MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Tips Mendapat “Customer Atas Customer”

August 1, 2015

Bukan mudah kita nak recommend kenalan-kenalan kita kepada mana-mana peniaga, kecuali kita memang benar-benar berpuashati dengan servisnya dan kita tahu kredibilitinya. Begitulah juga customer kita yang nak syorkan kenalan mereka untuk membeli emas dari kita.

Bila customer sanggup syorkan nama kita kepada kenalannya, sebenarnya dia mencagarkan nama baiknya sekali untuk kita. Kalau baik layanan kita kepada kenalan yang mereka syorkan, maka baiklah juga ‘maruahnya’. Kalau buruk layanan kita, maka rosaklah juga nama baiknya sekali.

fb word of mouthCustomer Mencagarkan Nama Baiknya

Jadi untuk dapat “customer atas customer atas customer”, ia bermula dengan memberikan servis terbaik dan membina REPUTASI yang baik. Bila orang rasa kita memang terbaik dari kalangan ramai peniaga emas yang mereka kenal, nanti mereka akan tolong mempromosikan bisnes kita walaupun tak dibayar.

fb layan customer dengan baikfb keutamaan menjaga existing customerUntuk sampai ke tahap customer sanggup mencagarkan nama baiknya untuk kita, kita kena berpegang teguh dengan prinsip yang betul dalam berniaga untuk membina reputasi jangka panjang. Akan sampai suatu masa, customer bukan sekadar datang ‘menyerah diri’ kepada kita, tetapi mereka ‘serahkan’ sekali kenalan-kenalan mereka supaya membeli dari kita, insyaAllah…

Zulkifli
Damansara Damai
27 Mei 2015
9 Syaaban 1436H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>