laju. Kalau tak, berpusing-pusing la kayak tu.
Sambil berkayak, aku tak lepaskan peluang snap foto-foto dari tengah laut. Sekejap snap foto, lepas tu simpan balik dalam plastik. Takut masuk air. Then, kami mula meninggalkan ke OBS Teluk Batik. Makin lama, kelihatan makin jauh.
Cuaca nampak macam  nak hujan. Ombak pun boleh tahan. Memang berhayun-hayunlah kayak kami ketinggalan sebab kayak Nizam dengan Abg Omar agak perlahan. Nizam mabuk laut dan muntah-muntah. Uh, risau takut terbalik jer sebab dua-dua berbadan besar.
Kesian Nizam. Dia muntah-muntah sampai kelihatan lembik. Dah tak tahu apa dah nak keluar sebab semuanya dah keluar. Lepas muntah, dia basuh-basuh kayak tu. Kami ketinggalan agak jauh. Aku kira, mungkin 1 kilometer di belakang.
4.45 ptg – Kayak Terbalik!
Sepanjang jalan, Nizam tak habis muntah. Sampai dah tak larat. En. Jamadil  (Instructor) & Nicolas yang sentiasa ronda-ronda dengan speed boat tak bagi chan untuk Nizam diangkut ke dalam bot. Walaupun susah, mereka ‘paksa’ Nizam terus berkayak.
Lebih kurang 2 km lagi nak sampai Pangkor, akhir sekali En. Jamadil mendekati kami dengan speed boatnya sebab kami ketinggalan agak jauh. Nak angkut Nizam. Dan Faizal pun nampaknya macam dan tak larat. Mungkin mabuk juga.
Dalam proses nak angkut Nizam, kayak aku terbalik! Aduh… kelam-kabut. Aku dan Faizal terkapai-kapai dalam air. Nasib baik pakai life jacket. Cuma aku risau kamera kesayangan aku! Alamak, plastik kamera pun dah masuk air. Fuh, cepat-cepat aku keluarkan air! Aku try on kan kamera, innalillahi wa inna ilaihi raaji’uun… Kamera aku tak ‘mati’… Aku tengok En. Jamadil pun macam kesian dengan nasib kamera aku…
Sebab kayak aku pun terbalik, En. Jamadil buat keputusan, semua kami (Nizam, Abg Omar, Faizal dan Aku) terus naik speadboat. Dua-dua kayak kami angkut masuk speed boat!
Speedboat meluncur laju memintas rakan-rakan kami yang sedang berkayak. Seronok ada, kecewa pun ada. Aku nak rasa pengalaman berkayak sampai habis, bukan naik speedboat. Tak jantan la kalau kawan-kawan lain berkayak, tapi aku naik speedboat!
5.00 ptg – Sampai Teluk Sekadih, Pangkor
500 meter dari Teluk Sekadih, aku diturunkan ke kayak bersama Abg Omar. Kami orang pertama tiba di pantai! Whoo hooo…. Kelihatan sebuah bot komando laut di pantai. 89 pelatih, 20 orang bertahan untuk dipilih sebagai Skuad Khas untuk misi membebaskan kapal MISC yang ditawan di Teluk Aden oleh lanun Somalia. Semua finalist adalah berbadan kecil. Orang berbadan besar mudah cedera kata jurulatih PASKAL tu, yang juga berbadan kecil.
5.15 ptg, semua tiba dengan selamat.
5.30 ptg – Unload Barang Dari Mother Boat
Kami angkut semua kayak naik ke darat. Kami susun atur mengikut cara yang diajar oleh instructor. Tak boleh main letak jer, silap-silap nanti ada ular atau jengking menumpang dalam kayak tu. Aku tolong angkut barang dari Mother Boat ke darat.
Mother Boat tak boleh sampai tepi pantai. Kena naik speedboat dulu. Dari Mother Boat, angkat barang ke speed boat. Lepas baru baru bawa naik ke pantai.
6.30 ptg – Masak Makan Malam
Kami mula memasak. Tun jadi ketua. Aku tolong hidupkan apinya, pakai kayu api. Oh, rupa-rupanya tak ramai orang ada skill hidupkan api. Cuma aku dengan Khoo jer yang tahu. Khoo memang berpengalam camping dan panjang gunung. Aku? Aku ada pengalaman jadi Troop Leader Pengakap masa sekolah rendah. Selain dari pengakap, aku selalu diajar oleh abah masa kami berkebun. Kebun abah yang dulunya hutan belantara, dan jadi kebun yang lapang. Bayangkan, pokok-pokok yang besar-besar, habis kena sodok dengan ‘boldozer’. Lepas sodok, abah potong dengan mesin chainsaw. Aku dengan Abg Kie lah yang kena pikul batang-batang kayu yang berat tu untuk dicampak ke api! Pengalaman…
Malam tu, kami makan malam berlaukkan daging burger, sosej, sayur dan kicap. Memang tak berapa sedap, tapi cukup sedap untuk kami yang duduk dalam hutan.
Bila makan macam ni, baru ada yang mula rasa bersyukur betapa mewahnya mereka makan di rumah. Ada yang insaf dah tak nak membazir dah. Ada yang lepas ni tak nak komplen dah pasal makanan. Ada yang rindu waktu makan bersama isteri dan anak-anak.
Oh, mungkin kita hanya tahu menghargai nikmat bila kehilangannya…
7.40 mlm – Solat Maghrib
Hujan renyai-renyai. Kami solat di pondok Instructor. Semua instructor ‘berkemah’ di pondok. Kami duduk dalam khemah. Di pondok tu lebih selesa untuk solat berjemaah.
8.00mlm – Dinner
Tun, Banon, Adibah lewat makan coz solat. Kami semua makan malam dalam gelap. Asalkan nampak makan untuk disuap, jadilah..
9.00 mlm – Sessi Muhasabah
Taklimat instructor. Bahagikan tugas sentri. Aku ambik shift bersama Shukur. Shift pukul 3.00 – 4.00 pagi. Malam ni, aku belajar satu benda. Macam mana nak jadikan tong air sebagai lampu! Macam tang long. Cerah la sikit.
10.00 mlm – Lepak, Urut Session
For men only. Si Saiful dan Faizal jadi tukang urutnya. Aku cuma memerhati jer… Uh, tak sanggup la bukak baju sambil ada perempun dok tengok-tengok. Segan…
11.00 mlm – Hemat Diri
Semua mula masuk tidur dalam kemah yang cuma cukup-cukup untuk duduk dan merangkak. Aku cuba lelapkan mata, tapi tak lena. Teringatkan anak-anak dan isteri. Tambah pulak, ini first night di hutan. Memang susah sikit nak lena.
Masing-masing tidur berbantalkan beg masing-masing. Uh, teringat pulak zaman aku tengah excited jadi pengakap dulu. Dengar jer ada perkhemahan, aku mesti tak sabar-sabar nak join. Best berkhemah walaupun pernah tidur dalam air sepanjang malam sebab banjir. Habis basah semuanya…

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>