MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Daftar Dahulu Sebelum Pos Emas

August 1, 2015

Saya tak offer kepada sesiapa beli secara pos, tetapi kalau ada permintaan khusus, saya akan bantu juga. Saya mahu Registered Customer saya jadi “pelabur merdeka”. Mereka boleh bayar sendiri, dan ambil sendiri di office Public Gold (PG) terdekat. Bahkan kalau boleh, saya nak mereka pandai order (lock harga) sendiri.

Kalau saya offer belian secara pos ini, alamatnya saya tak menang tangan untuk handle permintaan. Dan yang lebih penting, kaedah begini kalau dibuat secara terbuka dan meluas, ia akan MEMBANTUTKAN perkembangan bisnes kita dalam jangka panjang!

Daftar Dahulu Sebelum Pos

Tips paling penting saya nak kongsikan dalam artikel ini ialah, kalau ada customer nak beli cara pos, order atas nama customer untuk belian kali pertama (terutamanya). Kita ambil stok itu atas nama dia, guna Authorisation Form dan Registration Form (untuk kali pertama sahaja).

Bila dah daftar customer tu di bawah kita, dia akan jadi customer kita sampai mati. Kalau dia nak jadi dealer suatu hari nanti, dia terus jadi dealer under kita, insyaAllah. Public Gold tak benarkan tukar introducer.

Untuk pos emas cara selamat, ikut panduan yang saya sediakan dalam artikel “Tips Hantar Emas Dengan Poslaju”.

Mudah-mudahan artikel ini bermanfaat, insyaAllah.

Zulkifli
Damansara Damai
5 November 2014

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>